Iklan

Jumaat, April 20, 2012

DOA BERTEMU JODOH - UNTUK WANITA

Assalamualaikum.

Hari ini ... selak sana sini, mencari apa yang patut di baca.  Kemudian terjumpa doa ini di laman yang telah diketahui umum "darussyifa".

Untuk lebih memudahkan saya dan kengkawan semua, saya pun mengopinya dan tampal di blog ... maklumlah, untuk menulisnya sendiri tiada upaya.


Terima kasih kepada "darussyifa" atas perkongsian ilmu, semoga kita semua mendapat manafaat dan keberkatan dari doa-doa ini.  
Amin.




PETUA SEBELUM KELUAR RUMAH - SEMOGA SELAMAT



Assalamulaikum wb wt

Alhamdulillah.  Bertemu lagi di hari Jumaat yang mulia, penghulu hari. 

Jumaat yang lepas telah berlalu, bermakna kursus telah berakhir. Alhamdulillah....legaaaaaaaaaa.

Sedikit pesanan dan petua yang saya perolehi dari fasilitator kursus En Johar Bukhari (peringatan khusus untuk diri sendiri dan keluarga) . 

Saya nak kongsi dengan kengkawan di sini:

PETUA SEBELUM KELUAR RUMAH 
(moga terhindar dari malapetaka)

Sebelum keluar rumah atau memulakan perjalanan.
  • - SENTUH LIDAH KE LELANGIT (TERASA GELI-GELI KAN....)
  • - BACA "BISMILLAHHI TAWAKKALTU 'ALAULLAH WALA KHAULA WALA  KUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL 'ADHIM"
  • - TERUS MULAKAN PERJALANAN


** Sekiranya sentuh lidah ke lelangit "TIDAK TERASA GELI-GELI"
**harap tangguhkan dahulu perjalanan tersebut dan .. 
**tawarkannya dengan membaca:


"BISMILLAH 5"


Foto & Fadhilat Bismillah 5 
Sila baca di shafiqolbu 

Semoga kita sama-sama mendapat manafaat.  Terima kasih dan Wassalam.





Jumaat, April 13, 2012

UMRAH & KURSUS

Assalamualaikum wt. wb.


Kepada semua sahabat handai, muslimin muslimat ... semoga kita semua beroleh keberkatan pada penghulu hari , Hari Jumaat.

Hari ini hari Jumaat 13 April 2012 ... sahabatku Pn Zariah dan Pn Noorma serta ahli rombongan GOP UTM telah terbang menunai Umrah ke tanah suci Mekah.

Tiada apa yang dapat dikirimkan hanyalah doa restu, semoga mereka semua "SELAMAT PERGI MENUNAIKAN  IBADAH, SIHAT SEJAHTERA DAN MENDAPAT UMRAH YANG MABRUR SERTA SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR".  Semoga kami yang tinggal ni juga mendapat keberkatan daripada pemergian mereka...berkat doa-doa mereka ........ Amin.

Jika mereka terbang untuk kerja umrah, kami ni lain pula ceritanya.  Saya dan Kiah petang ni akan bertolah ke Lengging, Negeri Sembilan ....... Kursus.

Adussss .... setelah sekian lama tidak menghadiri kursus luar ni .... rasa dup-dap pula nak pergi... maklum dah agak senior ni rasa kurang selesa sikit nak gi jauh2 tanpa family ....macam nak ke Mekah juga ...he3.  Apapun "SEMOGA PERGI KAMI MENDAPAT  SERIBU NIKMAT, RAHMAT,  KEBARKATAN, KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN"..........AMIN.

Selasa, April 10, 2012

BUKU ANTARCTICA

Hemmm ...hari ini rasa bertuah sekali sebab berpeluang membelak "BUKU ANTARCTICA" tulisan Y.Bhg Pro-Canselor UTM, Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor.



Pada 4 April 2012 yang lepas kami berpeluang mendengar kisah perjalanan Seri Paduka Baginda Yang Di–Pertuan Agong Al–Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al–Marhum Sultan Mahmud Al–Muktafi Billah Shah, Yang DiPertuan Agong XIII ke Antartika  pada November 2011.

Melalui program MPU kami dipertontonkan dengan foto-foto dan video sepanjang lawatan penyelidikan scientific tersebut dan dibukukan dalam Antarctica .


Sewaktu program  dijalankan, Tan Sri Salleh telah menghadiahkan beberapa buah buku tersebut kepada yang berjaya menjawab soalan yang diajukan sepanjang program.  Dan antara yang dapat menjawab soalan tersebut ialah Bos kami ... En Nik Kamal.

Maka dengan itu, dapatlah kami menatap  kandungan buku tersebut yang berharga RM280.00  Di dalamnya penuh dengan gambar-gambar indah di Antartika serta dengan  penceritaannya...





Untuk mengetahui lebih lanjut ... sila dapatkan ANTARCTICA tulisan Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor.



Ahad, April 01, 2012

AJOY DI JEPUN

Entah kenapa kebelakangan ni mood berblog merudum terus... nak menulis, nak membaca dan nak membuka blog pun takde semangat.

Asal mulanya serangan virus-virus...terus  menyebabkan rasa boring... terus virus boring menyerang pada diri pula.  Kalau nak ikutkan, banyak benda nak cerita ... nak N3 macam foto.....

Oklah jangan tak jadi, arini sekadar nak letak foto Ajoy  di  Jepun....sekadar dan ala kadar.



 Haneda Airport













Hari hujan ya Joy?









Waa..Acap pun berpayung...huu, sejuk nampak.















Cukup sampai sini dulu.... nanti kita sambung pameran foto-foto dari Jepun lagi lain ketika.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...