Iklan

Memaparkan catatan dengan label Kuih muih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih muih. Papar semua catatan

Khamis, Jun 05, 2014

KARIPAP KENTANG




Hari minggu yang rajin .... hahaha

Menyelak-nyelak blok kengkawan, tiba2 ternampak RESEPI KARIPAP.  Terus teruja nak buat karipap.  Sebenarnya bukan tak pandai atau tak pernah buat karipap ...dulu2 zaman remaja kat kampung, memang selalu berkaripap.... tapi sejak berumah tangga sendiri ni............... tah pernah buat tah tidak.  Dah lupa. Ini semua angkara En Abe tu yang tidak meminatinya.  Hai di rumah ni dialah orang yang selalu menghabiskan apa-apa hidangan, tapi kalau dah dia tak minat, alamat penat je menguli.... lebih baik beli 4 biji makan sendiri.

Tapi kali ini, tidak berpegang dengan cerita di atas lagi.  Anak-anak dah besar, anak jiran pun dah ramai ... kalau tak habis, tiada masalah lagi.

Maka dengan pertolongan resepi dari ........... yang amat memudahkan kerja (maklumlah dulu zaman muda2 buat karipap takde ukur2 - tuang-tuang bahan, gaul dan uli, tak macam sekarang ramai dah berusaha memudahkan kerja).

Dengan terujanya hari ini nak mengimbau kembali, adakah masih ada skill lagi atau tidak. Terima kasih pada ........... kerana membantu.



RESEPI KARIPAP
(asal dari :    )
















CREAM PUFF










Isnin, Ogos 05, 2013

PENGHUJUNG RAMADHAN 1434H

Assalamualaikum.

Bulan Ramadhan terbahagia kepada 3:

1)  10 hari pertama - Rahmat Allah (beribadah sebaik mungkin  mendapakan rahmat Allah)

2)  10 hari pertengahan - Keampunan Allah (dari rahmatnya, kita berusaha untuk mendapatkan keampunan Allah)

3)  10 hari terakhir - Balasan Syurga (setelah mendapat rahmat dan keampunan, bertungkus lumus pula berusaha mendapatkan balasan Syurga Allah) Di sini 2 bonus yang Allah janjikan:
"Lailatul Qadar" -  bagi  insan berjaya dan terpilih.
"Raya 1 Syawal" - bagi meraikan kejayaan orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.

Dalam kita berpuasa dan memenuhi tuntutan tersebut, persediaan Syawal juga tidak dilupakan ... agar dapat meraikan dengan kejayaan dengan  kegembiraan.

Tahun ni .... saya dapat menahan diri dari godaan kuih dan biskut-biskut raya dipasaran.  Dengan penuh azam dan semangat yang jitu saya akan membuatnya sendiri.  Kebetulan bala tentera semua ada dirumah, kalau tak dapat 5 orang membantu ..... sorang pun jadilah, tak kan mereka tak kesian kat "oma" yang bertungkus lumus nak membiskut ni.  Apa pun kena kuat semangat. Semangat-semangat-semangat!

Semalam cuti sabtu ahad berjaya mulunaskan 4 jenis kuih ...

1.  Coklat Chip ala-ala Famous Amos
"D' MUDAH,  D' MUAI, D' SEDAP" -  Membuat biskut ni memang tak sia-sia, memenuhi citarasa saya .. cuma rupanya mungkin tak seindah saudara-saudari ku yang "pro" gitu.




2.  German Cookies
"D' MUDAH,  D' MUAI, D' SEDAP" - dan yang paling bestnya D' SEMPOI' ...  Memang berbaloi-balai, ni kira dah percubaan ke dua (tahun lepas dah cuba buat).

Arif sorang je dah abiskan 1/4 bokeh malam tadi .... hamboi, mentang-mentang dia dah tolong gentel.

bulat cam guli ... kemudian tekan dengan garpu yang dicelup air. 
Bakar selama 15 minit dengan suhu 160'C


3.  Sarang Semut
"D' SEDAP, D' MUAI, D' PRO, D' KENALI" - Yang ini memang dah terkenal di rumah Pn Syimama ... biskut "mesti ada" setiap tahun.  Konon kata "pro" lah.  Dek kerana mengaku pro, sampaikan resepi turun temurun tak dijumpai, terpaksalah mengendeng resepi di blog Chef Hanieliza.  Apapun TQVM Chef.



Ha... ni akibat mengaku "pro" kan dah dapat .... terlajak pro.
1 tray masuk tong sampah.


