Iklan

Isnin, Disember 20, 2010

COK KEMBONG

14/12/10 - Malam ni nak kemas .. esok nak ke JB.  Tiba Dek Man nak makan cakoi.  Hai .. dah malam2 camni mana sempat nak buat, kedai cakoi pun dah tidur.  Jam dah pukul 9:30 malam, mama nak kemas barang lagi.  Tak sempat la.

Tapi, budak kecik ni tak makan saman la pulak... nak juga cakoi. Menangis-nangis sampai tertidur.
Hai, tengok muka anak dah tertidur tu, tak sampai hati pula.

Tiba-tiba  teringat resipi "cok kembung" Pn Noorma kita kat office tu... Pukul 10.00 masih sempat nak buat, rasa lebih kurang cakoi gak..."kelenton lidah anak".

Jam 11.00 menggoreng, elok siap goreng dia bangun... terus makan.  "Hemmm rasa cam cakoi juga, tapi apesal bulat?".



COK KEMBONG

















Bahannya:
1 cawan tepung gandumCatatan baru
1/2 cawan air sejuk
1 cmb gula
1 cmt garam
1/2 cmt yis kering

Caranya:
- Tepung, garam dan gula dibancuh dengan air.
- Bila telah sebati masukkan yis dan kacau rata.
- Biarkan sementara dan kacau lagi.
- Tutup dan biarkan 30 minit
- Adunan akan berbuih, kacau untuk hilangkan gelembung2 kasar.
- Panaskan minyak dan goreng (cedok guna sendok kecil, agak kuih bersaiz comel)
- Goreng hingga gareng dan hidang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...