Iklan

Isnin, Disember 20, 2010

ROTI CANAI

Beberapa hari yang lepas, aku buat roti canai.  Entah macam mana terasa ingin nak membuatnya, teringat waktu duduk dengan makcik dulu... subuh sapie dah menguli tepung, buat canai

Tapi bila dah buat, realitinya tak seindah yang dibayangkan ... mungkin tangan ni dah tak sekuat dulu nak menguli kot... dahlah tu, cita-cita tinggi.  Buat sekilo tepung, konon bolehlah didingin bekukan 
Haaaaaa... rasanya bukan salah resipi tapi.. salahnya tak cukup uli.

Kesimpulannya, aku bukan penebar roti canai yang baik.  Abe ku kata roti canai tak cukup sifat..... kah kah kah.... sabo je la.  Kalau tak, alamatlah tergugat kedai2 canai kat depan tu.    Nasib baik ada anak2 terutamanya Dek Man yang begitu berselera dan nak tambah lagi, sampai habis...........lega dan terubat rasa penat mengulis.

Apapun lihatlah roti canai buatanku.


ROTI CANAI

 Selepas diuli dan diperam beberapa jam.







Hasilnya


Bahannya:
1 kg tepung gandum
500 ml air
2 cmt garam
3 cmb gula
1 biji telur
2 cmb shortening
4 cmb planta
3 cmb susu pekat manis

Caranya:
- Tuang tepung dalam dulang, campurkan garam dan gula - gaul
- Tepung dilubangkan bahagian tengah dan tuang telur, susu, planta dan shortering.
- Gaul perlahan2 hingga menjadi doh - uli hingga lembut.
- Kemudian doh dibahagikan menjadi ketul2 kecil (untuk satu biji canai)
- Doh kecil dilumur dengan planta, masuk dalam bekas bertutup dan simpan 3 jam (hingga jadi lembut)
- Uli, tebar dan buat seperti roti canai kat kedai tu.
- Goreng dengan minyak sedikit menggunakan kuali leper.

** jika nak buat roti bom, waktu doh ditebar, tabur sedikit gula.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...