Iklan

Selasa, Mei 31, 2011

BUAH KERIANG DOT

Minum pagi di pantri office dengan member2.  Baru nak duduk, dihulur sepinggan buah.  "mai makan... anggur Malaysia".  Telinga ni antara dengar dengan tidak "buah anggur Indonesia?" kebetulan seorang boss tu baru balik dari Indonesia, ingatkan ole2 dari seberang.

Buah apa ni?

"Rasalah.... anggur Malaysia".  Ambil sebiji dan terus masuk mulut .... mak ai, masemmmmmm!
Masing-masing ketawa, sebab yang lain dah terkena,  apa lagi pekena orang lain lah pula.

"Buah apa ni?  Tak pernah jumpa lagi sepanjang hayat dikandung badan .... rasanya lah!"
Haaaa... nak tau, inilah dia yang dinamakan BUAH KERIANG .  Kawan asal utara kenal buah keriang ni.... kami dari kawasan tengah ni rata-rata tak kenal.

Buka internet, search ......memang sah ada, depa panggil "BUAH KERIANG DOT",  antaranya yang bercerita,  juga di sangkelu.

Buah Keriang Dot

Sabtu, Mei 28, 2011

SUBUH DI KLIA MENGHANTAR EMAK UMRAH

Pagi ni, seawal jam 5.00 pagi dah keluar rumah ... ke KLIA menghantar emak  untuk mengerjakan umrah, penerbangan jam 7.50 pagi.
 Nampak bunga cantik di stesen minyak...apa lagi 'klik-klik la"
Oleh kerana waktu subuh sekarang ni awal, kami singgah solat di stesen minyak petronas berhampiran KLIA dengan aman.  Sedangkan adik2 ku solat di surau KLIA dalam keadaan bersesak2 hinggakan ada  yang bersolat dibahagian setor.  Tapi yang penting dapat mengerjakan solat dengan sempurna.



Walaupun  ini bukan kali pertama emak pergi menunaikan umrah, sebagai seorang anak rasa tidak sempurna jika tidak menghadirkan diri...menghantar emak kesayangan kami (kecuali dalam keadaan terpaksa)

Emak kami pergi  bersama sepupunya.  Yang kami sedih ... emak pergi tanpa ada anak yang menemaninya.  Moga mak sentiasa sihat.
Emak kami dah berangkat.

"SEMOGA EMAK SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI SERTA DAPAT MENUNAIKAN IBADAH DENGAN SEMPURNA DAN SENTIASA BERBAHAGIA"

Waktu ini, emak tentu telah sampai... kami tunggu call...nak call mak tak dapat pula.


Kami pun berangkat pulang ke rumah masing2.  Sengaja mengambil jalan jauh, tanpa guna lif...exercise kononnya.

He3...edisi keletihan...baru padan ......


Jumaat, Mei 27, 2011

YANG DI-PERTUAN AGUNG KE UTM - SANTAPAN DIRAJA


Foto-Foto Persiapan  - Bilik Tamu Diraja dan Meja Santapan Diraja
 juga Meja Makan VVIP

 Bilik Tamu Diraja


Meja Santapan Diraja


Hidangan Diraja 


Meja  Tetamu VVIP


Antara yang terlibat dalam persiapan Diraja.



Khamis, Mei 26, 2011

YANG DI-PERTUAN AGUNG KE UTM - PERSIAPAN


Persiapan rapi menjelang ketibaan Tuanku
Alatan dan segala kelengkapan

Persiapan akhir di dalam dewan (kelengkapan, susunatur dan pengacaraan)

Jurucamera dan pemain gamelan, memastikan semua telah sempurna dan sedia.

Bahagian network dan multimedia
 - antara orang kuat CICT yang sentiasa bersedia agar semua ceria.


Tahniah untuk semua
(Maaf pada yang berusaha.. tapi foto tiada)


Rabu, Mei 25, 2011

YANG DI-PERTUAN AGUNG KE UTM International Campus

DAULAT TUANKU 


24 Mei, 2011  
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah mencemar duli datang ke UTM International Campus, Kuala  Lumpur.


Baginda hadir bagi Perasmian Sekolah Informatik Termaju atau Advanced Informatics School (UTM AIS) dan Pelancaran Autobiografi Y.Bhg. Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor, Pro-Canselor UTM.
Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong 
diiringi oleh Naib Canselor UTM dan Pro-Canselor UTM




Melihat Tuanku secara dekat  di skrin

Majlis Perasmian UTM AIS dan Pelancaran
Autobiografi Y.B Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor, Pro-Canselor UTM



Suasana sekitar majlis 

Kenderaan Yang di-Pertuan Agong dan pengiring.

MENJUNJUNG KASIH 

Kami  seluruh warga UTM International Campus amat berbesar hati dengan kehadiran 
Seri Paduka Badinda Yang di-Pertuan Agung  ke UTM. 

AMPUN TUANKU

Berita lengkap di: Buletin UTM IC




UBAH SAIZ GAMBAR DALAM BLOG

Ada entri dalam blog yang memerlukan anda untuk meletakkan gambar sebesar yang mungkin bergantung kepada ruang yang ada. Sebelum ini tutorial sudah menunjukkan bagaimana untuk memaparkan saiz yang maksimum untuk gambar yang telah diupload.
Untuk kali ini, tutorial akan menunjukkan bagaimana untuk menguruskan saiz gambar yang telah diupload. Ini kerana apabila gambar terlalu besar, maka ianya akan melebihi ruang yang sepatutnya untuk entri.

Terdapat 2 cara untuk tutorial ini.

Cara 1: 
Masukkan width="200" ke dalam kod gambar.

Contoh:
<img src="URL GAMBAR" width="500" >
Nilai 200 boleh ditukar bergantung kepada lebar ruangan entri anda. Kebiasaannya lebar entri bagi ssebuah blog antara 400 hingga 500. Jadi anda boleh cuba mana yang sesuai.

Contoh gambar dengan width 400


Cara 2: 
Masukkan width="95%" ke dalam kod gambar.

Contoh:
<img src="IMG URL" width="95%" >
Cara kedua mengunakan peratus untuk menentukan saiz gambar. Kalau anda memasukkan 95%, maka gambar yang terhasil akan mengambil lebar 95% daripada lebar sebenar ruangan entri anda.

contoh width 95%

------------

p/s: height jarang dipertimbangkan kerana width yang lebih penting.

Selamat Mencuba.:)

Disalin dari blog ; TUTORIAL BLOG

Isnin, Mei 23, 2011

GAMBAR-GAMBAR TERKINI TRAGEDI TANAH RUNTUH DI RUMAH ANAK-ANAK YATIM AL-TAQWA HULU LANGAT

Teraturnya kedudukan mereka dengan berjubah dan berserban.
(berita diperolehi dari e-sahabat; AMAL JARIAH KU)

Dalam Kenangan...
Gambar diambil sebelum kejadian berlaku...
Wajah-wajah riang terpancar di hati mereka...
Rupa-rupanya Syurga telah memanggil mereka...
Betapa beruntungnya mereka...

Walaupun cara pemergian mereka menyayat hati...
Namun itulah JANJI ALLAH...
Setiap yang bernyawa akan merasai MATI...
Tidak akan tercepat atau pun terlambat walaupun SATU SAAT jua...

Bila melihat wajah-wajah mereka...
Membuatkan saya teringatkan anak sulong ku... Alif...
Yang jua kini sedang menuntut ilmu Allah di Ulu Yam...
Sebagai hati seorang ibu hati ku terpukul pilu...
AMAL JARIAH KU ..terima kasih

Untuk berita penuh sila layari  blog e-sahabat AMAL JARIAH KU

Ahad, Mei 22, 2011

MENU HARI CUTI

Kali ni cuma nak buat tayangan gambar yang telah lalu... kira siaran tertangguhlah. Cerita disebalik gambar dah tak menarik dan ketinggalan.


