** 5 Mei 2016 - Biar foto bicara ya....
Berblog kerana minat - mengisi masa terluang, menulis, membaca, menambah ilmu dan bertukar2 idea sesama e-sahabat. Baik jadikan panduan, yang tak baik jadikan sempadan. Terima kasih kepada yang menyokong, memberi dan menerima.
Memaparkan catatan dengan label Kisah Semalam. Papar semua catatan

Khamis, Mei 05, 2016
Ahad, Mei 01, 2016
MARI KITA MAIN SILAP MATA.... "NOW U SEE..."
"Eh... ada benda asing la dlm almari Biy..."
"Ala... kan dah lama memang ada dalam tu .."
Ooo... santainya jawapan. Patutlah......
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Sekelumit petikan kisah hidup mu sahabat...
BIAR MEREKA KHIANAT...
JANGAN KITA JADI PENGKHIANAT.
Ahad, Mac 16, 2014
ZIARAH @ REUNION X'SUA 80
Assalamualaikum sahabat maya... lama tidak bertemu.
Hari ini mengisahkan pertemuan semula 8 orang sahabat lama yang telah terpisah selama 33 tahun. Kami 8 orang merupakan X'SUA... Lutfi, Zara, Nor, Yati, Yah, Dija, Sma, Sal dan turut sama isteri Lutfi (Zawiyah).
.
Pertemuan pertama kali dengan Yati, Sal & Zara.
Pertemuan kedua dengan Lutfi, Nor & Dija.
Hanya Yah je yang dah berkali-kali bertemu.
Pertemuan diatur di Hospital Selayang sambil menziarahi Lutfi yang sedang sakit dan mendapatkan rawatan di sana. Riuh rendah wad 7A, di katil Lutfi petang tu (Sabtu 15/3/2014) dengan sembang kami yang macam bertih goreng ... Nasib baik wad kosong ketika tu, jika tidak ada yang kena piat telinga.
Kesian Lutfi... terpaksa menahan sakit untuk ketawa dek sembang kami. Walaupun rakan sebaya ni dah 5 series tapi bila dah jumpa terasa masih macam dulu ... sesekali cerita simanis 17 timbul kembali.
Apapun kami sentiasa mendoakan Lutfi dan keluarga sentiasa sabar, tabah dan ingat kepada Allah selalu. Semoga cepat sembuh dan kembali sihat seperti semula.

Sebelum berpisah ... sempat lagi kami posing di lobi hospital.
* R'imah, Zara dan Yati datang bersama suami.
* Nor, Dija, Sal dan Sma - kami berkongsi kereta ...
"kisah lucu kita tak kan ku lupa ... ranjau duri perjalanan tempuh bersama"
he3... LUCU :D
Khamis, Februari 16, 2012
BALIK KAMPUNG NAIK BAS EKSPRESS
Sejak bulan lepas lagi emak berpesan agar aku dan adindaku (Yang) dapat meluangkan masa balik kampung untuk urusan keluarga sebelum emak pergi menunaikan umrah pada 19 februari.
Setelah berbincang dengan Yang, kami bercadang balik kampung berdua saja (tanpa keluarga) dengan menaiki bas. Emak terperanjat bila kami beritahu nak balik naik bas ...
EMAK BERTANYA:
- Kenapa tak bawa kereta je
- Apa gunanya ada lesen, ada kereta.
- Kenapa nak susah2 naik bas?
- Nak ke Pudu Sentral kan susah.
AKU JAWAB:
- Naik bas lebih senang mak, lebih releks... boleh pandang sana sini, kepala idokle penin.
- Memandu bagi kami sekadar untuk pergi n balik kerja atau jika terpaksa.
- Naik bas ok, boleh ke Pudu Sentral yang cantik.. mengenang zaman bujang.
- Sebenarnya anak emak ni...idok le berapa gagah nak memandu jauh2....he3
Ahad 12/2/2012 kami balik kampung, tiket jam 2:00 petang. Kebanyakan penumpang pelajar, cuma ada beberapa orang dewasa saja termasuk kami. Kebanyakan mereka tidur, tapi kami asyik bercerita dan makan2 .... maklumlah sesekali dapat duduk berduaan. Kami sampai kampung jam 5:30 petang dan dijemput oleh adik bungsu kami.
