Iklan

Khamis, Jun 16, 2011

WADAI KIPING

Wadai kiping ... hidangan orang banjar.  
Wadai = kuih
Kiping = keping

Maksudnya = kuih yang berkeping-keping (wadai bekiping-kiping....lokok?)  .."kada bisa besurah banjar ako ni...mengajuk je".



Mengikut cerita ibu mertua dan  ipar saya, masa dahulu biasanya setiap kali diadakan majlis doa selamat atau kenduri, tidak ketinggalan hidangan 'wadai kiping'.  Tapi zaman sekarang ni ... jarang-jarang yang membuatnya.

Kebetulan hujung minggu lepas, penghujung cuti ... semua 13 orang adik beradik balik kampung.  Oleh kerana dah ramai, maka diadakan majlis membaca Yassin, tahlil, doa selamat dan tazkirah.

Hidangan petang kami  'mee udang' sumbangan adik kami, Chek Dah dan Wadai Kiping (siapa yang masak ya ... ... mak mertua tukang bancuh, sy dan kuncu2 tukang gentel dan.... ehem2, saya lee....tukang kacau tapi bukan tukang masak lagi tau... sebab semua dengan iringan 'sifu'.

Makan malam kami, lauk-pauk sumbangan dari Kak Sah, Kak Yah, Chek Ton, Chek Hanim dan lain-lain.  Lauk pauk di rumah, diusahakan oleh Kak Long, Chek Nab, Chek Laili dan saya lee.  Kemudian ditambah dengan kehadiran Chek Ita, Chek Rosnita, Chek Aishah serta Chek Mima.

Mak Mertua yang mencadangkan kita buat menu 'WADAI KIPING' ... apa lagi, inilah masanya saya menimba ilmu... belajar membuat wadai kiping.

inilah rupa wadai yang dah dikiping2

Bahannya doh wadai (ukuran agak2 je)
- tepung pulut (2 peket)
- sedikit tepung gandum (2 sudu besar)
- sedikit garam
- sedikit air kapur
- air suam secukupnya (petua - kuih tidak melekat satu sama lain)

Caranya  membuat wadai:
- air suam campur sedikit air kapur dan sedikit garam
- satukan tepung, dan bancuh dengan air suam tadi
(masukkan air sedikit sedikit, hingga jadi doh yang boleh digentel dan tidak melekit)
- ambil sedikit adunan (sebesar hujung jari telunjuk)
- bulatkan dan picit tengah2 agar jadi leper (besar syiling 10sen)
- atur dalam dulang, buat hingga selesai

wadai siap sedia  untuk dimasak

Bahan kuah:
- santan cair dan pekat (secukupnya)
- gula melaka / gula merah  (pecah2kan dan dimasak - cair dan tapis)
- gula putih
- daun pandan

Cara masak:
- Masak santan cair, daun pandan dan sedikit garam dalam periuk
- Bila mendidih masukkan wadai keping2 - semuanya
- Masak hingga timbul, masukkan santan pekat pula
- Masukkan gula melaka
- Kacau sentiasa supaya tidak pecah santan
- Tambah gula putih jika kurang manis
- Masak hingga mendidih, angkat dan hidang.
** Boleh juga ditambah dengan DURIAN - jika suka.

6 ulasan:

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum syimama,

Terima kasih berikan menu dan cara membuat wadai kiping.

Cara dan rupanya seperti kuih biji nangka. Bezanya kuih biji nangka berwarna warni.

Ucu Faridah berkata...

assalamualaikum syimama...kadak ngalih meulah wadai kiping nih...tapi kabas juai batis basila mengentel seuting seuting....(sori la syimama tak de subtitle minta tulung en suami ye...)

Sharifah Nadzarah berkata...

assalam kak

kat kampung dulu2 arwah nenek selalu buat..& sy selalu tolong..ktorg panggil pengat or bubur jer..tapi mmg sedap..

Syimama berkata...

Waalakumsalam kak kunang2. Hari baca bloger lain, katanya dijohor namanya bubur candil, mungkin menu sama...tapi nama lain, ikut negeri dan kaum.

Syimama berkata...

waalaikumsalam.. umaiiii ucu faridah..tiada kata secantik bahasa nak membalasnya..salah ajuk takut lari tajuk..he3 (kada bisa besurah banjar)..abe sy punya bahasa tu.

Syimama berkata...

waalaikumsalam ya syarifah
Syarifah ni biasanya dari keturunan arab, wadai kiping org arab panggil bubur ya? ...jangan mare, gurau je. ialah menu sama, nama je lain2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...