Iklan

Memaparkan catatan dengan label Sembang-sembang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sembang-sembang. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 21, 2013

BENDANG ERA TERKINI

Assalamualaikum.

Lama tidak bercerita ceriti ...  apakan daya, bersua kita sekali sekala moga tidak lupa.

Sekadar ingin menyiarkan perkara baru yang dialami.  Seperti biasa balik kampung.  Sekali balik musim padi hijau, balik lagi padi dah kuning dan kali ni balik...........

Wow! suasana yang berbeza.  
Belum pernah menyaksikan suasana begini.  
seperti berada di luar negara... gamaknya.
Suasana lepas musim menuai yang terkini.



 Pemandangan biasa sebelum ini............selepas musim menuai.



Jentera penggulung jerami ... Teknologi baru ... menambah pendapatan petani







 Masih ada lagi "daun niyor melambai" .... jika tidak tentu sudah hilang identiti bendang kita.









Hingga bertemu lagi dilain siaran .... Wassalam.


Ahad, April 21, 2013

MAJLIS AQIQAH DI EMERALD WEST

Assalamualaikum.

Bertemu di hari minggu ini ... setelah berminggu-minggu blog ini membisu dan beradu.  Minggu ini bangkit seketika untuk bercerita-cerita sementara ada masa.

Kisah semalam 20 April 2013 (sabtu)  berkunjung  ke majlis Aqiqah di Emerald West, Rawang. Majlis di rumah En Rafi dan Pn Aini sempena kelahiran anak ke 2 beliau.

Inilah baby comel yang diraikan ... baru 3 bulan.

Majlis yang meriah dan yang paling special tu ..... ehmmmmm, hidangan yang lazat hingga menjilat jari.  Nasi beriani, kambing masak kurma, daging rendang hitam, ayam masak merah, satey dll.  Wah ... semuanya lazat-lazak belaka.  Tak cukup perut nak makan semua.

Yang lebih istimewanya, semua lauk pauk dimasak sendiri oleh tuan rumah bersama sedara maranya.... memang tabik spiring akak pada Cik Aini ni.  Dalam masa berbaby kecik ni masih sempat merendang hitam ... kegemaran kami.


Dan satu lagi buah tangan (pulut kuning & sambal udang lazat) dan bunga telur yang lain dari yang lain.  Bunga telur idea baru ... tentu hasil kretifiviti Pn Iera Manaf dari blog:
 http://iera-luvcraft.blogspot.com/ .  Tahniah .... menyumbang idea baru, memeriahkan industri kreatif kita.



He3 , bunga telur dengan perlambangan yang tersirat ... keperwiraan dan  kenegerian lagi tu ...



Gelagat abang yang sayangkan adik .... bila semua dok tengok adik dia, snap2  lagi ............ terus dia pun datang dengan memperkenalkan dirinya,

 "Eh, saya Lutfil, abang dia tau"
.... jealous le tu ya abang .... he3  takpo mokcik paham.

"Bye-bye Lutfil, bye-bye baby .... mokcik balik dulu".





Ahad, Mac 03, 2013

BANGAU DAN SAWAH

Assalamualaikum.

Hujung minggu ni dipenuhi dengan agenda balik kampung ... balik sawah.
Musim menanam akan bermula tak lama lagi, sebelum tu sawah kenalah dibajak terlebih dahulu.... barulah benih akan ditabur.



Sebelum balik kira-kira jam 10.30 pagi, terlihat suasana indah di sawah.  Burung bangau yang menggerumuni jentera bajak.  Apa lagi, tak mau lepaskan peluang merakamkan detik-detik indah yang bukan selalu dapat disaksikan.  Anak-anak pun terpegun melihat burung bangau dan pembajak.  Mengikut Pak Su kami ... minggu lepas bilangan bangau jauh lebih banyak berbanding minggu ni ........... hemmm, pada kami kira dah banyak sangat le bangau ni.


 Pepatah lama "kemana terbangnya bangau kalau bukan ke belakang kerbau" nampaknya sudah tidak reliven lagi ..... kena tukar "kemana terbangnya bangau kalau bukan mengikut jentera bajak".  Hehehe ... saja memandai.


























Oklah ... nampaknya "bye-bye" sawah .... kami balik dulu.   Nanti sebulan dua kami kembali lagi ... waktu tu tentu kau "sawah" dah menghijau.






Isnin, Februari 18, 2013

CENDERAHATI MAJLIS AQIQAH


Assalamualaikum.


Mencatat kenangan  semalam, berkunjung ke Majlis Aqiqah cucu Tn Hj Hassan Ya di Ampang Tambahan.

Pelbagai juadah dihidangkan ... dan yang paling indah... PULAU COKLAT 
(lupa pula ambil gambarnya).