Esoknya, Isnin 13/2/2012 kami ke Teluk Intan untuk menyelesaikan urusan di pejabat tanah. Sampai di sana, pelanggan tidak le rame beno ...kebanyakan mereka terdiri orang2 yang agak berumur. Kami terus ke kaunter untuk mendapatkan nombor giliran dan memilih jenis perkhidmatan, tapi kaunter memberi 2 borang untuk diisi.
Emak merungut "berapa banyak borang perlu isi, haritu dah isi, ni kena isi lagi".
Oleh kerana kami tak biasa dengan urusan ni, lambat le siap. Setelah 30 minit dan telah hampir 70% siap mengisi borang .. kami ke kaunter semula untuk bertanya sesuatu. Tapi mereka kata kami salah isi borang.
Hah..salah? apa yang salahnya?
- Borang tidak boleh salah isi, nanti kena isi semula dan melambatkan kelulusan.
- Borang hendaklah diisi guna "ink pen" tidak boleh guna "ball pen".
Betulke ni...pelik.
- Kenapa le, masa beri borang tak beritahu mesti guna ink pen?
- Kenapa dalam borang tidak dinyatakan tidak boleh guna ball pen?
- Hai..sepanjang aku bekerja, biasanya semua borang hendaklah diisi dengan ball pen
Habis tu macammana...Hai, jam2 gini mana pula nak cari pen dakwat basah... ada jual kat sini ke?
Mereka senyum dan berkata;
"Begini puan, jika puan nak upah orang isikan borang, kami boleh tanyakan".
"Oklah tanyalah" kataku sambil menunggu.
"Maaf puan, orang disini sibuk, puan boleh pergi ke pondok kat luar sana, kat bawah payung tu. Di sana ada perkhidmatan upah mengisi borang".
Oleh kerana kami kesuntukan masa dan perlu bersegera, maklumlah ada 2 ke 3 urusan lagi termasuk perlu balik KL petang ni juga, takut kehabisan tiket ... dan mengenangkan anak kami yang di swastakan ke rumah jiran.
Tanpa berfikir panjang kami menuju ketempat yang dimaksudkan. Ada lebih kurang 4 payung yang memberi perkhidmatan yang dimaksukkan, Kami menuju payung yang hujung sekali dan disambut mesra. Kebetulan ketika itu dia sedang menaip surat pelanggan ..."Dah siap .... berapa?......RM6.....Ok, terima kasih".
Setelah menerangkan tujuan dan borang kami dan memberi dokumen yang diperlukan, tugasan terus dijalankan. Mengisi borang menggunakan mesin taip zaman dulu;
- dia memang "PRO"....mamang tabiklah.
- menaip dengan pantas dan cekap
- tahu semua column perlu diisi tanpa bertanya kami.
- siap semak dengan teliti dan beri penerangan langkah2 yang perlu dilakukan.
"Ok, dah siap....berapa? ......RM60"
- Adussssss.....biar betul........RM60....2 borang, isi dalam masa 20 minit.
Terpaksa aku menawar2, akhirnya dapat less RM10....so, bayarlah RM50.00. Emak ku kata, datang pertama dulu emak upah isi borang-borang semua kena bayar RM200.
Memang perkhidmatan yang diberi memudahkan, memang bagus ....menjadi punca pendapatan orang2 pencen....langkah terpuji. Cuma harga tu menarik sangat...biarlah dengan harga berpatutan.
Seterusnya kami ke kaunter semula, borang dilihat dan diberi nombor giliran untuk buat bayaran sebelum proses seterusnya ...RM10 (bayar lagi) kemudian baru diarah bertemu pegawai untuk proses tandatangan ....Emak, Aku, Yang dan Adik.
"Lepas ni puan kena ke LHDN pula, kena bawa SURAT BERANAK...untuk dapat POTONGAN 50%, jika tidak, tiada potongan cukai. Cukai pula mesti dibayar/diselesaikan dalam tempoh 3 bulan, jika tidak puan akan diikenakan DENDA". Aku tanya lagi "Berapa nilai denda tu?". Jawab pegawai tu "seratus lebih juga le". Wah....nampaknya semua urusan bersandarkan wang. Takde wang ..takde urusan.
