Jika raya aidil fitri yang lepas parit- parit kering kontang, kali ini banjir pula melanda. Hujan turun berterusan menyebabkan banjir. Air hujan berlebihan bertakung dan tidak dapat mengalir keluar ke sungai disebabkan sungai juga sedang mengalami air pasang besar.
Semoga air banjir cepat surut, jika tidak air yang bertakung boleh menyebabkan akar pokok terendam dan boleh menyebabkan pokok mati.
Raya Aidil Fitri - parit kering kontang
Raya Aidil Adha - Parit penuh dengan air yang mengalir lesu.
Tengok tu.. anak bandar balik kampung dah jadi badak air.
Penonton pun ramai .
Ha.. ni nak buat apa ni.
Oo... macamni rupa aksinya, dia ingat terjun papan anjal kot.
Kebunpun penuh dengan air
Sampah-sampah terapung
Orkid pun berkembang
5 ulasan:
masa saya kecik2 dulu pon suke betol main air banir. tak pernah risau pape pon. bila dah tua2 mcm ni baru tau bahaya banjir ni.
Salam nuwairani..
Mulanya memang tak benarkan anak2 ni main, tapi taulah anak2 ni, mulanya celup kaki kemudian lutut last terjun terus.
Wah syioknya terjun tirok parit depan rumah. Rasa nak jadi budak kecik balik je hehehehe.
Shantiknya sawah padi...bestnya kampung ada sawah bendang....cam citer Nur Kasih je ni...hish hish hish.
"Terkonang semasa dulu hatiku ...."
Cantiknya suasana di kampong. Ni yang rindu kat kampong ni. Tapi kampong kak ani tak ada semua ni sebab kampong kat ani tepi laut.
Notie N Kunang-kunang
Waktu kita tinggal di kg, tak terasa indah/seronoknya. Bila dah tinggal jauh, tinggalkan masa tu.. baru terasa semuanya indah2 belaka.
Catat Ulasan