Iklan

Ahad, Februari 06, 2011

HENTIAN BUKIT JALIL

Hari ahad - berakhir cuti panjang.  Semua berpusu-pusu nak balik ketempat masing2.  Termasuk anakku yang akan balik ke Penang menyambung pengajian.




Kat sini berbeza sekali dengan TBS semalam .... waaaa jammmm.  Dengan bas berderet2.  Kaunter pengesahan penuh dengan penumpang yang perlu mencari nombor bas masing2.  Masing2 menunggu bas dengan cemas.


Kami sampai 11.15 pagi.  Bas anakku jam 11.30 pagi.... Bas Etika di P4, tapi bas takde... pergi tempat pengesahan tiket, sesak.  Tanya broder walkie talkie tu.... acuh tak acuh je jawapannya.... suspen jam dah 11.40.  Tunggu punya tunggu, lalu staf konsotium sambil jerit..."Butterworth/Pulau Pinang"  Tegak telinga kami, anak kejar dan tanya bas.  Dia arahkan naik bas kat depan ...jenama lain, bukan jenama sepatutnya, hah.....


Alhamdulillah... leganya, walaupun hampir tertinggal, masih bernasib baik.. tak kiralah apa jenama bas, asal dapat naik dan balik dengan selamat.

TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS)

Hari sabtu..free, apa kata kalau kita pergi melawat TBS.  Sementara hari cuti lagi, dan ramai yang masih belum   kembali ke kota... tentu tak sibuk.

Kami pergi tengahari, saja melawat... nak melihat dan memantau bagaimana keadaan dan keindahan tempat baru.  Supaya nanti bila perlu ke sana, tidak menjadi masalah.

Station Texi terletak di L4 
Sekarang parking free - texi tak banyak lagi,  bolehlah  park di sini.
Parking kereta sebenar di L5


Suasana lengang  di bahagian pintu masuk L4.


Lot kedai masih banyak belum beroperasi.




Kaunter tiket - pandangan dari L4


 Tangga elektrik untuk turun ke bawah (L3)
Kelihatan polis mengawal tangga turun ke L2 - penumpang menunggu bas. 


  Deretan kaunter tiket bersepadu di L3



Banner peraduan kepada pembeli tiket.


 Myvi untuk dimenangi - terletak dihadapan kaunter tiket


Sempat merakam "toilat" - cantik dan selesa


 Antara kedai yang dah beroperasi - apalagi lekat kat sini.
Maxican Ban berbagai perisa (offer hari tu:  bali 5 percuma 1 - borong)


 Peminat tudung  dan brooch - ok juga reganya... sangkut satu.
(turut menawarkan jualan untuk borong)


 Ada farmasi ... tak singgah, lain kali ya.


Kedai yang yang sedang diubahsuai.


Pemandangan dari tempat makan (arah Tasik Selatan)

Pemandangan dari tempat parking (arah Cheras)


Perlu diambil perhatian, terminal ni untuk ke selatan sahaja...
 buat masa ni kami belum ada urusan lagi.. anak kami perjalanan ke utara.

Datanglah melawat sementara masih lengang, tidak sibuk dan parking percuma.
(Iklan percuma dari saya)





SATE HUT

Kami balik dari kampung Jumaat malam, sebab anak2 nak bercuti di rumah pula sebelum kembali ke asrama.  Memilih perjalanan malam, untuk perjalanan santai dan mengelak jalan jam.

Dalam perjalanan, singgah mengisi minyak di stesyen Petronas.  Kebetulan ada minuman percuma... kami pun tak ketinggalan menikmatinya... mama dan abah pilih kopi panas, anak2 pilih minuman sejuk.

Sampai di Tanjung karang, kami singgah di kedai sate.... SATE HUT.  Walaupun selalu lalu lalang, tapi tak pernah singgah.. sebab jarang lalu  waktu malam.  Menurut kawan2 sate kat sini special, selain sedap... ada 2 size boleh dipilih... BESAR / KECIL.

SATE HUT



Tempat membakar sate terbuka - sate kecil




Bakar sate besar




Memandangkan pengunjung dan parking yang penuh, nak tunggu tentu lambat.
 Kami mengambil keputusan  "BUNGKUS SAJA".





Sampai di rumah jam 12.00 tgh malam,  anak2 bangun tidur dah lapar...
Buat  TEH O panas, dan apa lagi ...........makan sate la.




Sate berbeza saiz (kecil 0.60 - besar 1.10)

TAHUN BARU CINA

Cuti Tahun Baru Cina tahun ni agak panjang.
Kami mengambil kesempatan untuk balik kampung.  Balik kampung untuk ziarah emak dan bertemu adik beradik yang balik sama.

Dalam pada tu,  yang aku suka juga... balik kampung melawat lanskap dan taman emak.  Emak ku ni tangannya sejuk ditambah dengan tanah yang subur.  Keliling rumah penuh dengan pelbagai bunga-bungaan, sayur-sayuran dan pokok buahan.


Mari kita lawat pokok buah buahan dulu:

Buah cempedak

Jangan silap pandang ya.
Pokok bunga sirih ni menumpang di pokok cempedak.. 






Pokok limau manis - walaupun nampak terang je, tapi buah lebat.

Buah Limau Manis - tapi agak masemmm.






Pokok Ciku

Buah Ciku - buah yang amat aku & abe gemari..hmm manis.






Pokok Rozel

Buah Rozel - rebus buah rozel, jadi kodial RoZel - berkhasiat






Poko Limau Nipis

Buah Limau Nipis - berbuah sepanjang tahun



Rabu, Februari 02, 2011

MAJLIS PERKAHWINAN FARHANA DAN SAIFUDDIN





SELAMAT PENGANTIN BARU
FARHANA DAN SAIFUDDIN

~~Semoga berbahagia dunia akhirat ~~

Majlis berlangsung 3 hari berterusan 
(jimat hari ni.. nasib baik antara Kuala Kubu dan Puchong je, kalau tidak.. letih kita )




MAJLIS PERNIKAHAN
 ~ 21 JANUARI 2011 ~ JUMAAT








MAJLIS PERKAHWINAN
 ~ 22 JANUARI 2011 ~  SABTU








MAJLIS MENYAMBUT MENANTU 
~ 23 JANUARI 2011 ~ AHAD















BUNGA ORKID

Foto Orkid ni hampir 3 minggu tersimpan, tidak diterbitkan.
Hari ini...tengok koleksi bunga2 di taman maya ni.. baru perasan "FOTO ORKID KU" belum tersiar.















Foto orkid ni diambil dari rumah jiran  iparku Cek Nab sewaktu berkunjung ke rumahnya tempohari.
Terima kasih tuan orkid... pantang nampak yang indah2.. snap!



ARTIKEL LAMA YANG PERLU DIBACA SEMULA

Saya berpurdah bukan kerana alim

Nota: Artikel diambil terus tanpa ubah dari email yang diterima. Sekadar perkongsian dengan teman-teman semua. Mungkin sudah ada yang membacanya.

====================================================
Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Pn. Rozita sebelum berpurdah

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.
SILA BACA ARTIKEL SELANJUTNYA DI:   KLIK!  saya-berpurdah-bukan-kerana-alim

Terima kasih kepada : Keluargaku Sayang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...