Tadi sebelum pergi kami dah semak surat, ada apa2 perlu dibawa..TIADA, lagipun sebelum ini, waktu hantar borang pertama dah disertakan segala dokumen...aku ni pun satu, kenapa le tak bawa je semua dokumen tu...masalah betul.
Kami ke LHDN, berurusan mudah...dan untuk mendapatkan less 50% kenalah "FAX" salinan surat beranak. Alhamdulillah menjelang jam 1:00 petang selesai semua urusan. Kami makan dan ambil tiket balik KL jam 2:00 petang.
Sepanjang perjalanan terfikir2 dikepala ni..........banyaknya perkara jadi persoalan.
- apasal le leceh beno urusannya, takde ke cara yang lebih mudah dan efektif
- kenapalah perlu isi banyak borang berulang2
- kenapa tidak dinyatakan syarat-syarat mengisi borang
- ada tak kemudahan borang online
- kenapa mesti balik ke belakang ... guna mesin taip
- Kenapa tidak boleh isi borang dengan ball pen.....pelik sesangat
- Ink pen tu untuk tandatangan bolehlah dipercayai.
- Kenapa perkhidmatan upah isi borang tu MAHAL sangat, sampai RM50 untuk 2 borang ..harga tiket bas ekspress pergi balik pun baru RM23.40 .
- Ke aku je yang terasa mahal, sedangkan orang lain kata ok?
- Ada connection ke orang dalam dengan orang luar bawah payung ni?
- Adakah semua ini berlaku disemua pejabat tanah atau cuma di T.I je
SIAPA NAK JAWAB SOALAN CEPUMAS AKU NI?
Patut le banyak tanah2 terbiar...payah sangat nak berurusan, ini baru peringkat anak (tiada masalah), jika sampai peringkat cucu2 atau keluarga yang bermasaalah, macamanalah........alamat terbiar la harta pusaka kita. Kita yang biasa berurusan pejabat terasa payah, bayangkan jika orang kampung yang dah tua dan tidak tahu membaca.
Fikir-fikirkan lah..........
Jam 5:30 petang sampai rumah ... terdampar keletihan...letih badan dan letih minda.

Yang sedang menanti dengan sabar ...lelap mata, malu ke?

Label: Syimama Page
Aktiviti,
Kisah Semalam,
Sembang-sembang
Isnin, Disember 05, 2011
SUNAT BERAMAI-RAMAI
Musim cuti sekolah hujung tahun begini paling banyak majlis perkahwinan dan majlis berkhatan. Musim ini taman kami julung-julung kalinya telah mengadakan majlis berkhatan beramai-ramai.
Majlis berkhatan ni anjuran Surau Al Ikhlas dan mendapat kerjasama dari team doktor perubatan Hospital Tuanku Mizan (ATM).
Majlis telah diadakan pada 3 Disember 2011 bersamaan hari Sabtu di surau Al Ikhlas taman perumahan kami. Asalnya ramai yang mendaftar, tetapi mungkin disebabkan cuti sekolah banyak aktiviti lain atau ada anak2 yang masih belum bersedia, maka akhirnya tinggal 11 orang sahaja. Walau bagaimanapun majlis berjalan lancar dan meriah.
Anak bungsu kami Muhammad Arif Aiman adalah salah seorang pesertanya. Syabas anakku ... walaupun pada mulanya dia tidak bersedia: "APALAH PAKSA2 .. ORANG BELUM BERSEDIA". Tetapi bila tengok sahabat2nya turut serta ... diapun bersedia... "OKEYLAH"
Majlis bertambah meriah dengan kehadiran penduduk taman dan para saudara mara. Hidangan minuman pagi yang sediakan, nasi lemak dan pelbagai kuih muih sumbangan ahli kariah.
Bertambah besar hati kami apabila mendapat penaja makan tengahari "NASI BERIANI DAN LAUK PAUK LAZAT". Terima kasih daun keladi ......
TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT:
- - AJK SURAU AL-IKHLAS
- - TEAM PERUBATAN HOSPITAL TUANKU MIZAN
- - PESERTA DAN IBUBAPA
- - PENAJA DAN PENYUMBANG
- - KUMPULAN KOMPANG
- - PENDUDUK TAMAN YANG MEMBERI KERJASAMA
- - SAUDARA MARA YANG HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS.
