Masih berkisah tentang ubi.
Sarapan pagi hari ini UBI KUKUS BERMADU dan AIR TEH PANAS
Sebelum sarapan kena senyum dulu...hmm
Ubi kayu dikukus, setelah masak ambil beberapa ketul atas piring dan siram dengan madu.
Nyam Nyam .... sedia dimakan.
Boleh juga dimakan bersama sambal ikan bilis atau ikan masin.
Teringat masa dulu... sesekali mak hidang ubi rebus bersama madu. Yang berbezanya, dulu2 mak guna madu asli yang diambil sendiri dari sarangnya atas loteng rumah. Lazattttttt
Sekarang ni saya guna madu lebah gamat proses moden. Lain sedikit rasanya dan madu ni agak cair berbanding madu asli. Tapi bolehlah kan.....
Tapi yang sedih tu... saya kena makan sendiri, sorang-sorang U. Anak tengok je ... kelat je mukanya. . Suami pula cuma bertanya "APA TU?". Mengecut je tengok urat leher mereka tu tengok saya makan.
Tapi tak apalah, saya pun macam tu juga dulu-dulu waktu mak hidang menu ni.
Tapi bila dah senior ni....tetiba je terimbau kembali kenangan-kenangan lalu maka TERINGIN pula nak menikmatinya. Kalau saya beritahu mak, pasti mak tersenyummmmmmmmm. He3.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan