Iklan

Jumaat, Julai 30, 2010

Erti "Susah"

Setiap manusia pernah menempuh masa susah dan masa senang.  Erti susah dan senang itu bagi ku  berbeza-beza mengikut taraf hidup dan cara hidup seseorang.  Yang hidup sentiasa dalam kesusahan, tentunya dah lali memikirkan susah hidup, senang sedikit dah cukup menggembirakan,   sementara yang hidup senang... sesekali ditimpa kesusahan tentunya merasakan hidupnya begitu susah.

Satu masa dulu, lepas solat kami duduk berbual-bual di surau.  Saja... bercerita-cerita kisah silam dan kisah2 semasa.  Kak A, seorang pensyarah bercerita tentang zaman kanak2nya.

"Akak ni dulu hidup susah ... tak macam anak2 lain, boleh suka2..... Adik beradik ramai ..sebelas orang.  Ibu surirumah je.. ayah lak cuma sorang guru. Gaji kecil.. kami adik beradik pergi sekolah bawa 20 sen je.  Kak A  bernasib baikdapat biasiswa kecil.... jadi duit tu akak guna beli barang2 keperluan sendiri ..macam bekas pensil ni..(sambil menunjukkan bekas pensilnya yang penuh dengan isi).  Kalau nak gi jalan-jalan pakai duit tulah.. nak harap duit ayah memang tak dapat".

Kak B diam je mulanya... tapi tiba2 dia bersuara.  "Saya ni adik beradik tak ramai.. walaupun mak abah orang kampung, tapi abah kuat berusaha... hidup kami boleh dikatakan senang.  Mak pula suri rumah yang amat dimanjakan abah... tak pernah pergi kebun..tugasnya cuma menjaga rumah dan mendidik anak2... Tapi takdir Allah, umur abah tak panjang... mak mengalami kejutan yang amat sangat.  Cuba bayangkan, seorang ibu yang tak pernah keluar bekerja.. had kebunnya pun dia tak tau sampai di mana... tiba2 kena memikul tugas berat .. membesarkan 5 anak2 kecil termasuk baby 4 bulan".

"Mak Kak B bangkit menjadi ketua keluarga, ambil alih kerja abah.  Kak B diberi kepercayaan mengawasi adik2 dan mengambil tugas2 ibu... masak, jaga baby, kerja-kerja rumah dan setiap adik beradik kami mempunyai tugas masing2 (bahagi2 kerja)".

"Kami ke sekolah belanja 5sen je... kalau ada kuih bawa je kuih... takde duit.  Hari raya mak beli baju lelong kat pasar, diubah suai... jahit semula jadi baju raya kami... Bela ayam tapi semua jual, untuk beli baju sekolah. telur ayam pun kami jual ... tukar dengan garam/gula.. nak makan daging ayam tunggulah hari raya ... itupun kalau ada yang tinggal .. kalau tak, mak beli kerang je untuk hidangan pagi raya".

"Masuk sekolah menengah baru Kak B dapat biasiswa kecil RM15 sebulan...tapi mak kontrol.. simpan untuk bayar yuran dan buku kami adik beradik... Kak B masuk tingkatan 6, mak terpaksa berhutang untuk persediaan ke asrama.  Sebab tu juga Kak B tak meneruskan pelajaran ke ITM.. (ketika tu kemelesetan ekonomi, biasiswa hanya untuk kursus "strong").  Tak sampai hati nak beritahu mak.. mak tentu tak mampu.. biarlah semuanya berlalu ... nanti kita cari kejayaan lain".  Panjang lebar cerita Kak B.

Kak C nak cerita juga kisahnya .."Adik beradik ramai.. bapa akak orang yang malas bekerja... tak tau nak berusaha lebih...apa yang ada itu jelah usahanya.  Mak pula lemah daya fikirannya... agak bingung2.  Kami adik beradik pandai sendiri bawa diri.  Ada hidangan, kami makan..kadang2 makan nasi, kekadang makan ubi atau pisang rebus... kadang tu langsung takada apa... tak ada kami keluar merayau2 ke kebun.. tengok apa boleh dimakan.  Jumpa umbut kelapa..jambu batu atau rambutan hijau.. semua kami telan. Kadang2 kami ke rumah jiran.. harap belas ehsan, untung2 dapat makan tengahari, takpun dapat kuih jadilah".

"Dan yang sedih tu, Kak C terpaksa mengheret adik-adik yang comot beringus2  tu sekali.. kalau tak, alamat mereka pun tak makan.  Tentang pelajaran, tak payah cakaplah... sekolah rendah kami sekolah, ikut suka.. sapa rasa seronok sekolah.. boleh terus sekolah, siapa tak suka sekolah.. mak bapak pun tak kisah.  Tak pernah tanya tentang perkembangan sekolah. ".
  
"Masuk sekolah menengah.. pun ikut suka, nak sekolah boleh.. tak nak pun boleh.  Nak kawin pun boleh. Malah ada kakak Kak C bapak  paksa kahwin.. ambil hutang, bayar dengan anak..apa daya anak nak menolak, terpaksa akur... nasib baik suaminya seorang yang bertanggung jawab... bahagia dia sekarang.  Nasib Kak C... ikutkan keadaan je, alhamdulillah kini hidup sempurna.. walaupun alakadar".

Sebagai pendengar... aku hanya cuba ngengukur dan menilai apa erti "susah senang" dari 3 cerita tersebut.  Kesimpulannya... ukuran susah senang  adalah berbeza2.  Walau apapun kita kena menghargai dan mensyukuri setiap yang kita ada.  Jika kita susah... bandingkan dengan orang yang lebih susah, pasti susah tu menjadi lebih ringan, kerana ada oang lebih susah dari kita.  Jika kita senang, bandingkan dengan orang yang lebih senang....tidak sesenang manapun kita ni ..ramai lagi yang lebih senang dan berjaya.. so...jangan cepat lupa diri, jangan cepat perasan.

Kisah suka duka akan terasa manis setelah kita berjaya mengatasinya..

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL (d'radio)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...