Semoga majlis akan berterusan ditahun2 akan datang.
Mendaftarkan no. cabutan berkhatan
- Muhammad Arif Aiman No. 1
Dr Zakaria menyampaikan cenderahati kepada peserta khatan
* Muhammad Azfar Zakaria (anak ayah tu...)
* Muhammad Arif Aiman Abdullah Sani (eh.. anak mama)
Bersedia untuk diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar.
Mak bapak pun takmau ketinggalan, nak turut serta berarak.
Bergambar di bawah banner khatan - sebagai bukti.
Selepas diarak mandi pula dengan pancutan 'water jet'
Sorry ya anak-anak ... bomba tak dapat datang, maklumlah semalam Kajang banjir.
Sejuk tu...sebab pagi lagi, walaupun air pancut tak sebesar mana.
Pasukan kompang yang memeriahkan suasana
Saudara maraku - bersarapan pagi
Menjamu selera - sahabat handai yang bertungkus lumus
AJK dan ibubapa tidak ketinggalan bersarapan bersama.
Dah mandi.. tukar pakaian dan berkain pelikat
Berfoto 10 orang je .. mana sorang lagi?
11 orang peserta bergambar kenang-kenangan
Duduk sini semua!
Mendengar taklimat berkhatan dari Dr Zakaria
Apa agaknya Dr cakap ya ... macam2 riaksi.
Sebelum tu.. kena telan ubat dulu "penenang"
- aduh, payahnya nak telan pil ni, tak mau masuk la.....
2 bilik khatan disediakan - Bilik perubatan kreatif
Kelihatan seperti bilik perubatan tentera di Somalia
Kelengkapan khatan dan ubat-ubatan
Peserta pertama dan kedua sedang menunggu giliran ...
suspen, telan air pun susah.
Peraduan sedang menunggu...........
Tengok tu... tak senang duduk menunggu.
Ibu menunggu diluar bilik dengan tenang.
Peserta pertama dah keluar ... Abang Zul tolong gantung kain.
Arif Aiman - sejuk kaki tangan ... takut.
Lepas sunat, masing-masing dapat semangkok anggur.
Ahmad Fathi; hebat...boleh tersenyum lagi
Masing-masing sedang mengenang nasib.
Ibuku & aku .. bertafakur sejenak.
Arfan .. paling muda 7 tahun .. jam ni masih tenang.
10 minit lepas tu .... bila dah hilang kebas .. hujan (teresak-esak)
Aqil Razin ... datang dari jauh (Rawang)
Sebelum subuh dah bertolak dari rumah ... syabas.
Dah sampai rumah.. Arif dapat hadiah PS2 dari abah
(hadiah sunat, ganti yang lama dah rosak)
Senyum ... dapat penawar luka.
Bergame jelah sepanjang pantang ni ....
Semoga cepat sembuh ya anakku dan semua yang berkhatan.
Selamat menempuh alam kedewasaan, semoga jadi anak soleh yang berjaya cemerlang dunia akhirat.
AMIN.
Label: Syimama Page
Berita tergempar,
Kisah Semalam,
Sembang-sembang
Sabtu, November 26, 2011
DOA KETIKA DITIMPA MUSIBAH
Ikhsan dari: blog waladi
Kisah musibah yang menimpa seorang sahabatku si A.
A merupakan seorang kontraktor, dalam suasana ekonomi yang agak kurang memberangsangkan tentunya sedikit sebanyak menggugat perniagaan beliau. Untuk mendapatkan kontrak rendah, kelas beliau boleh dikatakan agak tinggi. Hendak menggapai kontrak tinggi sudah tentu tidak berkemampuan untuk pembiayaan. Projek-projek kecil sahaja yang singgah, sedangkan hutang yang ada sudah cukup membebankan. Walau bagaimanapun... "Alhamdulillah" A masih tetap bersyukur kerana syarikat masih terus hidup.
