Iklan

Khamis, Disember 09, 2010

PIZZA SEGERA

Menjelang petang.
Adunan donut ada 1/3 lagi.  Rasa nak buat donut tu dah boring pulak.

Anak2, apa kata doh tu kita buat pizza ... mari kita cuba.


PIZZA SEGERA

Bahannya:
1/3 doh (lebihan doh donat)
- dibahagi 2: jadi 2 keping pizza bulat berukuran 9")
3 batang sosej (potong serong - nipis2)
sos cili
keju mozarella
mayonis

Caranya:
- 1 bahagian doh dicanai rata dalam loyang anggaran 1/2" tebal)
- sapu sos cili (jika suka campur sedikit sos tomato)
- susun atur potongan2 sosej - hingga penuh.
- parut keju di atas permukaan pizza (menutupi sosej)
- panaskan oven 170 darjah  dan bakar selama lebih kurang 15 minit.
- kelihatan kekuningan, angkat pizza dan pipekan sos cili diikuti dengan mayonis
- kemudian bakar semula selama 5 minit.
Daaaa............... siap untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...