Iklan

Memaparkan catatan dengan label Buah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buah. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 04, 2011

STRAWBERRY

Assalamualaikum.

Buah strawberry

Hari ini sekadar ingin  mengabadikan foto-foto buah strawberry yang merah menyala untuk tatapan.
Melihat warna dan baunya memang boleh membuat kecor air lior.


Strawberry datang dari Cameron Highland.  Walaupun cuti ni tak berkesempatan ke sana, tapi rezeki untuk menikmati stawberry tetap ada.  Jiran sebelah rumah bercuti ke sana, tempias semangkok stawberry ke rumah kami... Alhamdulillah. 


 Bukan hanya strawberry, malah limau & sayur-sayuran juga ada.
Terima kasih Ustazah Izan ... terima kasih daun keladi.....


Selasa, Mei 31, 2011

BUAH KERIANG DOT

Minum pagi di pantri office dengan member2.  Baru nak duduk, dihulur sepinggan buah.  "mai makan... anggur Malaysia".  Telinga ni antara dengar dengan tidak "buah anggur Indonesia?" kebetulan seorang boss tu baru balik dari Indonesia, ingatkan ole2 dari seberang.

Buah apa ni?

"Rasalah.... anggur Malaysia".  Ambil sebiji dan terus masuk mulut .... mak ai, masemmmmmm!
Masing-masing ketawa, sebab yang lain dah terkena,  apa lagi pekena orang lain lah pula.

"Buah apa ni?  Tak pernah jumpa lagi sepanjang hayat dikandung badan .... rasanya lah!"
Haaaa... nak tau, inilah dia yang dinamakan BUAH KERIANG .  Kawan asal utara kenal buah keriang ni.... kami dari kawasan tengah ni rata-rata tak kenal.

Buka internet, search ......memang sah ada, depa panggil "BUAH KERIANG DOT",  antaranya yang bercerita,  juga di sangkelu.

Buah Keriang Dot

Isnin, April 11, 2011

JAMBU AIR

Pagi semalam balik dari ambil anak.... parking kereta depan rumah, ternampak pokok jambu air rumah jiran depan (rumah kak Liza).  Jambu air sedang lebat berbuah.  Menggoda pandangan .... apa lagi sy pun "snap".  Walaupun kak Liza dah berpesan supaya memetiknya.... tapi  belum berkeinginan lagi.  Tunggulah nanti bila teringin baru kita petik.  Terima kasih atas pelawaan.


Teringat masa kecil-kecil dulu kat kampung.. bila jambu air tengah lebat berbuah camni.. dengan kawan2 lawan panjat.   Cari yang betul2 merah, kita lawan makan buah ditangkai, tanpa dipetik.. siapa berjaya menghabiskan buah tanpa jatuh....dialah pemenang (macam kelawar makan).  Menang bukan dapat hadiah pun..seronok2 je.


Bila mak  nampak, apa lagi.. marahlah mak "tak boleh makan macam tu,  tak baik... makan macam kelawar".  He he he... nakalnya sy jam tu........tapi itu dulu, zaman kanak-kanak.


Dah dewasa, baru tahu...makan  camtu hukumnya makruh, kurang adap kerana makan menyerupai haiwan.  Patutlah omak den larang... sebab tu wahai anak2, bila orang tua  larang... tentu ada sebabnya.  Jangan melawan omak. BERDOSA.



Rabu, Mac 30, 2011

ASAM KELUBI





Buah asam kelubi / asam paya dari kedah.

Dulu sy selalu tengok buah ni bentuknya agak bujur dengan bau yang harum......(kecor air liur tengok... teringat jeruk kelubi kat kedai ), tetapi yang ini agak bulat dan kulit licin serta tak berbau... tapi isinya tetap masemmmmmmmmmmm...mungkin kelubi dari spisis berbeza.



Buah ni bergugus-gugus, .. tapi yang ni dah dipetik dari gugusannya.

Nak info lebih lanjut tentang kelubi ni, boleh baca blog ni asam kelubi






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...