Ditakdirkan Allah A mendapat kontrak pembaikan di sebuah jabatan besar, dengan nilai kira okeylah untuk meneruskan perjalanan syarikat. Kebetulan harga barangan yang tidak menentu sekarang, keuntungan tidak dapat dijangka dengan tepat. Setelah kontrak diperolehi, harga bahan naik............sudah tentu untung menurun. Itu tidak termasuk harga insurans yang perlu diambil, kontrak bernilai belas K tetapi insurans perlu diambil untuk ratus K.
Kerja perlu dilaksanakan 2 hari cuti hujung minggu sahaja, maklumlah operasi pejabat berurusan besar. Sepanjang beroperasi, hanya seorang pegawai keselamatan menjaga A dan pekerja menjalankan operasi. Hari pertama berjalan lancar dan selesai menjelang petang.
Tapi malam tu, A mendapat panggilan telefon dari pegawai tersebut yang beliau terlibat dengan kemalangan dan kebetulan tempat kemalangan berhampiran rumah beliau. Maka A bergegas ketempat kemalangan membawa anaknya membantu dengan menghantar pegawai tersebut dan motosikalnya ke rumahnya.
Oleh kerana pegawai tersebut kurang sihat dan tiada pengganti operasi keesokan harinya bermula agak lewat, sedangkan permit dan tempoh siap sebelum jam 10 malam. Dalam keadaan kelam kabut menyelesaikan kerja yang ada mungkin banyak perkara tidak sempat difikirkan. Menjelang jam 10.30 kerja dapat diselesaikan tetapi susunatur tidak dapat dilakukan sepenuhnya kerana keadaan pejabat yang agak luas dengan barangan yang banyak, A dan pekerjanya tidak dapat mengingat susunatur asal.
Seperti yang diduga pada hari Isnin, A mendapat panggilan dari pegawai pejabat tersebut dan memberitahu kerja-kerja pemasangan bagus, tetapi tidak dikemas seperti asal. Menurut A, barang terlalu banyak, mereka tidak dapat mengingati kedudukan semua barang, sedangkan tiada staf tunggusedia untuk dirujuk serta kesuntukan masa.
Selain itu, terdapat satu peti besi yang dialihkan tidak dapat dibuka, sedangkan menurut A mereka hanya mengalih kedudukan peti tersebut untuk menukar karpetnya... mustahil peti yang seberat itu bergoncang dan rosak. Untuk itu A telah dipanggil ke pejabat untuk berbincang.
Kesokannya A datang ke pejabat tersebut. Tapi alangkah terperanjatnya A apabila diberitahu bahawa peti besi tersebut telah terbuka dan mereka telah kehilangan RM1,000. Mereka mahu A membayar balik kehilagan tersebut jika tidak laporan polis akan dibuat. Mereka kata "BERAPALAH SANGAT NILAI RM1,000 BAGI SYARIKAT BESAR ENCIK UNTUK BAYAR". Sedapnya mereka berkata-kata, mereka tak tahu, sedangkan nak tukar tayar kereta botak pun terpaksa ditangguhkan kerana tak cukup modal projek ni.
A merasa begitu keterlaluan, dalam keadaan kelam kabut menyiapkan kerja, mustahil pekerjanya dapat membuka peti besi tersebut dengan begitu mudah. Dengan untung yang tidak seberapa memberi RM lagi, seolah2 hanya memberi perkhidmatan begitu sahaja. Setelah menyoal pekerja, semua bersetuju mahukan report polis demi membuktikan kebenaran. Pejabat tersebut telah membuat laporan polis.
Petangnya A dipanggil ke balai polis untuk sesi soal siasat. Polis menasihatkan agar berbincang bagi menyelesaikan perkara ini tanpa report, jika menjelang malam report tidak ditarik balik mereka akan memanggil semua yang disyaki dan boleh menahan reman semua saspek (A dan pekerjanya, pegawai keselamatnya serta kawannya yang datang menjenguk serta kemungkinan pelapor juga). Yang sedihnya, semua pekerja A adalah pemegang KP merah dan menurut polis sekiranya mereka direman, mereka akan di 'black list' oleh imegresen.
A berfikir panjang, berapa ramai yang akan teraniaya disebabkan RM1,000 ni .... sangat tidak adil bagi mereka yang tidak bersalah. Mungkin disebabkan seorang, 10 orang akan teraniaya, malahan anak isteri dan masa depan mereka juga akan terjejas. Setelah menimbangkan semasak-masaknya A pun bersetuju membayar dan pihak tersebut membatalkan laporan tersebut.
