Iklan

Jumaat, Disember 31, 2010

CUTI BOLA n CUTI TAHUN BARU

Hari ni cuti sempena kemenangan Pasukan Bola Malaysia dan Sambutan Tahun Baru 2011.

Pagi ni rasa nak bersenang-senang je.. sambil berkemas.  Maklumlah .. cuti panjang persekolah gini, ahli keluarga semua ada.  Bila dah ramai tu, faham2 jelah ... bagaikan tongkang karam kadang2 tu.

Tapi walau camnapun, cuti sekolah kali ni... agak berbaloi bagi mama.  Anak2 dah besar, semua kerja dah boleh buat.   Apa lagi.... kerahan kerjalah ya anak2 ya.

No 1.. satu2nya anak dara... maka dengan kerjanya sendiri  la.. sensitif.

(4 teruna ni memang gagah perkasa dah ... tulang besi, urat dawai)

No 2.. cuci karpet, cuci porch... awasi adik2.. buat giliran ajar adik solat  (ada kuasa vito nampak...tapi dah balik penang minggu lepas, nak praktikal)

No 3..  cuci tandas, sidai kain, angkat kain, menghidang, buat susu adik (2hb balik asrama - th ni SPM ya!)

No 4.. sapu rumah, mop lantai, masak nasi, cuci pinggan (tkt 4 .. tak tau nak ke sekolah mana lagi..)

No 5.. oleh kerana paling kecik.. kerja suka hati je..game, kemas mainan, simpan cawan/pinggan

LA LA LA .... senang hati mama, sepanjang cuti ni  kerja ringan sikit ... mama balik kerja tinggal masak lauk dan rehat.  Walaupun kadang2 tak sempurna.. tapi masih tetap membantu.

Tapi abah lain sikit.... bila ramai ni ... tidurnya kurang nyenyak sikit .... maklumlah anak2 ni:
- gurau senda tahap gaban
- bergaduh bagaikan ayam jantan
- gelak cam langsue.

Apapun.... tetap membahagiakan .. bukan senang nak kumpul semua camni.
Minggu depan ..........kembali sunyi mahligai kita ni.
Alamat dapurpun payah nak berasap.

Untuk projek hari ini.... tak tau lagi, tengoklah mod petang ni.

Khamis, Disember 30, 2010

khairul fahmi saves penalty



Saksikan detik-detik Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan tendangan penalty Indonesia.

BOLASEPAK MALAYSIA PIALA AFF SUZUKI 2010

PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA
PIALA AFF SUZUKI 2010 

TAHNIAH!!  

MALAYSIA MENANG 4-2 MENEWASKAN INDONESIA (29 DISEMBER 2010)

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA SELURUH PEMAIN  DAN JURULATIH MALAYSIA

Seronok betul tengok ..........hebat pemain Malaysia.  Kemenangan yang amat2 diharapkan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dari tak minat  bola ... wa terus minat.. melekat depan TV dengan Abe dan anak2 - tapi sempat menyelinap ke dapur dengan "KEK BATIK"
Waaaa.... sakit tekak, menjerit ... GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL! TIDAKKKKKKKKKKKKK!

Yang paling suka kerana Malaysia masih tetap dapat membuat jaringan gol di Indonesia, walaupun dikawal rapi dan yang paling seronok  bila lihat kecekapan penjaga gol kita:

KHAIRUL FAHMI CHE MAT


http://jejariruncing.blogspot.com/


(ikuti kisahnya dari blog ni... hasil carian pagi ni)

Kisah2 KHAIRUL FAHMI CHE MAT melalui blok ni... 


apa lagi .... 

mailah kita layannnnnnnnnnnnn......

BUAT PEMAIN LAIN.. JANGAN KECIL HATI ...TUNGGUUUUUUUU!

Selasa, Disember 28, 2010

PERSIAPAN MAJLIS PERKAHWINAN NADIA

Bunga  (pandangan depan)

Bunga Telur (tapi isi coklat)


Jambangan Bunga Pahar di pelamin


Bunga Pahar untuk pihak lelaki


 Bunga di meja tetamu





Jambangan bunga di kepala katil


Antara bunga kosaj


Cenderahati untuk keluarga penganti lelaki


 Cenderahati untuk para jemputan (coklat dan biskut)


Cenderahati  untuk tetamu khas


Bunga tangan


Kek pengantin 


Ukiran ais di meja makan pengantin


Meja makan penganti (belum siap hias)


Khemah jemputan menanti tetamu.


Kamar peraduan pengantin.

MAJLIS PERKAHWINAN NADIA BERLANGSUNG PADA: 
28 NOVEMBER 2010 (AHAD)

Hanya sebahagian  persiapan dan gadget yang dapat dirakamkan... suasana sibuk dengan  kemeriahan majlis perkahwinan menyebabkan terleka.  Maka banyaklah perkara tertinggal dan tak dapat dirakamkan.
Antara yang tidak dirakamkan:  BANNER, KAD JEMPUTAN, PELAMIN DLL
(nanti kita dapatkan dari jurugambar lain pula... ok)

Isnin, Disember 27, 2010

TUMIS KACANG PANJANG

Nilah masakan paling "teror" bagiku.. Tumis ni merupakan masakan pertama yang ku pelajari dari mak.  Sebagai anak sulung, mak terpaksa turunkan ilmu tumis ni padaku.  Oleh kerana ketika tu mak tidak ada masa untuk memasak dan menyerahkan sepenuhnya bab menyediakan makan tengahari.

