Pagi ni, seawal jam 5.00 pagi dah keluar rumah ... ke KLIA menghantar emak untuk mengerjakan umrah, penerbangan jam 7.50 pagi.
Nampak bunga cantik di stesen minyak...apa lagi 'klik-klik la"
Oleh kerana waktu subuh sekarang ni awal, kami singgah solat di stesen minyak petronas berhampiran KLIA dengan aman. Sedangkan adik2 ku solat di surau KLIA dalam keadaan bersesak2 hinggakan ada yang bersolat dibahagian setor. Tapi yang penting dapat mengerjakan solat dengan sempurna.
Walaupun ini bukan kali pertama emak pergi menunaikan umrah, sebagai seorang anak rasa tidak sempurna jika tidak menghadirkan diri...menghantar emak kesayangan kami (kecuali dalam keadaan terpaksa)
Emak kami pergi bersama sepupunya. Yang kami sedih ... emak pergi tanpa ada anak yang menemaninya. Moga mak sentiasa sihat.
Emak kami dah berangkat.
"SEMOGA EMAK SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI SERTA DAPAT MENUNAIKAN IBADAH DENGAN SEMPURNA DAN SENTIASA BERBAHAGIA"
Waktu ini, emak tentu telah sampai... kami tunggu call...nak call mak tak dapat pula.
Kami pun berangkat pulang ke rumah masing2. Sengaja mengambil jalan jauh, tanpa guna lif...exercise kononnya.
He3...edisi keletihan...baru padan ......
2 ulasan:
asmlkm syimama...
emak akan pun akan menunaikan umrah pada pertengahan jun nanti...
thn lepas dia berdua dgn ibu saudara thn ni pergi seorang....semuga ibu syimama di permudahkan allah menjalani ibadah umrah di sana
Wkmsalam Azlina, terima kasih atas doa2 mu. Moga mak azlina juga akan selamat sekamat pergi umrah.
Catat Ulasan