Iklan

Selasa, November 09, 2010

KUIH MUIH

Hai... lama tak menulis. Nak kata takde masa... ada, tapi tak tau di mana silapnya.  Mungkin sebab aku bukan penulis.

Sejak 2 menjak ni, minat dan perhatian ku terhadap blog kuih muih ni naik mendadak.  Semenjak terlihat blog En Mat Gebu N  Geng membuat semangat ku menggebu-gebu.

Roti dan kek memang kegemaran.  Bila tengok gambar roti-roti tu... aduh, rasa sekarang gak nak buat.

Semangat punya pasal, minggu lepas aku ke kedai borong bahan kek... apa lagi memborong la...
Waaa... RAT  juga habis, macam nak bisnes lak.

Langkah pertama
Roti Boy jadi idaman... resipi pertama
Alamak .. topping jadi, roti keras

Langkah kedua
Masih Roti Boy.. dengan resipi kedua
Roti ok... topping lak kong.

Langkah ketiga
Buat Roti Pau... uli punya uli dan inilah hasilnya.
siap uli

selepas 45 minit

Kemudian operasi membuat pau bermula ... bulat2kan dan isi ini kacang merah buatan sendiri .. (first time wat inti kacang ni).. setelah siap semua, rehatkan dan bersedia untuk proses mengukus.

Tapi malang menimpa... siap sedia pengukus.  HA? gas habis! 
Aduh, apa nak buat ni.. nak tunggu  gas datang takde masa sebab abe ajak  keluar.  Satu2nya cara yang ada "BAKAR". Jadilah roti pau bakar (jadi macam roti) tapi tak berapa kembang.
Sorry... gambar takde, tak sempat amik.

Rasanya aku pandai juga.. dulu2 kat kampung selalu tolong makcik buat roti pau.  Resipi makcik ku senang je, tuang tepung, bubuh yis, masuk air sejuk dan uli (tak ingat + minyak ke tidak).  Tutup .. tunggu esok pagi. Tapi la ni asal tak menjadi je.. kat mana silapnya..
Ambik resipi tak minta dengan tuan blog kot... alamak, minta halal tuan guru.

Nampaknya kena berguru gak nak pandai ni..
Tungguuuu..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...