Oleh kerana cuma ada ilmu "tumis" ... so... hari2 aku menumis.  Tak kira apa jenis sayur, semua masak tumis.
Kangkung, kacang sawi dll .. tumis... hari2 masak tumis.

Masalahnya anakku sekarang ni menumis pun belum pandai... jadi hari ni aku nak ajar anakku menumis.  Esok lusa bolehlah mama rasa masak tumis dari anak2 pula.   Mama nak masak lain resepi pula.

TUMIS KACANG PANJANG


Bahannya;

- secekak kacang panjang (agak2 semangkuk)
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 7 biji cili padi (ikut suka pedas)
- sejemput ikan bilis (atau belacan - jika suka)
- 1/2 cmt garam
 - 1/2 cmt gula
- 1 1/2 cmb minyak masak/minyak zaiton
- 1/4 cawan air

Caranya:
- basuh kacang panjang dan potong anggaran 2cm panjang
- tumbuk bawang merah & putih, cili, bilis, garam dan gula.
- panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk hingga kuning.
- masukkan kacang yg telah dipotong kacau hingga layu
- masukkan air dan biar hingga mendidih
- sesuaikan rasanya dan hidang.

** tumis ni boleh disesuaikan ikut cita rasa kita
- jika nak tumis pedas  belacan = ganti bilis dengan belacan
- jika nak perisa tiram =  cili api ganti dengan cili besar poting, tambah sos tiram (tak perlu masuk gula)


Sabtu, Disember 25, 2010

KEPUTUSAN PMR



Keputusan PMR dah keluar pada 23/12/2010.  Tahun ni anak ku  dan 6 orang sepupunya merupakan calon PMR yang telah menerima keputusan masing-masing

Dalam ramai2 tu, ada yang mendapat keputusan cemerlang, yang ok dan yang agak kurang sedikit.  Kepada  yang cemerlang dicapkan "TAHNIAH"  dan semoga akan terus cemerlang dimasa akan datang.

Kepada yang kurang cemerlang, jangan putus asa .... perjalanan masih jauh.  Teruskan usaha semoga hari esok akan lebih cemerlang.  Sekali gagal bukan bermakna gagal selamanya. Yang penting kita mesti bangun dari kegagalan dan membina kejayaan yang lebih cemerlang.

Kepada anakku.. mama ucapkan TAHNIAH.  Walaupun tidak "straight A".  Mama tahu anakku telah  berusaha untuk mencapai kecemerlangan  dan mengatasi segala kelemahan. Nasihat mama pada anakku dan anak2 sekalian "usah silau dengan kejayaan yang ada, kerana sinarannya akan pudar jika kita hanyut dan leka. Seterusnya  kita perlu memikirkan strategi selanjutnya bagi menjana kejayaan yang lebih besar dan bermakna diperingkat SPM dan seterusnya dunia akhirat.

'SEMOGA ANAK2  MENJADI ANAK SOLEH/SOLEHA DAN BERJAYA CEMERLANG DUNIA AKHIRAT".

KERABU

Semalam buat kerabu... kalau letak ulam gitu je dalam pinggan, alamat sampai laaaa.. gitu juga.  Bila buat kerabu ni .. baru jalan, adalah pelanggan.  Ulaman tu boleh habis, taklah  simpan sampai busuk.

KERABU PEGAGA, SILUM DAN KERANG 



Bahannya
- daun pegaga dan daun silum
- 1/3 biji kelapa parut (putih & pilih agak muda)
- segenggam udang kering (cuci dan tos)
- 10 biji cili api (ikut suka pedas)
- 3 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- 1 biji limau nipis/kasturi
- 1 1/2 camca besar gula (ikut suka)
- 1 camca teh garam (ikut suka)
- semangkuk kecil kerang (rebus dan buang kulit)

Caranya: 
- Tumbuk cili, bawang, udang kering, gula dan garam
- Masukkan kelapa parut dan tumbuk sedikit agar mesra.
- Panaskan kuali dan goreng tanpa minyak semua bahan tumbuk tadi hingga kuning dan agak garing.
- Daun pegaga dan silum basuh bersih, toskan dan racik halus,
- Daun tersebut campur kerang dan masukkan kelapa goreng (secukupnya, lebihnya boleh disimpan).
- Perah limau dan sesuaikan rasanya (masam, manis dan masin).
- jika suka boleh tambah badam bakar (tumbuk).
- Hidangkan

SAYUR DAN ULAM

Hari minggu lepas kami sekeluarga balik kampung sempena kenduri surat anak buah.  Apa lagi aku tak melepaskan peluang menjengok tanaman2 makku. Seronoknya tengok ulama-ulaman yang mak tanam dan tumbuh melata dikeliling rumah.  Semuanya segar2 belaka dengan tanah yang subur, lebih2 lagi musim hujan ni, menggeramkan...kalau boleh semua nak petik.