4.  Krunchy Karemel
"D' LAZAT, D' CRUNCY, D'MAHE" Yey... tak sangka, saya pun pandai buat dia.  Selalu beli je ... kini buat sendiri. Memang puas hati. TQVM Aznita masam manis atas perkongsian.
Membuatnya semudah "A,B,C" .... tapi beli bahannya je yang .... "X,Y,Z" .. agak 'mahe' sikit le.

Sepatutnya bahan karemel tu "TEPUNG FLORENTA" yang berharga RM18/= je,
tapi dah habis stok.. so tuan kedai tu syorkan ambil dari jenama lain "BIENETTA" harga RM28/=, katanya lebih sedap dan timbangnya lebih berat (boleh buat lebih lagi) .... itu sebab jadi bertambah mahal.  Tapi oleh kerana semangat dah melonjak-lonjak... tak kira, ambik jugak.

Malam tadi dah rasa, memang sedap ... tapi tak tau sejauh mana beza sedapnya .. "cam sana je".  Kena ada ke 2 jenis baru boleh buat bandingan.


Yang dua di bawah ni belum lagi berkesempatan (dalam senarai tunggusedia).  Sabar. Insyaallah esok bolehlah buat... kalau sempat, jika tidakpun tak apa ... cukuplah apa yang ada.

5.  Konfleks Coklat
Biskut "mesti ada" juga setiap tahun.

6.  Semperit / Dahlia
Biskut ni tak pernah buat, tiap tahun kata nak buat, tapi asyik ter skip je.. harapan tahun ini tidak begitu.

Untuk resepinya .... nanti-nanti dah tenang, lepas-lepas raya insyaallah akan dipaparkan.  Untuk tatapan kengkawan dan juga untuk diri sendiri supaya tak hilang  macam resepi sarang semut ku tu... nanti kita cari lagi, sampai jumpa. Bukan apa, anak-anak nak juga resepi lama tu ... katanya yang baru ni sedap juga,  tapi yang lama tu lain sikit rasanya ... suka hati kau lah anak).  Doakan dapat jumpa resepi lama tu ya.

Wassalam.








Sabtu, Disember 01, 2012

SARAPAN PAGI HARI INI - ROTI MAMA ala-ala MEXICO BUNS

Assalamualaikum.

Hari ini sabtu (1 Dis 2012) sudah tentunya hari cuti bagi ku tapi tidak bagi Abe dan yang seangkatan dengannnya.

Kebiasaan cuti tentulah sediakan sarapan pagi.  Pagi ni terasa nak makan ROTI BOY / MEXICO BUNS (seperti dalam blog isnspirasiku tu... tq dzana)  .... tapi mana sempat nak sediakan roti boy tu dalam masa singkat ...mana nak uli roti, nak tunggu naik lagi, sedangkan  Abe nak keluar kerja jab lagi.

Penyelesaian mudah, kita buat le ROTI MAMA aje le.


RESEPI TOPPING ROTI MAMA


Bahanya :

- beberapa keping roti  (eg. gardenia or lain2)
-  4 cmb butter
-  1 cmb nescafe (bancuh dengan 1cmb air panas)
-  1 cmt esen copi (boleh juga  esen vanila)
-  1/2 cawan gula (saya  guna 5 cmb)
-  3/4 cawan tepung gandum
-  1 biji telur
-  secubit garam


Caranya:

-  Putar butter dengan gula hingga hancur
-  Masukkan telur, esen dan bancuhan nescafe, kacau.
-  Akhir sekali masuk tepung gandum, gaul rata dan sebati.
-  masukkan dalam piping bag, dan pipe atas roti
-  bakar dalam oven kepanasan lebih kurang 160 darjah selama 5-7 minit.
-  Bila topping kelihatan kering, angkat.
** sedap dimakan waktu panas-panas

Adunan topping boleh disimpan dalam peti sejuk, dan keluarkan bila perlu.

Cubalah ... rasai kenikmatannya.



Jumaat, November 09, 2012

PUDING ROTI PANDAN KOKO

Memikir-mikir... apa resepi buah tangan patut dibawa ke majlis kawan.  Kalau boleh tu biarlah yang digemari ramai dan kalau boleh biarlah resepinya simple dan bahan-bahannya dah tersedia di dapur (malas nak ke kedai.. takde orang nak tolong beli barang).

Periksa bahan di dapur, akhirnya ........ bahan yang paling  bersesuaian untuk resepi PUDING ROTI saja. Kira bolehlah tu.