Oleh kerana A tidak cukup wang, ia minta tangguh pembayaran. Beberapa hari kemudian A datang menjelaskan wang tersebut dengan rasa amat teraniaya sambil kata-kata:
"SAYA MEMBAYAR WANG INI BUKAN KERANA MENGGANTIKAN WANG YANG HILANG ATAU KERANA MENGHALALKAN KECURIAN, TETAPI SAYA MEMBAYAR KERANA HENDAK MENYELAMATKAN ORANG-ORANG YANG TIDAK BERSALAH DAN TERANIAYA YANG DISEBABKAN KES INI....dan akan bersolat hajat.....". (tidak dinyatakan hajatnya...lu fikir sendiri).
Kisah A mengingat kita tentang Hadis Nabi jika ditimpa musibah/dizalimi: dipetik dari
“Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Allaahumma’jurni fii mushiibatii waakhliflii khairan minhaa ”
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan yang lebih baik (dari musibah ini).” (HR Muslim 2/632).
Doa ini disebut doa istirja’ yang artinya: mengucapkan “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.” Doa ini dibaca ketika kita ditimpa musibah, supaya kita diberi pahala dan pengganti yang lebih baik dari musibah tersebut.
Hadis Tentang Doa Orang yang Dizalimi
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بَعَثَ مُعَاذاً إِلَى الْيَمَنِ وَقَالَ لَهُ :
"اِتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ".
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". H.R. Bukhari dan Muslim
Ketika Rasulullah SAW mengutus seorang sahabatnya yang bernama Mu’adz bin Jabal ke negeri Yaman untuk berdakwah di sana, Beliau memberikan beberapa pesan penting dalam mengajak manusia kepada kebenaran yang telah ajar olehnya SAW. Dalam hadits ini beliau berpesan kepada Mu’adz bin Jabal agar waspada dan takut akan doa orang yang terzalimi, kerana doa orang yang terzalimi tidak akan tertolak. Demikian pesan Rasulullah SAW : “ … doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) diantara dia dengan Allah”. Oleh kerananya bersikap adil sentiasa harus ada pada diri setiap individu muslim.

Renung-renungkan dan sambil muhasabah diri.
Label: Syimama Page
Ilmu/doa,
Kisah Semalam,
Sembang-sembang
Khamis, November 03, 2011
KEMALANGAN DENGAN LEMBU
2 November 2011
Dah 3 hari berturut-turut sakit kepala ni... Nak ambil cuti sakit, terasa malas nak jumpa doktor. Sebabnya ubat tahan sakit ada banyak lagi. Tapi bila 3 hari masih macam tu juga.... terpaksalah mengadap tuan doktor, mengadu apa yang sepatutnya... harap tiada yang luar biasa. Tujuan utama tu, lepas tu nak makan ubat dan nak berehat di rumah. Semoga esok kembali pulih.
Belum sempat jumpa tuan doktor, tiba-tiba terima berita yang mencemaskan "HAMIDAH KEMALANGAN...KOMA...DI HOSPITAL SG BULUH". Dia ni anak Kak Long suamiku di Meru Kelang, pelajar Unisel tahun 3. Kami tidak tahu kemalangan berhampiran rumah atau di Unisel.
Masyaallah..... selepas jumpa doktor, dapat cuti sakit... tapi waktu tu dah hilang rasa sakit dek rasa cemas dan keinginan mengetahui keadaan sebenar. Bersama suami, terus berkejar ke Hospital Sg Buluh.
Sampai di sana jam 1:00 tengahari, kami terus ke wad kecemasan di tingkat 3. Ramai pelawat menunggu giliran diluar ICU. Ada di situ, Angah (kakak Hamidah) dan 2 orang anak saudara, 2 orang pensyarah dan kawan2 kelas ... (kak long dalam perjalan lagi). Kami menunggu giliran masuk, hanya 2 orang pelawat dibenarkan sekali masuk.