Makku ni memang ringan tulang, dari muda sampai dah tua ni.. memang tak boleh duduk diam, ada je yang dikerjakannya.  Walaupun kederat dah tak sehebat dulu, tapi masih tetap nampak hasilnya walaupun hanya sebatas dua.  Macam2 ditanamnya.  Berbagai sayuran ada antaranya: KANGKONG, KACANG PANJANG, DAUN KESUM, BUNGA KANTAN, DAUN SILUM, ULAM RAJA, KUNYIT, PEGAGA, CILI API, SERAI, LENGKUAS,  LIMAU NIPIS, LIMAU KASTURI, PUCUK BETIK, PUCUK MERANTI,  BAYAM KAMPUNG, PUCUK UBI DLL.

Setiap kali balik kg, tak lupa aku pusing keliling.  Habis semua ku petik... wa satu plastik besar.  Segala yang boleh dibawa akan ku bawa.  Bukan apa, seronok memetik ... sampai kat rumah bukan boleh simpan semua dan bukan larat nak makan sendiri.  Mak kata bolehlah dipanjangkan amal... beri pada jiran/kawan2.

Dan yang sebenarnya aku dan anak2 tak berapa pandai makan ulam2 ni.  Tapi walau apapun akan diusahakan mencari menu bersesuaian supaya boleh menarik .  Tapi tu la aku cuma pandai buat resipi biasa-biasa je macam buat; KERABU, PECAL, TUMIS2, REBUS &  MASAK LEMAK..  apapun akan ku turunkan ilmu resipi sempoi tu.

Kalau kawan2 ada idea2 bernas bolehlah sarankan kepada ku yang tak berapa tau masakcampur "malas" ni ya..

Rabu, Disember 22, 2010

HANTARAN PERKAHWINAN NADIA - PIHAK PEREMPUAN

Pihak perempuan menyediakan hantaran balas dalam kotak kaca dengan tema warna "pink".



































HANTARAN PERKAHWINAN NADIA - PIHAK LELAKI

Majlis pernikahan berlangsung pada 27 November 2010 - hari sabtu.
Rombongan lelaki datang dengan hantaran dalam set kaca hitam bersama hiasan bunga segar.










































Selasa, Disember 21, 2010

ANNIVERSARY

Hari ni 21 DISEMBER 2010 - bermakna dah 25 tahun usia perkahwinan kami (Abe & me).  Masa berlalu tak terasa, rasa  belum lama, tapi dah 25 tahun.  Anak2 jadi penanda aras, bila tengok anak dah besar2... baru tersedar lama dah kami hidup bersama.

Kesejahteraan, rahmat, nikmat dan keberkatan sentiasa kami pohonkan kehadrat Allah SWT.  
Semoga keluarga dan keturunan kami beroleh kebahagiaan dunia akhirat. 
AMIN.


Sempena hari berbahagia ni mama dan abah dapat kek Green Tea - "besar punya"

Sedapppp.... tqvm anak ku.

SUKANEKA

18 Disember 2010 - Sukaneka B.B




Para Atlet BB beraksi dalam acara favourite masing2:

DEWASA:
** Bola sepak berkain pelikat
(cam org ... lawak pagi sabtu - acara paling lawak)  
** Bowling kelapa
** Masuk benang dalam jarum
** Kukur kelapa
(tabik kat anak2 dara tu.. camnapun otai yg menang. I pun pandai...pandai mengukur jalan)
** Tarik tali
(acara kemuncak dengan jemputan khas dari taman berhampiran.

KANAK-KANAK:
** Tulisan khat
** Isi air dalam botol
** Bawa bola pingpong dalam sudu
** Tiup belon hingga pecah
** Cari gula2 dalam tepung
(sian anak2 tu..ada yang tertelan tepung - acara paling sedih)

Tapi ada sikit kureng.... LARI DALAM GUNI - TIADA

ULANGTAHUN KELAHIRAN dan keluarga

16/12/2010 - Baru balik JB.  Oleh kerana semalam jauh di JB abe dan anak2 hanya telefon ucap HAPPY BIRTHDAY je.   Balik je Ayong bagi bungkusan.

Ma... ni kek khas untuk mama. Ayong beli satu je ...

Dik Man datang ... "apa tu, nak sikit"  Bang Fif pun nak juga.. "ha, satu je?.. kedekut punya Ayong".
"Eh kek ni mahal tau.. tu sebab beli satu ..kakak beli untuk mama je.. orang lain tak boleh" kata Ayong.

Akhirnya, kek ni kami makan bersama-sama, cukuplah secubit sorang.. amik rasa.
Takpelah .. walaupun kecil tapi masih ada ingatan dari anak.  Cuma lain kali kalau boleh belilah sekurang2nya 7 biji, sebab ahli keluarga kita ada 7 orang.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

"Oklah malam minggu nanti abah belanja makan semua..dah jangan gadoh-gadoh.  Kita raikan birthday mama dan ulangtahun perkahwinan mama abah yang ke 25 tahun".  
Abe menyelesaikan episod kali ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...