Menu Hari  Ini - Sabtu 
  • Masak lemak kacang panjang + petola
  • Ayam masak kicap halia
  • Ikan bercili
  • Sotong cute masak kicap
  • Sambal kicap
(semua masak ala kicap-kicap)




Menu Hari  Ahad Minggu Lepas

Makan tengahari


Sarapan Pagi
 



Makan Malam Hari Ibu - 2 minggu lepas
(foto ni terpaksa disiarkan ...jika tidak...kena dakwa dek ...)




Sabtu, Mei 21, 2011

SAMBAL GORENG TEMPE

Assalamualaikum.

Hari ini wak nak cerita pasal resepi keturunan moyang wak.  SAMBAL GORENG, sedep dimakan dengan nasik putih panas2 atau dimakan begitu saje..macam  makan roti tu ....g, "ENAK DIMAKAN BEGITU SAJA...OH SAMBAL GORENG".  Rasanya manis-manis, masam masin dan pedes gitu.

Dulu2 jaman wak sekolah, nak balik asrama ... mak wak  bekalkan SAMBAL GORENG yang pedes ini...bila wak dah besar, pegi aji.. mak wak bekalkan juga sambal ni.  

Jaman sekarang sambal tempe ni campur ubi kentang, jaman dulu duduk kampung susah sikit nak jumpa ubi kentang... sebabnya kata orang kampung wak ...mat saleh je yang makan ubi kentang, sebab tu ubi kentang tak sampai kat kampung wak.

Tapi, mak wak kretif kok... dia guna ubi jugak, tapi ...ubi keledek.  Sedep looo, manis dan lebih rangup gitu...tahan lama lagi.  Sebenernya dulu-dulu lidah wak ni tak berapa pande makan tempe... payah nak masuk tekaknya ...sebab tu mak wak ganti dengan keledek dan bilis banyak2 .....he3...lidah wak ni 'eksen' sikiiiit...sikit aje!... tapi itu dulu2 kok... sekarang  semuanya dah jadi pantang ...pantang nampak, 'bedel' aje. 

Oklah... penatlah cerita gaya tu...je tuko, je tuko!
Sebenarnya cuti hujung minggu tu, gi pasar... nampak tempe murah dan cantik2..geram tengok, beli 2 pek.  Sampai rumah, tak tau nak masak apa...  terbiar camtu je.  Esoknya baru teringat sambal goreng..nostalgia dulu-dulu..  ha, apa kata kita cuba masak sambal goreng-garing punya.  Tentu ramai peminat.


Bahan:  (semua agak2 je)

- 2 pek tempe (hiris nipis2)
- 1 biji kentang (hiris nipis2)
- 1 cwn ikan bilis
- 1/2 cwn kacang tanah
- segenggam soohun
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 bj bawang besar
-1/2 inci halia
- 3 sudu besar cili kisar
 - 2 sudu besar gula
- 1 camca teh garam
- minyak  dan air asam jawa 
(secukupnya)

Cara:


- Kentang, tempe, ikan bilis, kacang dan soohun digoreng garing (goreng berasing)
- toskan minyaknya dan asingkan.
- bawang besar kisar bersama cili kering 
- bawang merah, bawang putih dan halia di hiris halus2
- tumis bawang hingga kuning, masukkan cili kisar masak hingga terbit minyak.
- masukkan air asam jawa (anggaran sebesar ibu jari, bancuh dengan 1/3 cawan air)
- biar pekat sedikit, masukkan gula dan garam (sesuaikan rasanya)
- kacau hingga sambal betul2 pekat dan kelihatan berkilat.
- Masukkan semua bahan goreng kecuali soohun
- kecilkan api dan kacau rata hingga betul2 kering.
- akhir sekali masukkan soohun dan kacau....angkat.

gini le ropenya sambe tu,
..tapi yang ini tanpa kacang goreng, sebab 'out of stock'.
oh ya..  semangkok untuk jiran sebelah...pulangkan bekas nasi hujan panas aritu....


Khamis, Mei 19, 2011

PIZZA OLOK-OLOK

Assalamualaikum e-sahabat.

Inilah dia: PIZZA OLOK-OLOK -  EDISI PENYELAMAT KEADAAN.