Penuh dengan coklat dan manisan bertema 'BIRU, PUTIH DAN COKLAT'.  
Buntang mata Arif Aiman tengok coklat... semua teringin dirasa.

Yang paling cute.... cenderahati  ' BISKUT CUTE dan OREO SALUT COKLAT'.










Selain itu, kunjungan juga sempena meraikan persaraan beliau, mulai 3/3/2013 (sekarang sedang menghabiskan sisa2 cutinya).  Sampai sudah penghujung perkhidmatan beliau dan bermulanya era zaman persaraan.

Kepada TN HAJI HASSAN YA .... diucapkan 


"SELAMAT BERSARA DAN SEMOGA MENIKMATINYA DENGAN KEBAHAGIAAN DAN KESEJAHTERAAN DISAMPING KELUARGA TERSAYANG."



Jumaat, November 09, 2012

SPM 2012 (5 NOV - 6 DIS 2012)

Hari ini dah masuk hari ke 4 peperiksaan SPM, esok jumaat dan minggu depan tiada kertas sempena cuti Awal Muharram dan Deepavali. Ini  bermakna dah 4 hari aku bercuti dan esok Jumaat kenalah mula bekerja kembali.

Solat hajat, bacaan Yassin dan motivasi  di SMT Sepang (2/10/2012)

Tahun ini giliran anakku yang ke 4 mengambil SPM - Kamarul Afif

"MOHON  ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN ANAKKU DAN SAHABAT2 SPM ... SIHAT, SEJAHTERA  DAN DAPAT MENJAWAB SEMUA SOALAN DENGAN LANCAR, BAIK, TEPAT DAN LENGKAP.  SEMOGA BERJAYA CEMERLANG - DI DUNIA DAN AKHIRAT"

Oh ya tentang SPM .... telah ku semat dalam hati sanubari sejak muda-muda lagi untuk mengambil cuti setiap kali anak-anak menduduki peperiksaan penting.  Semenjak dari anak pertama hingga kini untuk anak ke 4, insyaallah masih dapat dikotakan semangat itu walaupun mungkin bilangan hari bercuti tidak sama (ikut kelapangan atau ikut baki cuti yang ada) .. moga tidak ketinggalan juga untuk yang ke 5 nanti (jauh .. 8 tahun lagi).

Dulu waktu mula2 bekerja, boss ku Mrs Yap/Susan (tak tau dimana sekarang, harap dia sihat lagi) akan bercuti setiap kali anak-anaknya menduduki peperiksaan dan aku waktu tu masih muda lagi .. kurang faham mungkin dan selalu bertanya "UNTUK APA, KENAPA DAN BUAT APA SEPANJANG  PN SUSAN BERCUTI?".

Katanya... dia bercuti bagi memberi sokongan moral pada anak-anak, sediakan sarapan dan makan tengahari dan pastikan kelengkapan mereka sebelum pergi menjalani peperiksaan.... "DOA LAAA ... hay ya".



Sejak itu, aku baru terfikir bagaimana emak memberi sokongan moral kepada kita dulu. Emak suri sepenuh masa tidak perlu bercuti tapi akan berpuasa dan bersolat hajat untuk anak-anak.

Wah... kalau Susan  boleh buat begitu, aku  sebagai orang Islam tentu juga boleh, malah lebih banyak lagi perkara boleh dilakukan.  Walaupun anak-anak tinggal di asrama, tapi akan diberitahu, mama bercuti sempena SPM, semata-mata untuk bermunajat dan mendoakan mereka, memberi semangat dan sokongan moral.  Menjiwai bagaimana perasaan mereka yang sedang berperang dengan soalan-soalan.



Tapi tidaklah sampai bercuti sepanjang peperiksaan berlagsung...... hanya pilih  hari-hari  yang difikirkan perlu, tengoklah ada anak yang dapat 6 hari, ada yang cuma 3 atau 4 hari.  Harap anak-anak tidak mempertikaikan bilagan harinya ... tapi sedaya upaya mama cuba memberi keadilan, kesungguhan dan usaha yang terbaik. Ini merupakan sebahagian daripada usaha kita .... selebihnya tawakkal dan kepada Allah tempat berserah.
.
Hai,  dalam pada itu bagus juga sesekali cuti panjang.. semata2 duduk di rumah, merasai  suri rumahtangga sepenuh masa. Melayan suami dan anak pergi balik kerja/sekolah .... melayan fikiran, melayan mata dan sempatlah juga melayan macam-macam citarasa tekak.

Insyaallah ... azam tahun baru, nak menyempatkan diri bercuti khusus untuk  "JADI SURI PENUH MASA" seminggu setahun atau sekurang2nya 1/2 minggu setahun (cuti yang betul2 dirumah melayan kerenah  rumahtangga tanpa pergi jalan-jalan).

Semoga panjang umur, murah rezeki dan boleh terus berbakti. Amin.

Isnin, November 05, 2012

SAHABAT KU DAH JADI IBU MERTUA

Assalamualaikum.

Hari ini ahad 4 November 2012, meluangkan masa menghadiri jemputan kahwin anak kedua sahabat lama Pn Siti Faridah Zainuddin (geng sekolah SUA). Di Dewan Masjid Bulat, PJ.

Tak sangka dia dah mendahului kami dengan merebut pangkat 'IBU MERTUA' buat kali kedua.  Wah, hebat dia kerana anak2nya ditakdirkan bertemu jodoh mendahului anak2 sahabat yang lain.

Apapun ... Tahniah buat Ida dan suami serta anak-anak. Semoga semuanya kekal bahagia dunia akhirat.

Sahabat ku ... kini dah naik pangkat 'IBU MERTUA KU'



Bersama satu-satunya anak daranya.




Salah satu hidangan unik ... kuih klasik orang Jawa 'LEMPER'
pulut kukus berinti serunding kelapa ... kelazatannya terletak pada 'intinya'.

Terima kasih atas jemputan Ida dan keluarga ....
 hidangannya lazak2 belaka, terutama 'umbut kelapa masak lemak berempah'  
 ... terkenang-kenang .... hemmm






Isnin, Oktober 22, 2012

NILOFA ATAU NIK LOFA?

Episod lawak keder sepontan ... kisah dari seorang teman.

Ini NILOFA atau NIK LOFA ... ce teka, ce teka.

Sepasang suami isteri (HJ AAA DAN HJH) serta seorang anaknya (bawah 10 tahun kot) datang menghadiri majlis mesyuarat agung sekolah agama.  Kata temanku, haji ni kira glamor le kat taman tu.. manyak mulut  (dikenali penduduk), sementara isterinya pula manyak batu dalam mulut ...istilah 'bawah tudung saji' - rame le tak berapa nak kenal.


Sewaktu pemilihan AJK berlangsung, terjadilah dialog ni..


  • PENGERUSI:   Sekarang kita akan melantik Setiausaha, sila calonkan sesiapa diantara ibubapa yang sesuai.


  • IBUBAPA:        Saya calonkan EN AHMAD

Maka, ramailah yang menyokong dan tiada pencalonan lain... mungkin masing2 kurang mengenali sesama mereka.  Nak lantik orang tak kenal ni susah juga... langkah paling selamat, lantik semula EN AHMAD setia usaha lama ni.  Tiba-tiba EN AHMAD bangun, dan terus memandang ke arah tempat duduk kaum ibu, dan berkata.....


  • EN AHMAD:   Saya calonkan isteri kepada HJ AAA, nama tak tahu.


  • EN AHMAD:   Haji, siapa nama isteri? (tiba-tiba bertanya pada Hj AAA yang kebetulan duduk disebelahnya)


  • HJ AAA:   NILOFA (spontan Haji menjawab, tanpa berfikir ...tengah berangan kot atau terperanjat, tak menduga isterinya yang agak dingin, suam2 kuku tu dicalonkan..... hj je yang tau)

  • PENGERUSI:   NILOFA... ha3 (mengulang kata haji sambil ketawa, sementara JURUTULIS terus tulis nama NILOFA di whiteboard)

  • IBU-IBU:   NILOFA?????  Eh, PN BB la......... hahahaha                                                          

Ketawa besar para ibubapa termasuk anak haji AAA sendiri...
Terpinger-pinger hajjah dengar nama NILOFA ... anak sendiri pun ketawa mengekek2.

Kelam kabut jurutulis memadam nama NILOFA dan diganti dengan nama PN BB.

Senyum2 kambing semua, sementara Haji AAA ketawa besar ... (pecah rahsia haji ni ..peminat NILOFA rupanya .... berangan sampai tersasul nama isteri).

Sampai di rumah haji masih tersenyum2 kambing 

  • SORRY, TAK SENGAJA .... TERSASUL (kata hj pd hjh...coverlah tu).

Sementara si anak ni sibuk bercerita episod di sekolah pada si kakak dengan edisinya yang tersendiri.
  • ADIK :      kakak, tadi kat sekolah orang dah lantik mama jadi AJK, pastu sekarang orang panggil mama HJH NIK LOFA
  • KAKAK :      Haaa.............NIK LOFA  ke  NILOFA? (kakak ni dah faham selera ayah kot..)
  • ADIK  :     Entah..............

Ini antara kisah rumah tangga ... LAWAK SEPONTAN,  dek kerana meminati NILOFA.  Silap haribulan boleh menimbulkan KECELARUAN ...boleh mendatangkan KEMARAHAN dll.

