Hari minggu lepas kami sekeluarga balik kampung sempena kenduri surat anak buah. Apa lagi aku tak melepaskan peluang menjengok tanaman2 makku. Seronoknya tengok ulama-ulaman yang mak tanam dan tumbuh melata dikeliling rumah. Semuanya segar2 belaka dengan tanah yang subur, lebih2 lagi musim hujan ni, menggeramkan...kalau boleh semua nak petik.
Makku ni memang ringan tulang, dari muda sampai dah tua ni.. memang tak boleh duduk diam, ada je yang dikerjakannya. Walaupun kederat dah tak sehebat dulu, tapi masih tetap nampak hasilnya walaupun hanya sebatas dua. Macam2 ditanamnya. Berbagai sayuran ada antaranya: KANGKONG, KACANG PANJANG, DAUN KESUM, BUNGA KANTAN, DAUN SILUM, ULAM RAJA, KUNYIT, PEGAGA, CILI API, SERAI, LENGKUAS, LIMAU NIPIS, LIMAU KASTURI, PUCUK BETIK, PUCUK MERANTI, BAYAM KAMPUNG, PUCUK UBI DLL.
Setiap kali balik kg, tak lupa aku pusing keliling. Habis semua ku petik... wa satu plastik besar. Segala yang boleh dibawa akan ku bawa. Bukan apa, seronok memetik ... sampai kat rumah bukan boleh simpan semua dan bukan larat nak makan sendiri. Mak kata bolehlah dipanjangkan amal... beri pada jiran/kawan2.
Dan yang sebenarnya aku dan anak2 tak berapa pandai makan ulam2 ni. Tapi walau apapun akan diusahakan mencari menu bersesuaian supaya boleh menarik . Tapi tu la aku cuma pandai buat resipi biasa-biasa je macam buat; KERABU, PECAL, TUMIS2, REBUS & MASAK LEMAK.. apapun akan ku turunkan ilmu resipi sempoi tu.
Kalau kawan2 ada idea2 bernas bolehlah sarankan kepada ku yang tak berapa tau masakcampur "malas" ni ya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan