Hari ni makan tengahari atas tajaan sahabat.
Masak nasi, telur dadar dan yang paling spesel.............nyam-nyam
"MASAK LEMAK KUNING DAGING SALAI SEGERA".
Tajaan khas Hj Yaakob. Beli di Bangi (RM 18.00 sebungkus).
Takyah susah2, tinggal perangat je..
(lupa lak nak amik gambar).
Telur Dadar tajaan Cik Kiah dan Beras tajaan HJ Hassan...
Tidak ketinggalan para sahabat yang berlumus tungkus membasuh dan memasak nasi serta mendadar telur.
Tak lupa pada En Farin yang gi membeli telor dan bawang kat kedai apik depan tu
DAH SIAP... apa lagi "MAKAN RAMAI-RAMAI, BERKELAH DI OFFICE".
Hari ni kafe belakang tu kerugian lebih kurang 15 orang pelanggan...
sian dia. Sesekali.
Berblog kerana minat - mengisi masa terluang, menulis, membaca, menambah ilmu dan bertukar2 idea sesama e-sahabat. Baik jadikan panduan, yang tak baik jadikan sempadan. Terima kasih kepada yang menyokong, memberi dan menerima.
Khamis, November 25, 2010
Isnin, November 22, 2010
PUDING ROTI
Cuti2 ni sibuk gi kenduri kawin dll
Kat rumah banyak makanan... 2 hari roti ku tak abis lagi, biasa tu pantang nampak roti... cepat licin.
Baik i bikin puding roti.. jangan sampai membazir.
PUDING ROTI
Bahannya:
1/2 buku roti (dicarik2)
1/2 tin susu cair
1/3 cawan air
1/2 cawan gula (agak2)
1 biji telur ayam
1 cmt vanilla
2 cmb tepung jagung
Caranya:
- Roti rendam dengan susu + gula + air (roti hingga lembut)
- Pukul telur dengan vanila
- Tuang telur pada roti rendam
- Msukkan tepung jagung, kacau sebati.
- Masuk loyang
- BAKAR (45minit 190 darjah)
Kat rumah banyak makanan... 2 hari roti ku tak abis lagi, biasa tu pantang nampak roti... cepat licin.
Baik i bikin puding roti.. jangan sampai membazir.
PUDING ROTI
Bahannya:
1/2 buku roti (dicarik2)
1/2 tin susu cair
1/3 cawan air
1/2 cawan gula (agak2)
1 biji telur ayam
1 cmt vanilla
2 cmb tepung jagung
Caranya:
- Roti rendam dengan susu + gula + air (roti hingga lembut)
- Pukul telur dengan vanila
- Tuang telur pada roti rendam
- Msukkan tepung jagung, kacau sebati.
- Masuk loyang
- BAKAR (45minit 190 darjah)
ROTI
ROTI
(resipi dari BM)
11/3 cawan air (suhu bilik)
1 cmb minyak zaiton / sayuran
1 cmt garam
3 1/3 cawan tepung roti/gandum
1 cmb gula pasir
2 cmt yis kering
1/2 cawan kismis (tambah)
1/2 cmt softerner (tambah sendiri)
1/2 cmt bread improver (tambah sendiri)
Caranya
- masuk bahan basah
- masuk bahan kering
- akhir sekali masuk yis (atas sekali)
- pilih menu "1 = basic"
- warna "medium"
"START" - tunggu hingga siap bakar.
roti yang telah siap dipotong2 untuk dimakan. Tapi resipi ni kurang manis ... sedap makan celup air kopi'O".
(resipi dari BM)
11/3 cawan air (suhu bilik)
1 cmb minyak zaiton / sayuran
1 cmt garam
3 1/3 cawan tepung roti/gandum
1 cmb gula pasir
2 cmt yis kering
1/2 cawan kismis (tambah)
1/2 cmt softerner (tambah sendiri)
1/2 cmt bread improver (tambah sendiri)
- masuk bahan basah
- masuk bahan kering
- akhir sekali masuk yis (atas sekali)
- pilih menu "1 = basic"
- warna "medium"
"START" - tunggu hingga siap bakar.
roti yang telah siap dipotong2 untuk dimakan. Tapi resipi ni kurang manis ... sedap makan celup air kopi'O".
BREADMAKER
Mengidam BM ni dah lama... tapi tak tau nak beli kat mana... baca "forum BM" ...
Malam kelmarin i gi ke tesco, cari BM idaman dan hasil pencarian ialah Jenama TESCO (RM249).
cukuplah untukku yang baru belajar nak menguli roti ni.
Nak beli BM ni kena "fight' dulu dgn abe, maklumlah i ni tak berapa nak rajin ke dapur, tiba2 datang minat nak beroti-roti lak. Dia takut menambah semak dapur yang dah sedia nak semak tu.
Last2 i menang .. dengan hujah2 sampai nak hujan.. hu3 ... cian i, nak gembirakan ati sendiripun kena berjuang dulu. Apapun i tetap hargai dan akui kebenaran kata2 abe tu dan faham maksudnya.. ialah dia dah kenal siapa i ni kan. Tapi i nak jugakkk.............
Selasa, November 09, 2010
KUIH MUIH
Hai... lama tak menulis. Nak kata takde masa... ada, tapi tak tau di mana silapnya. Mungkin sebab aku bukan penulis.
Sejak 2 menjak ni, minat dan perhatian ku terhadap blog kuih muih ni naik mendadak. Semenjak terlihat blog En Mat Gebu N Geng membuat semangat ku menggebu-gebu.
Roti dan kek memang kegemaran. Bila tengok gambar roti-roti tu... aduh, rasa sekarang gak nak buat.
Semangat punya pasal, minggu lepas aku ke kedai borong bahan kek... apa lagi memborong la...
Waaa... RAT juga habis, macam nak bisnes lak.
Langkah pertama
Roti Boy jadi idaman... resipi pertama
Alamak .. topping jadi, roti keras
Langkah kedua
Masih Roti Boy.. dengan resipi kedua
Roti ok... topping lak kong.
Langkah ketiga
Buat Roti Pau... uli punya uli dan inilah hasilnya.
Rasanya aku pandai juga.. dulu2 kat kampung selalu tolong makcik buat roti pau. Resipi makcik ku senang je, tuang tepung, bubuh yis, masuk air sejuk dan uli (tak ingat + minyak ke tidak). Tutup .. tunggu esok pagi. Tapi la ni asal tak menjadi je.. kat mana silapnya..
Ambik resipi tak minta dengan tuan blog kot... alamak, minta halal tuan guru.
Nampaknya kena berguru gak nak pandai ni..
Tungguuuu..
Sejak 2 menjak ni, minat dan perhatian ku terhadap blog kuih muih ni naik mendadak. Semenjak terlihat blog En Mat Gebu N Geng membuat semangat ku menggebu-gebu.
Roti dan kek memang kegemaran. Bila tengok gambar roti-roti tu... aduh, rasa sekarang gak nak buat.
Semangat punya pasal, minggu lepas aku ke kedai borong bahan kek... apa lagi memborong la...
Waaa... RAT juga habis, macam nak bisnes lak.
Langkah pertama
Roti Boy jadi idaman... resipi pertama
Alamak .. topping jadi, roti keras
Langkah kedua
Masih Roti Boy.. dengan resipi kedua
Roti ok... topping lak kong.
Langkah ketiga
Buat Roti Pau... uli punya uli dan inilah hasilnya.
siap uli
selepas 45 minit
Kemudian operasi membuat pau bermula ... bulat2kan dan isi ini kacang merah buatan sendiri .. (first time wat inti kacang ni).. setelah siap semua, rehatkan dan bersedia untuk proses mengukus.
Tapi malang menimpa... siap sedia pengukus. HA? gas habis!
Aduh, apa nak buat ni.. nak tunggu gas datang takde masa sebab abe ajak keluar. Satu2nya cara yang ada "BAKAR". Jadilah roti pau bakar (jadi macam roti) tapi tak berapa kembang.
Sorry... gambar takde, tak sempat amik.
Ambik resipi tak minta dengan tuan blog kot... alamak, minta halal tuan guru.
Nampaknya kena berguru gak nak pandai ni..
Tungguuuu..
Langgan:
Catatan (Atom)