DAN ... kemuskilannya sekarang ni, BAGAIMANA  JIKA KITA BERADA DI TEMPAT  HJH BB. 

APA PERASAAN KITE?

  • MARAH kah
  • SEDIH kah
  • MERAJUK kah
  • IKUT TERSENYUM JUGA kah
  • ATAU BUAT DEKKKKK JE...FORGET IT LAH.


JAWAB ... JANGAN TAK JAWAB.




Ahad, Mac 18, 2012

KASIH SAYANG SANG BURUNG

Sejenak memerhati kasih sayang  sang burung
Jam 11.30 pagi, diluar rumah riuh bunyi burung "chit chat chit chat".  Kelihatan 3 ekor burung berwarna kuning sibuk terbang sana sisi .... comel.  Tak pernah pula tengok burung-burung seperti ini.  Agaknya mencari sarang kot.

Seekor hinggap di motor.



Kemudian terbang ke tingkat atas... hinggap di penyidai kain.
Rupanya 2 ekor burung dewasa (ibubapa kot) ni sedang mengajar anaknya terbang




Kemudian turun semula ke bawah ...eh intai2 pula, apa yang dicarinya ni.

Oh..ini rupanya yang dicarinya ..
Anak burung ni jatuh ke bawah dan tidak mampu terbang lagi.

Kebetulan ada si meow sedang mengintai-ngintai kat bawah tu, jadi Abe terpaksa tangkap anak burung untuk menyelamatkannya.

Arif :  Abah, masukkanlah anak burung ni dalam sangkar, Arif nak bela dia.
Abe :  Tak boleh bela burung dalam sangkar, itu namanya menyeksa, berdosa.
Arif :  Kenapa seksa pula, kita beri dia makan dan minum la abah.
Abe :  Burung perlu hidup terbang bebas, nak jumpa ibubapa, kawan-kawan, cari makan dan main-main, kalau dalam sangkar macamana dia nak terbang.... terseksa  dia, nanti kita berdosa.
Arif :  Oh ya ke.
 

Abe letak anak burung kat tepi mangkok berisi air .. senanglah kalau dia nak minum. Anak burung ni nampak lemah ... mungkin kepenatan sepagian belajar terbang. 

Sebenarnya bulu anak burung ni belum cukup lebat, ekornya belum cukup panjang seperti ibubapanya, mungkin sebab itulah dia tidak cukup kuat untuk terbang


Nampak gelisah   ibubapa burung ni... datang menghampiri anaknya.


Lihat tu.. kedua ibubapa burung tu sentiasa berlegar berhampiran sambil memerhati  keadaan anaknya.  Mungkin dia takut keselamatan anaknya. 
Burung pun sayangkan  anak.


Tiba-tiba... datang ibu burung menyuap makanan kemulut anaknya

Lepas makan, anak burung ni terus bertenggek disitu... sambil memerhati kelibat ibubapanya


Rasanya yang ini bapa burung ... sentiasa mengawasi dari jauh dengan gagahnya.

 


Wah... ibu datang lagi, beri makan ... cepat betul si anak menyambar makanan dari paruh ibunya, tak sempat nak kita nak snap.
Bapa pula memerhati dari jauh je.
Amboi, dah kenyang perut ....si anak pun mencuci badannya sambil mengembang-ngembangkan bulunya.

 


Masa ni ... anak burung tinggal sendirian, mungkin ibubapanya keluar mencari makanan.  Kesian dia ...Arif pun datang bawa roti... harap anak burung nak makan.
Tapi hampa.... anak burung ni tak mau makan roti yang Arif beri.  Mungkin dia tak pandai makan roti atau dia cuma makan yang ibunya beri sahaja.
Anak burung termenung, dok setia menunggu ibunya .... Arif terpaksa alihkan kedudukannya, kerana semut pula datang menghampiri anak burung ni ... takut nanti digigit semut pula.
Waktu ni dah menjelang senja, haripun dah mula gelap .... riuh rendah ibubapa burung datang. 


Ibu burung sedang menunjuk cara terbang pada anaknya, agaknya nak bawa anak balik ke sarang.
Tapi anak burung tetap duduk di situ juga ... si ibu datang memujuk lagi.

Oleh kerana dah azan maghrib, Abe dan Arif pun ke surau... mama masuk rumah untuk solat. 

Balik solat maghrib.... Arif tengok anak burung dah tiada, Arif cari merata... bawah kerusi bawah kereta,  takut kalau-kalau anak burung jatuh ke bawah atau takut ditangkap si meow... tapi tak nampak kesan-kesan dibaham si meow.

Mungkin anak burung dah terbang ikut ibubapa balik sarang.  Arif doakan "Semoga anak burung  panjang umur dan selamat, harap esok anak burung datang lagi jumpa Arif".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...