Iklan

Memaparkan catatan dengan label Ikan Keli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikan Keli. Papar semua catatan

Rabu, Mac 02, 2011

IKAN KELI siap siang - BAB 6

Rayuan sy berjalan lancar .........untuk beberapa tahun, hanya keli siap goreng singgah kerumah.  Biasanya sy beli di kantin je.   Dalam pada itu anak2 semakin membesar dan semua penggemar keli ..... anak bapa semua.  Bila dah ramai tu, beli 3 ekor rasa cam tak cukup je .... nak banyak lagi,  wau... mahal juga jadinya.

Abe mula berkira-kira nak tengok pasar .... sy kecut perut, kisah semalam masih ternyiang2 di telinga.
Oh ....... no.  "Tak sanggup lagi aku, mengenang kisah lalu.................." apa lagi lirik senikata lagu tu,  Wings...tak ingat lah.

Eh, abah balik.... beli ikan keli "SIAP SIANG" .....
"Tu, abe beli keli, dah siap siang ...... tak payah nangis-nangis lagi.  Jangan ditangisi  kematian keli tu ...".
"Kat pasar sekarang, semua keli dah siap disiang ...........tak perlu takut/susah2 lagi".
"Ya ke?....  dah lama tak ke pasar, era  perubahan  berlaku,  penjual ikan tahu agaknya.... ramai orang seperti sy ni kot" sy nak tunjuk spoting,  dalam hati .... geli geleman tu tetap ada dan kalau bole .... tak nakkkk!

Apa2 pun kaedah penjual ikan ini memang sangat2 dihargai dan cukup membantu menyelesaikan masalah sy.
Sy dah boleh tersenyum .... sebab "TIADA PERTARUNGAN DENGAN KELI LAGI"
Abe dah boleh tersenyum... sebab "TAK PERLU MELIHAT TANGISAN PILU DAN RAYUAN KU"
Anak dah boleh tersenyum ... sebab "BOLEH MAKANG IKANG KELI .. BANYOK2 ... PUAH-PUAH".

Sekarang yang tinggal ...."MISION POSIBLE" ... mencari segala petua2 untuk menyelesaikan segala masalah pengurusan "MASAK KELI"





Bersambung : Ikan Keli - Bab 7



Isnin, Februari 28, 2011

IKAN KELI masuk peti beku - BAB 5

Abe sy ni memang hebat ..... dah tau sy menderita dengan kisah keli, tapi dia tetap dengan pendiriannya... tak putus asa.  Dia beli lagi keli hidup ni.............

"Ya Tuhan, kalau lah tidak kerana Kau kurniakan keimanan dan  kesabaran   ini, dah tentu  keli ni sy campak ke longkang, biar dia hidup aman di sana,  tetapi dengan kurniaan Mu... sy tabahkan hati demi orang yang tersayang".

Apa pula cara nak sy selesaikan masalah kali ini?
Oh ya... hari tu sy cerita masalah keli ni pada kawan office, dia beri cadangan..........
"apa kata, kau campak keli tu dalam peti beku"
"Ya......ya, masuk akal juga.......... keli kali ni kau masuk peti beku ya .... maafkan daku ya keli".
"Degak,  deguk"   bunyi peti ais sy ............ mak, deritanya keli tu bertarung dengan kesejukan .... camna kalau aku dalam keadaan keli tu.    Hi, hati ini tak sudah2 berkata-kata, telinga pulak asyik terdengar2 bunyi-bunyian keli............deritanya sy mengenangkan semua ni.

Esok pagi, sy buka peti sejuk ........... keras kejung keli2 tu ............susahlah pulak nak menyiangnya.  Kesimpulannya, cara ni juga tidak praktikal.  Kalau ikut kata hati.... keli2 ni sepatutnya tak perlu singgah lagi ke rumah sy.

Bab menggoreng keli ni... satu lah halnya.
Goreng ...meletup, tiap kali goreng berterabur minyak kat dapur............sakitnya bila kena tangan, melepuh juga.   Nak lap lantai lagi............kerja extra lah.

Sejak hari tu, sy memang menyatakan "MOGOK DAN BOIKOT KELI HIDUP DATANG RUMAH".
Nampaknya abe mempertimbangkan "RAYUAAN KU".

LEGAAAAAAAAA.


