Iklan

Isnin, Januari 31, 2011

MENANG "GIVEAWAY"



Hari Jumaat yang lepas adalah hari yang menggembirakan:

Pertama :  Bertemu kawan lama di FB secara tidak sengaja.  
Setelah berpuluh tahun tidak tahu khabar berita
~ NORFARIDAH

Kedua :  Mendapat sahabat baru sama minat  dan dapat menatap blognya yang cantik, memenuhi citarasa saya
KAK RASHIDAH syahidasrosecottage

Ketiga :  Berita gempar yang tidak diduga, 
saya menang tempat pertama:
 GA - JOM JOIN GIVEAWAY SEMPENA BIRTHDAY IZZAH  
dari sweetlovelydreamsmemories ~ PN ZIE 


PENGUMUMAN PEMENANGsweetlovelydreamsmemories . 

Terima kasih sesangat pada Zie,  
sebab  membuat saya rasa teruja dan seronok turut serta kemeriahan blogger di maya


Selama ini saya berblog hanya untuk suka2 - mencabar diri.

Antara sebabnya:
~  rasa jealous tengok orang boleh bina blog.
~ Nak belajar dan buat blog sendiri.
~  membaca dan menyimpan artikal2 yang dirasakan penting untuk rujukan.
~  menulis dan buat apa2 yang yang dapat menggembirakan hati.
~  nak menyimpan / memapar foto2 indah untuk tatapan (sendiri / umum)


RUANG TAMU





Dua ruang tamu dengan tatarias berbeza.
Mana satu idaman anda.

Moden dan ceria... putih berseri


Kelihatan mewah.. dengan rona warna hijau
Idea2 lain lihat di Look4Design



Ahad, Januari 30, 2011

AKSESORI DAN KELENGKAPAN MAJLIS PERKAHWINAN FARHANA

Banner pengantin

Bunga tangan

Bunga tangan 2

Bunga sisi katil

Bunga rampai

Bunga pelamin

Bunga telur

Pelamin Biru Putih

Kek majlis Farhana

Kek majlis Saifuddin

Hiasan meja santapan 

Udang Panjat Nenas

Ukiran tembikai



Jumaat, Januari 28, 2011

Petua Mendidik Anak Menghormati Ibu Bapa



by   ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Friday, January 28, 2011 at 5:43pm

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa mesti diam dan jangan campur tangan semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu atau bapa yang memarahi anak. Anak mencontohi apa yang diajar atau dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan atau peraturan, anak akan menjadi keliru siapakah yang patut dia patuhi, si ibu atau si bapa?

2. Bapa jangan menengking, mengherdik atau bertengkar dengan Ibu di hadapan anak-anak. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak-tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yang sering ditengking oleh bapa di hadapan anak-anak.

3. Sentiasa masak untuk anak dan ajak anak sama-sama masak atau makan. Makanan hasil tangan ibu dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.

4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak



HANTARAN PERKAHWINAN FARHANA



Foto hantaran perkahwinan Farhana 
(sorang lagi anak buah kami mendapat pasangan)


Set biru - untuk pengantin lelaki
 






















Set "GOLD" -  untuk pengantin perempuan























Khamis, Januari 27, 2011

HIASAN DALAMAN


Harmoni dan simple

Julie O'Brien Design Group


Rabu, Januari 26, 2011

BUNGA CEMPAKA


Harum bunga cempaka...hmm,  menyebabkan bunga ni mudah dikenali.
 HARUM SEMERBAK.

Cempaka Kuning
(kini banyak ditanam di tepi2 jalan kawasan perumahan dan kawasan parking kereta)

Cempaka kuning ni baunya agak keras sedikit.
Sementara Cempaka Putih baunya lebih lembut (harmoni).


Cempaka Putih
Cempaka Putih ni kelopaknya lebih keras berbanding Cempaka Kuning lebih cepat layu.




ACAR TIMUN

Menu hari bekerja yang ringkas.

Balik dah petang, makan malam perlu disediakan.  Bila dah lewat camni kena fikirkan menu seringkas mungkin.  Antaranya:


ACAR TIMUN





Bahannya
1 biji timun
1 biji cili hijau
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah (dihiris nipis2)
sesudu udang kering/ikan bilisi
2 sudu kacang tanah
4 sudu sos cili
* 3 biji cili api (jika suka peda)
* 1 cmt gula (jika suka manis)



Caranya:
- bawang merah, cili api, ikan bilis dan kacang - semua digoreng garing.
  (Kemudian tumbuk - boleh buat lebih dan simpan - guna bila perlu)
- Timun, bawang besar dan cili hijau dihiris nipis-nipis.
- Masukkan sos cili dan bahan tumbuk tadi.
- Gaul rata, dan hidang.

Selasa, Januari 25, 2011

PERABUT BILIK ANAK


Perabut yang sesuai untuk bilik anak


Petikan dari:  The Junior Room



ZIARAH KE HOSPITAL SUNGAI BULUH.

Petang sabtu lalu balik dari majlis kahwin Ana n Din di Kuala Kubu kami singgah di hospital Sg Buluh.

Kami datang beramai2 melawat ipar kami Cek Ton.. yang telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim.  Takziah kami ucapkan pada Mr Syahab kami, Abang Mail sekeluarga.  Semoga sabar dan cepat sembuh ya Cek Ton.

Dalam pada melawat tu sempatlah bergambar2 disekitar lobi hospital yang cantik... tanda kenangan.

Selamat Datang - Hospital Sungai Buluh


Jambangan bunga di lobi
Kalau dulu jambangan bunga camni hanya ada di lobi hotel sahaja.
Tapi sekarang lobi hospital pun tak kurang cantiknya.. 

 Untuk anak2..di sini tempat menarik ... kios lah.


Jalan dari lobi ketempat parking kereta.

**terlupa mengambil gambar  orang yang dilawati.... sorry Cek Ton.




MAJLIS PERKAHWINAN FIRDAUS & ILLA


3 OKTOBER 2010

UCAPAN TAHNIAH KEPADA KEDUA MEMPELAI
"SEMOGA BERBAHAGIA"

Photo Albums at WiddlyTinks.com






Photo Albums at WiddlyTinks.com
 




Scrapbooking at WiddlyTinks.com
 





Photo Albums at WiddlyTinks.com
 




Photo Albums at WiddlyTinks.com






Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com



Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Cuba klik!  Photo Tinks 



RUANG DAPUR IDAMAN

Melihat yang indah2 ... tenteram jiwa.

CLIFTON INTERIORS
Pautan:  RUANG DAPUR IDAMAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...