Nak jadi cerita, mentega kat dapur tu betul-betul tinggal dalam 2 sudu je, nak ikut betul2 punya sukatan tak cukup, tapi takpelah ... sikit lebih kuranglah.  Dek kalut berkira-kira tu,  entah camna terlupa nak masuk mentega, dah siap adun dan dah nak beku ............ baru teringat.

\

RESEPI PUDING ROTI PANDAN KOKO
(lebih kurang resepi puding roti marble yang lepas)

Bahan-bahan:
  • 15 gm serbuk agar-agar
  • 4 cawan air
Didihkan serbuk agar-agar dengan air - hingga mendidih.

  • 6 keping roti
  • 2 biji telur (size AA, kalau guna B tu, gunalah 3 biji)
  • 1/2 cawan gula (kalau kurang manis, boleh tambah)
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan mentega (tak letak ... LUPA, tapi  ok je ... tak muak dan lebih kenyal)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh esen vanila
Bland semua bahan, kemudian tuang perlahan-lahan dalam adunan agar-agar.
Didihkan sekali lagi ... sambil sentiasa dikacau.

  • 1 sudu teh perisa pandan hijau
  • 3 sudu makan serbuk koko (bancuh dengan sedikit air suam)
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
- 1 bahagian campur dengan perisa pandan 
- 1 bahagian campur bancuhan serbok koko

Tuang sesenduk demi sesenduk - berselang seli dalam loyang / apa-apa bekas bersesuaian.
Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk. 
Potong ikut kesesuaian dan boleh dihidang.



** Walaupun tanpa mentega, tapi pagi ni rasa kuih tu, ok je... tak lekatpun.... rasa cam lebih sedap pulak (he3.. naik lift lah I ni)  kira halal je.  Lain kali tak payah masuk mentega pun tak apa.





Khamis, Oktober 25, 2012

TAT TELOR EDISI PERTAMA

Assalamualaikum

Sekian lama melayan mood "M" melihat dedapur  ni, menyebabkan lama tak berkunjung ke blog2 dapur kengkawan, bukan apa takut nengok dapur canggih-canggih....... takut bertambah penin tak tau nak tengok mana satu.

Tah camana, aritu tetiba terteroka blog Kak Wan (perasan diriku muda sikit) dari blog citarasawan tiba-tiba datang aura baru.....tiba-tiba semangat membara-bara terus jadi rajin.

Bila tengok tengok resepi-resepi di citarasawan ni, terasa semua macam mudah-mudah belaka.  Apalagi, setengahari suntuk menyelak helaian blog ni, mencari resepi-resepi idaman.

Dan ........ hasil pertama........TAT TELUR  IDAMAN KALBU dari blog citarasawan.  Terima kasih kepada Kak Wan yang sedia share dengan kami semua.

Sebenarnya tat telur memang kegemaranku, tah dah berapa banyak mengopi resepi2 dari tenet ni, ada berbagai.... tapi semua terasa berat, macam payah benar nak buat (alasan kot atau tak terbuka hati lagi).  Tapi bila tertengok resepi kak wan ni, rasa mudah dan terus bersemangat.  Jam 9.00 malam pun sanggup turun ke dapur lihatlah hasilnya.  Waaaa.......... suka punya pasal, makan puas2, sampai kenyang.

Hasil kali pertama .... 
tang inti tu kureng ngam, tak macam cikgu punya, bukan apa... ini disebabkan menderhaka kat cikgu.  Kak wan tulis 1 camca teh tepung kastad, tapi malam2 rabun sikit mata .......termasuk 1 sudu makan.  Tu yang jadi kureng ngam kelihatannya.   Tapi rasanya memang tidak mengecewakan.



TAT TELUR / EGG TART
KULIT TART 
250 gm tepung superfine / rose
120 gm mentega
40 gm gula kaster
1 biji kuning telur

CARANYA:
-          Pukul mentega dan gula hingga sebati dengan senduk kayu.
-          Masukkan telur dan gaul rata.
-          Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh.
-          Ambil secukupnya dan tekan dalam acuan.
-          Cucuk dengan garpu dibahagian tengah-tengah
-          Bakar separuh masak (160’c / 8-10min)

KASTARD
250 ml susu cair / sejat
2 biji telur
60 gm gula kaster
1 sudu teh tepung kastad
¼ sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning

CARA-CARANYA:
-          Satukan semua bahan, whisk hingga rata dan tapis.  Masukkan dalam periuk masak hingga berbuih di bahagian tepi periuk. Sentiasa kacau supaya tidak berketul
-          Masukkan adunan dalam jag kecil, kemudian tuang dalam kulit tart tadi satu persatu.
-          Bakar selama 20-35minit dengan suhu 150’c.
-     Nak keluarkan kulit dari acuan - ketuk bahagian bawah acuan, tat akan tanggal dari acuan.