Hari selasa wesak day ... terjadinya kisah ni.  Adalah seorang budak kecik kat rumah ni.... tidur petang hingga menjelang maghrib.  Tiba-tiba bangun, terus menangis minta pizza.... nak makan piza, nak makan piza.  Hai, maghrib2 camni mana pula nak cari piza.

Ish, ish, ish... bawak2 mengucap ... esok kita cari piza ya.  Tak jalan juga ...merayu-rayu, macam orang mengidam gayanya.  Agaknya budak ni mimpi makan piza, belum sempat makan dah terjaga.  Ha ha ha......... terliorlah agaknya tu.  Kesian lah pulak tengok orang mengidam ni.......tak sampai hati kita.

Lepas solat maghrib... buka peti ais, adalah 2 ketul sosej je.. Oklah kita buat piza olok2 je.

Bahannya:
2 keping roti sandwich
2 ketul sosej (hiris nipis)
keju mozarella
sos tomato
sos cili
mayonis

Caranya:
- Sapu sos tomato pada permukaan roti
- susun kepingan sosej hingga penuh
- sagat keju mozarella di atasnya
- paipkan sos  mayonis dan sos cili
- bakar hingga separuh garing (150 darjah / 7 minit)
- Pizza olok-olok dah siap .... boleh makan.


Ma... sedapnya, ada lagi tak?  ... aaa, tak cukup 2 keping tu?
 Sosej dah habis.  Lain kali buat lagi...



Rabu, Mei 18, 2011

PUDURAYA BERWAJAH BARU


Puduraya...siapa yang tak kenal.  Sinonim bagi perantau.  Hentian bas paling popular di Kuala Lumpur. Yang datang ke KL turun di Puduraya...nak keluar KL pun, melalui Puduraya.  Pendek kata .. naik bas nak datang KL kena berkenalan dengan Puduraya dulu.

Sekarang Puduraya dah berwajah baru... dibuka semula pada 16 April 2011, setelah menjalani proses baikpulih dan naiktaraf.

Ketika ini, Puduraya menjadi hentian bas ke utara dan setempat.  Ke selatan di TBS dan ke timur di DUTA. Dengan pengagihan perjalanan, Puduraya mungkin tidak semeriah dulu......mungkin.

Lawatan malam...jam 11.35 tengahmalam.  




Ketibaan pertama ... tempat parking.


Menuju ke kaunter tiket ... tingkat 1


Tempat menunggu dihadapan kaunter tiket.


Canggih...dah ada tangga bergerak 'escalator' gitu....


Walau bagaimanapun... tangga tetap ada lagi.


Kaunter pertanyaan di tingkat menunggu.


Ha..dulu,di sinilah tempat  yang begitu sibuk..
dengan pengunjung dan penuh dengan gerai2 jajan.


Jika dahulu penuh dengan manusia lalu lalang....sekarang santai dan selesa
Tapi waktu ni jam 11.45 malam...sebab tu lengang kot.............



Penumpang ke utara,  sedang menunggu masa ketibaan bas.


Pengunjung yang turut sibuk... menyibuk2.


Seorang kanak2 kelihatan sedang bertafakur/berdengkur?
ohoo..  'bergame' rupanya.


Cuba teka...yang ni tempat apa?


Yang ni...muka pintu, turun ke platform bawah tempat bas.
Pintu bukan depan tu, tapi disebelah kiri dan kanan dan
jangan lupa...TEKAN BUTANG dulu...kalau tak...pintu tak terbuka.


Tu dia.. ..


Pemandangan lagi....


Ni tangga platform ... turun bawah.


Pemandangan di bawah tempat bas...nampak kemas.


Tapi ... bila bas penuh,  bau asap tetap ada.


Kedai-kedai kecil ... walaupun dah tengah malam, masih ada yang dibuka.





Ciri-ciri keselamatan .... tengok tu 'CCTV'... tengok tu!


Walaupun kebanyakan orang dah punya Handphone,
kemudahan awam .. public phone tetap disediakan...
ialah, mana tau hp habis kredit/bateri/anak2 sekolah yg tiada hp.
Alamak, tersilap la!! salah pandang.. 
Bkn public phone tapi ATM machine.. haha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...