Kami berdua masuk..tangan kena sapu cecair pembasmi kuman....masyaallah, di dalam wad ICU semuanya tidak sedar ... kami terus menuju katil 5. Midah tidak sedar diri.... dengan bantuan pernafasan dan penuh dengan berbagai-bagai wayar di badan. Kepalanya berbalut. Dalam pada itu 2 orang jururawat sedang mengemaskan Midah... cabut tube dan wayar2. Kami sempat bertanya "kenapa?" ........... Midah hanya luka di kepala dan dia dalam proses dihantar ke bilik bedah untuk menjalani pembedahan untuk kali ke 2. Menurut jururawat lagi, pembedahan pertama malam tadi, membuang darah dalam kepala dan kali ke 2 kerana ada cairan, ditakuti mengalir ke otak. Saya hanya sempat memegang tangan dan kaki sambil memanggil namanya sekali dua dan terpaksa keluar kerana memberi laluan kepada yang sedang menunggu memandangkan sebentar lagi Midah akan ditolak ke bilik bedah.
Sebenarnya Hamidah kemalangan petang semalam. Menaiki motor bersendirian dan terlanggar lembu melintas....sewaktu hujan lebat. Dia dalam perjalanan dari Unisel ke Kelang. Menurut mereka kejadian jam 7.30 malam, tapi keluarga hanya dapat berita jam 11.00 malam bila polis datang ke rumah beritahu Hamidah di hospital. Mungkin proses mengenal pasti mangsa kemalangan menyebabkan kelewatan berita sampai, lebih-lebih lagi handphone Hamidah tidak ditemui sewaktu kemalangan tersebut. Adanya telepon mudah untuk menghubungi keluarga.
Tidak tahu siapa yang menjumpainya, kerana orang tersebut menghantarnya ke klinik Ijok dan pihak klinik Ijok yang menghantar ke hospital Sg Buluh.
Hamidah seorang anak yang agak lasak, ceria dan suka menyakat sepupu dan anak buah yang masih kecil. Selalu buat suasana riuh rendah dengan gelagatnya. Tapi sekarang dia diam, senyap sunyi.
Kepada keluarga Kak Long, semoga sabar dan tabah. Sama-sama kita berdoa semoga Allah permudahkan urusan Hamidah, dikurniakan kesembuhan dan kesabaran. Amin

Isnin, Oktober 31, 2011
BERITA DARI TANAH SUCI - INNALILLAH
30 Oktober 2011 bersamaan hari Ahad, duduk bersantai selepas selesai solat subuh sambil menonton "Anda Muskil" di TV.
Tiba-tiba telefon rumah berdering-dering, berlari ke tingkat atas menyambut panggilan tapi tidak sempat dah berhenti. Tengok nombor yang tertera, nombor yang tidak dapat dikenali. Suamiku kata salah nombor agaknya, sebab nombor telefon rumah hanya untuk saudara mara terdekat sahaja. Aku pun turun semula menyambung aktiviti.
Tidak lama selepas itu, telefon berbunyi semula. Suami pula berkejar naik, tetapi bila disambut tiada suara. Hati mula terasa tidak sedap, terus ambil handphone pula... mana tahu ada orang nak buat panggilan.
Betul sangkaan kami. hp berbunyi...adikku "Yang" buat panggilan rupanya.
"Kak, ada perkhabaran dari Tanah Suci, Bokde Jah meninggal di sana. Anak aruah call mak sebelum subuh. Dia jatuh dan terus meninggal". Yang terus menceritakan perkhabaran sebagaimana yang diterima.
"INNALILLAHI WAINNAILAIHI RAAJIUN"
Baru semalam, Sabtu 29 Oktober 2011 mak saudaraku Pn Khadijah Hj Wahab (kami panggil Bokde Jah) berangkat ke Mekah bersama anak dan menantunya dalam keadaan sihat. Malam sebelum berangkat aku membuat panggilan pada Abang Ismail (anak Bokde Jah), hati memang teringin bercakap dengan Bokde Jah, tapi mengenangkan mungkin dia nak berehat dan tenangkan fikiran, maklum esok akan berangkat, membuat aku membatalkan hasrat untuk bercakap dengannya dan hanya berkirim salam dan mengucapkan selamat jalan semoga mendapat haji mabrur.
