Iklan

Khamis, November 17, 2011

KUIH LEPAT UBI

Ubi dan daun dibawa dari kampung bekal dari ibu tersayang.  Sebenarnya waktu balik kampung tempohari memang terasa ingin menikmati lepat ubi buatan ibu, tetapi memandangkan masa yang terhad....hasrat tidak kesampaian.   

Atas ikhsan ibuku, dibekalkan ubi kayu dan daun pisang... "nahl buat sendiri ya"
He he he... dah bertahun tidak membuatnya, tiba-tiba nak buat.... terkebil2 juga nak mengingat semula.
InsyaAllah... boleh.

Bahannya:
5 cawan ubi kayu parut
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula pasir (boleh ditambah/dikurangkan)
1/2 cawan santan
1/2 cawan gula merah
1 camca kecil garam
daun selebar 4 inci (secukupnya)

Caranya:
- Ubi parut diperah airnya (masuk dalam kain kasa dan perah - tadah air perahannya)
- Air perahan ubi biarkan mendap
- Setelah mendap buang airnya dan ambil pati ubi sahaja- 
- Bancuh gula merah dengan santan dan tapis.
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas berisi ubi parut.
- Gaul rata, sesuaikan rasa manisnya.

Ubi yang telah diadun.

- Ambil 2 sudu makan adunan atas daun dan gulung.


- Gulung daun biar bulat dan lipat bahagian bawah dahulu, supaya airnya tidak mengalir keluar.

Daun hijau dah bertukar kuning...dah diperam seminggu lebih.

- Kemudian lipat pula sebelah atas dengan isi agak padat.
- Hati-hati, daun jangan sampai pecah.  Sebaiknya daun daun dilayukan terlebih dahulu dan jangan lupa lap permukaan daun bersih-bersih.


- Sebelum tu panaskan kukusan terlebih dahulu supaya panas dan bersedia untuk mengukus.
- Susun bungkusan lepat dalam pengukus dengan susunan bersilang seli, supaya wap dapat masuk rata.


- Kukus selama lebih kurang 30-40 minit hingga masak.


- Setelah masak, buka kukusan dan biarkan sejuk

Lepat sedia untuk dimakan.

- Potong ekor daun yang berlipat sebelum menghidang supaya lepat kelihatan kemas.
. Dah siap "LEPAT UBI KU"

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...