Bersambung : Ikan Keli - Bab 6


Sabtu, Februari 26, 2011

IKAN KELI tabur garam - BAB 4

Lepas peristiwa tu.... cik abe sy tak beli keli lagi dah.
Sampailah sy dah boleh makan balik keli,  diperkenalkan pula keli goreng bersambal....sedaplah pulak.  Maklum, sambal2 cili  ni memang saya suka.  Lupa dah peristiwa lalu.

Tiba-tiba.... satu hari dia balik membeli keli hidup.... wau, banyak pulak tu,  2 kg U.  Hiiiiiiiiiiiiiii, saya jerit.  Siapa nak siang ikan ni.............. menangis aku sorang diri "PENYU MENANGIS SIAPA TAHU".."PENYIANG KELI NANGIS, MEMANG AKU TAHU" ............abe buat dek je,  biasalah.  Kebal.
"ala, kalau takut siang hidup2, biar dia mati dulu ...baru siang" kata abe.  Hai, cakap memang senang,  masalahnya camna nak kasi keli ni cepat mati.

Ha.... teringat petua yang sy baca dalam majalah, kalau nak kasi keli cepat mati ....tabur garam.   Apalagi, sy ambil segenggam garam .. lalu sy tabur pada plastik keli tu.  Sy lihat keli2 tu menggeletek... dan berbunyi2.  Sampai malam masih tak mati juga.. makin malam, bunyi keli tu semakin kuat ..nyit, nyut, nyit..nyut.   Ya Allah, deritanya keli ni sepanjang malam.... terdengar2 di telinga....membuat aku tak lelap tidur.

Esok paginya... ikan2 tu semua dah mati dengan berbuih2...  sedihnya aku melihatnya.  Meleleh airmata sy menyiang keli ni.... betapa azabnya dia sebelum mati.  Terasa begitu kejamnya sy menabur garam semalam. Dan yang pasti, keli kali juga sy tidak boleh makan kerana kasihan.




Bersambung : Ikan Keli Bab 5




Rabu, Februari 23, 2011

IKAN KELI belajar menyiang - BAB 2

Abe ni memang suka keli.. bila tengok sy dah pandai makan keli, waaa... sukanya dia.  Makan di kedai asyik2 pilih  keli. Maklumlah nak jinakkan orang supaya cinta makan ikan keli...........

Balik kampung... abe suruh tolong mak dia siang ikan hidup, termasuk keli.  Apa lagi, sy ... bukan ikan yang melompat, tapi sy yang melompat-lompat.  Mak kata... "ketuk kepala ikan tu biar mati, baru siang".  Tapi sy manalah sampai hati... kesihan,  ketuk sikit je.... "mana nak mati kalau ketuk sikit, ketuk kuat sikit".  Pejam mata... nah, ketuk kuat2... fuyoooo, hancur kepala ikan keli tu sy kerjakan.

Wa, dah pandai siang ikan keli ya.. Abe tu senyum2,  dia tak tau...  semua  tu ,ikan emak dia yang siang, sy jadi mandur, eksyen je...pegang pisau... pukul  sekor keli sampai hancus kepala dia... ha3
Bila waktu makan, kelip2 mata sy tengok ikan keli goreng tu, apa taknya... tadi dah kata kesihan, mana boleh makan.  Takpe hari ni tak payah makan ikan keli, biarlah orang lain je yang makan.


Bersambung : Ikan Keli - Bab 3



Selasa, Februari 22, 2011

IKAN KELI - BAB 1

Ikan keli?
Hi... takutnya... macam belut...  gelinya. 
Itulah perasaan sy dahulu kala terhadap ikan keli.
Bukan apa, sy ni memang geli pada semua binatang atau haiwan.
Dulu sy tak makan ikan keli kerana emak sy memang tidak makan keli, so.... tiada hidangan keli di rumah kami.

Ditakdirkan tuhan ... sy bertemu jodoh dengan orang berasal dari sawah ... penggemar keli tegar.  Bila makan di kedai.. tentu keli yang dipilih.  Dipelawa sy makan.. sekali dua tak lalu lagi makan ... pujuk lagi, "cuba rasa....cuba yang garing..... sikit je! (cam budak2 tu).  Lama2 jamah juga.

Ishh.... ok juga...sedap.  Hai .. "toksah bayangkan macam2,  telan je" kata abe sy.  Sesekali tu terbayang bila keli tu bergerak2... hi, rasa macam digeletek2 lak perut ni,  tapi orang kata...."alah bisa tegal biasa".  Lama2 tu, lupa... "goreng pun sodap".



Sambungan : IKAN KELI - BAB 2





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...