Bertahun-tahun dia menunggu panggilan haji, tapi masih belum sampai masanya. Masih teringat kata-kata Bokde Jah kepada ku sewaktu aku hendak menunaikan haji dahulu...yang membuat aku terharu... "Bokde Jah ni entah bila dapat pergi haji.. entah sempat entah tidak. Nanti doakan moga Bokde dapat pergi juga ya".
Hari raya tempohari dengan gembira dia beritahu kami, yang dia akan berangkat ke Tanah Suci musim ini dan katanya; "DOAKAN BOKDE SIHAT DAN DAPAT BUAT HAJI MABRUR YA".
Tahun ini sampailah panggilan haji Bokde Jah. Rupa-rupanya perginya menyahuh 2 panggilan "Panggilan Haji dan Panggilan Ajal". Sudah suratan dan ketentuan dari Allah. Sebagai manusia biasa kita akur dan hanya berdoa serta mengharap dikurniakan segala yang terbaik dariNya.
Menurut kata emakku, sampai di sana Bokde Jah terjatuh, dikejarkan ke hospital dan terus meninggal. Anak2nya tentu begitu kehilangan. Emak ku juga kehilangan kakak yang baik dan spoting, tempat bercerita dan mencurah rasa. Tentu mak terasa begitu sayu. Kami pula kehilangan ibu saudara yang amat dikasihi. Teringat kata-kata dan kemesraannya, senyumannya dan masakannya.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama para solehin. AMIN.
AL-FATEHAH

Sabtu, Oktober 22, 2011
HUJAN RIBUT, PETIR SABUNG MENYABUNG - PART 1
foto ehsan google/utusan harian
Petang ini, Jumaat 21 Okt. 2011 - Hujan petang turun lebat, di luar kelihatan gelap, guruh dan angin.
Bila hujan petang, terutama menjelang waktu keluar pejabat begini... hati terasa cemas, maklumlah mengenangkan perjalanan balik yang menjangkau 27km dan bakal menempuh kawasan2 "merah" / "jam".
Pernah dulu sy terperangkap dalam kesesakan dari jam 4.45 petang dan sampai di rumah jam 9.30 malam. Waktu itu sy memandu bersama anak ke 2 (tadika dekat pejabat) dengan keadaan diri sarat mengandung 9 bulan.
Kebetulan tangki minyak penuh dan ada sedikit bekalan kuih dan air minum dalam kereta, tidaklah anak kelaparan. Bayangkan, jika keadaan sebaliknya, minyak kosong dan anak menangis kelaparan dengan keadaan diri boleh bersalin bila2 masa, "bagaimana jika tiba2 sakit ......... suspen". Cemas bila teringat.
Waktu tu tiada handphone (barang mewah ketika itu), bayangkan bagaimana hendak berhubung atau menghubungi. Sampai di rumah jam 9.30 malam dengan keletihan dan kelaparan Suami di rumah cemas menunggu, hantar utusan (adik) mencari dengan menunggang motorsikal...tapi tak lepas, terpaksa patah balik sebab hujan lebat dan banjir........so, terpaksa duduk menunggu dan bertawakkal saja. Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah dan 2 minggu selepas itu sy pun bersalin.
Sejak hari itu, minyak kereta akan diisi setiap kali meter menghampiri aras 1/4 tangki. Dan setiap kali hujan dalam perjalanan atau akan memulakan perjalanan, dalam hati tak lepas berdoa dengan penuh harapan,
"YA ALLAH, SEMOGA HUJAN INI MENJADI HUJAN RAHMAT, HUJAN NIKMAT DAN HUJAN BERKAT PENUH MANAFAAT, SEMOGA TURUNNYA SEKADAR MENCUKUPI DAN TIDAK MEMUDARATKAN, TIDAK MENYEBABKAN BANJIR ATAU JALAN SESAK"
AMIN!.
Sabtu, April 16, 2011
KENANGAN TERINDAH
MENUNAIKAN HAJI DAN ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 20 DI MEKAH.
Rasa macam baru je...rupanya dah 6 tahun berlalu.
Inilah kenangan terindah..
Bersama sahabat2 di Arafah, semoga semuanya sihat sejahtera.
Alhamdulillah.
Langgan:
Catatan (Atom)