 Huu ... tak sabar nak buat lagi. Tunggu, lepas balik raya ni kita buat lagi no.  
Terasa-rasa kat tekak ni.........

Sabar wak, sabar.
Ya.. wak memang sabar orangnya
Sampe orang dah tak heran, baru wak rasa teruja, tak sabar nak membuatnya.



Ahad, Disember 11, 2011

PUDING ROTI MARBLE


Malam tadi gerhana bulan.. 
macam-macam pula ada dalam perasaan ni.
Ditambah pula dengan cuaca yang agak suram dan  berangin.

Masa cuti-cuti camni kalau hati ceria tentu macam-macam boleh buat, 
tapi bila hati tengah suram....semua serba tak menjadi.
  • nak berkemas, rasa malas ....nak rehat je rasanya.
  • nak keluar jalan-jalan, takde mood.... takde hati pula.
  • nak tidor ... rasa tak mengantuk.
  • nak makan .... rasa dah kenyang, masak dah masak, makan dah makan
  • nak tengok tv... takde rancangan yang menarik hati
  • telefon mak...dah sudah, dengar cerita baru balik hantar pengantin sepupu ke Melaka
  • nak sembang dengan Abe... ala diapun dah tidok.
Akhirnya.........baik ke dapur, tengok apa boleh buat.
Belek2 resepi, jumpa resepi lama, entah dari blog mana, lupa catit pula....kira bolehlah, bahan semua ada.



PUDING ROTI MARBLE

Bahannya;
  • 4 keping roti 
  • 2 biji telur
  • 1/2 peket agar2 tali / 10gm agar2 serbuk
  • 3 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 2 cmb mentega
  • 2 cmb serbuk koko (bancuh dengan 2 cmb air panas)
  • 1 cmt vanila

Caranya.
  • masak agar2 dengan 3 cawan air (hingga larut)
  • masukkan gula
  • siat2 roti, masuk dalam blander bersama telur, susu cair, susu pekat, vanila dan 1/2 cawan air
  • kisar hingga halus tuang dalam agar2 (sebaiknya ditapis)
  • kacau perlahan2, kecilkan sedikit api, biar hingga mendidih.
  • tutup api, bahagikan adunan kepada 2 
  • 1 bahagian warna asal dan 1 bahagian campur dengan koko
  • senduk ke dalam loyag secara berselang seli, warna coklat dan asli.
  • biar sejuk sebentar, kemudian sejukkan didalam peti sejuk.
  • setelah benar2 sejuk, barulah dipotong untuk dihidang.
Hemmm.. esok boleh makan2 kat opis dengan kengkawan.
Terima kasih kepada tuan punya resepi (maaf tidak pasti ...)


hahhh, dah siap buat, dah siap siar dan dah mengantuk pun.  
Bolehlah tidur nyenyak......jumpa lagi

Assalamualaikum.




Sabtu, November 19, 2011

JEJARI UBI KETUK BERSERUNDING & JEJARI UBI KETUK MANIS


 Ubi, Ubi dan Ubi

Oleh kerana ubi kukus pagi tadi saya makan sorang, lebihnya masih banyak lagi.  Terpaksalah saya memikirkan cara untuk menghabiskan.

Kebetulan petang ni cuaca redup dan disusuli dengan hujan, maka anak-anak semua duduk dalam rumah.  Tengok masing-masing menjenguk dapur ... lapo le tu.

Mama pun terus ke dapur untuk menyelesaikan masalah  dengan membuat resepi baru.


JEJARI KETUK UBI BERSERUNDING  
dan 
JEJARI KETUK UBI MANIS




JEJARI KETUK UBI BERSERUNDING

Ubi Kukus                                       Doh di uli

- 4 cawan ubi tumbuk
- 1/2 cawan kelapa parut
- 1/2 cawan serunding
- 1 camca teh garam
(gaul semua bahan di atas menjadi doh)

- serbuk roti secukupnya
- minyak menggoreng


Golekkan jejari pada serbuk roti, kemudian goreng dengan minyak yang banyak.


Jejari Ubi Ketuk Berserunding siap untuk dihidang




JEJARI KETUK UBI MANIS

- 2 cawan ubi kukus telah diketuk
- 1/2 cawan kelapa parut
- 2 sudu besar gula
(gaul semua bahan menjadi doh)

- serbuk roti secukupnya
- minyak untuk menggoreng


Ubi ketuk telah dibentuk dan digelek atas serbuk roti, sedia untuk digoreng.


Jejari Ubi Ketuk Manis sedia untuk dihidang.


Haaa....anak-anak datang meninjau dapur.
Makan ramai-ramai time panas memang sedap ....baru le selesai ubi pagi tadi.
Tapi anak lebih suka yang masin dari yang manis, mama pula lebih suka yang manis ... sebab tu mama sentiasa manis....perasan le tu.


UBI KUKUS BERMADU

Masih berkisah tentang ubi. 

Sarapan pagi hari ini UBI KUKUS BERMADU dan AIR TEH PANAS

Sebelum sarapan kena senyum dulu...hmm



Ubi kayu dikukus, setelah masak ambil beberapa ketul atas piring dan siram dengan madu.
Nyam Nyam .... sedia dimakan.

Boleh juga dimakan bersama sambal ikan bilis atau ikan masin.  
Teringat masa dulu... sesekali mak hidang ubi rebus bersama madu.  Yang berbezanya, dulu2 mak guna madu asli yang diambil sendiri dari sarangnya atas loteng rumah.  Lazattttttt
Sekarang ni saya guna madu lebah gamat proses moden.   Lain sedikit rasanya dan madu ni agak cair berbanding madu asli.  Tapi bolehlah kan.....


Tapi yang sedih tu... saya kena makan sendiri, sorang-sorang U.   Anak tengok je ... kelat je mukanya.  .  Suami pula cuma bertanya  "APA TU?".  Mengecut je tengok urat leher mereka tu tengok saya makan.
Tapi tak apalah, saya pun macam tu juga dulu-dulu  waktu mak hidang menu ni.  
Tapi bila dah senior ni....tetiba je terimbau kembali kenangan-kenangan lalu maka TERINGIN pula nak menikmatinya.  Kalau saya beritahu mak, pasti mak tersenyummmmmmmmm.  He3.


Khamis, November 17, 2011

KUIH LEPAT UBI

Ubi dan daun dibawa dari kampung bekal dari ibu tersayang.  Sebenarnya waktu balik kampung tempohari memang terasa ingin menikmati lepat ubi buatan ibu, tetapi memandangkan masa yang terhad....hasrat tidak kesampaian.   

Atas ikhsan ibuku, dibekalkan ubi kayu dan daun pisang... "nahl buat sendiri ya"
He he he... dah bertahun tidak membuatnya, tiba-tiba nak buat.... terkebil2 juga nak mengingat semula.
InsyaAllah... boleh.

Bahannya:
5 cawan ubi kayu parut
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula pasir (boleh ditambah/dikurangkan)
1/2 cawan santan
1/2 cawan gula merah
1 camca kecil garam
daun selebar 4 inci (secukupnya)

Caranya:
- Ubi parut diperah airnya (masuk dalam kain kasa dan perah - tadah air perahannya)
- Air perahan ubi biarkan mendap
- Setelah mendap buang airnya dan ambil pati ubi sahaja- 
- Bancuh gula merah dengan santan dan tapis.
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas berisi ubi parut.
- Gaul rata, sesuaikan rasa manisnya.

Ubi yang telah diadun.

- Ambil 2 sudu makan adunan atas daun dan gulung.


- Gulung daun biar bulat dan lipat bahagian bawah dahulu, supaya airnya tidak mengalir keluar.

Daun hijau dah bertukar kuning...dah diperam seminggu lebih.

- Kemudian lipat pula sebelah atas dengan isi agak padat.
- Hati-hati, daun jangan sampai pecah.  Sebaiknya daun daun dilayukan terlebih dahulu dan jangan lupa lap permukaan daun bersih-bersih.


- Sebelum tu panaskan kukusan terlebih dahulu supaya panas dan bersedia untuk mengukus.
- Susun bungkusan lepat dalam pengukus dengan susunan bersilang seli, supaya wap dapat masuk rata.


- Kukus selama lebih kurang 30-40 minit hingga masak.


- Setelah masak, buka kukusan dan biarkan sejuk

Lepat sedia untuk dimakan.

- Potong ekor daun yang berlipat sebelum menghidang supaya lepat kelihatan kemas.
. Dah siap "LEPAT UBI KU"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...