Iklan

Isnin, April 26, 2010

Cuti hujung minggu.

5 hari penat bekerja, apa lagi tunggu cuti hujung minggu la.. Minggu ni 2 orang anak di asrama tu tak balik, relex sikit. Macam2 perancangan, nak buat itu, buat ini dan yang paling penting nak siapkan kerja kursus yang terbengkalai..

Balik je petang jumaat tu, alamak C4 dah ada kat rumah. Eh.. kat tak balik minggu ni? "DEMAM, CIKGU SURUH BALIK".. ialah musim2 demam denggi ni, cikgu pun takut tengok budak demam.. tak boleh buat main.. kena balik boleh gi klinik.

Nampaknya perancangan dah lari sikit, nak gi klinik pula... Ingat sabtu Abe kerja, tak ramai orang di rumah, tak payah masak le. Malasnya mama ni.. rugi anak dapat mama malas cam ni.. Eh, tak selalu, sesekali je. Hari sabtu pun berlalu, apa yang di rancang tak menjadi hari ni, sambung hari ahad.

Pagi ahad, Abe tu kelam kabut je.. apasal? "C3 CALL, outing nak balik umah". Hai ada aje, camnila bila dpt sekolah dekat, tiap2 minggu nak balik. Jam 10.30 Abe balik, singgah NSK.. beli kerang, ikan keli dll. Maklum anak ramai balik. "NAH MASAK SEDAP-SEDAP". Alamak...........
Apo nak dikato.. rosak segala rancangan.

Tapi takpe... demi Abe dan anak-anak tercinta, semuanya KERANA ALLAH. SEMOGA KELUARGA SENTIASA MENDAPAT KEBERKATAN RAHMAT DAN NIKMAT DARI ALLAH SWT. AMIN

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...