Puduraya...siapa yang tak kenal. Sinonim bagi perantau. Hentian bas paling popular di Kuala Lumpur. Yang datang ke KL turun di Puduraya...nak keluar KL pun, melalui Puduraya. Pendek kata .. naik bas nak datang KL kena berkenalan dengan Puduraya dulu.
Sekarang Puduraya dah berwajah baru... dibuka semula pada 16 April 2011, setelah menjalani proses baikpulih dan naiktaraf.
Ketika ini, Puduraya menjadi hentian bas ke utara dan setempat. Ke selatan di TBS dan ke timur di DUTA. Dengan pengagihan perjalanan, Puduraya mungkin tidak semeriah dulu......mungkin.
Lawatan malam...jam 11.35 tengahmalam.
Ketibaan pertama ... tempat parking.
Menuju ke kaunter tiket ... tingkat 1
Tempat menunggu dihadapan kaunter tiket.
Canggih...dah ada tangga bergerak 'escalator' gitu....
Walau bagaimanapun... tangga tetap ada lagi.
Kaunter pertanyaan di tingkat menunggu.
Ha..dulu,di sinilah tempat yang begitu sibuk..
dengan pengunjung dan penuh dengan gerai2 jajan.
Jika dahulu penuh dengan manusia lalu lalang....sekarang santai dan selesa
Tapi waktu ni jam 11.45 malam...sebab tu lengang kot.............
Penumpang ke utara, sedang menunggu masa ketibaan bas.
Pengunjung yang turut sibuk... menyibuk2.
Seorang kanak2 kelihatan sedang bertafakur/berdengkur?
ohoo.. 'bergame' rupanya.
ohoo.. 'bergame' rupanya.
Cuba teka...yang ni tempat apa?
Yang ni...muka pintu, turun ke platform bawah tempat bas.
Pintu bukan depan tu, tapi disebelah kiri dan kanan dan
jangan lupa...TEKAN BUTANG dulu...kalau tak...pintu tak terbuka.
Tu dia.. ..
Pemandangan lagi....
Ni tangga platform ... turun bawah.
Pemandangan di bawah tempat bas...nampak kemas.
Tapi ... bila bas penuh, bau asap tetap ada.
Kedai-kedai kecil ... walaupun dah tengah malam, masih ada yang dibuka.
Ciri-ciri keselamatan .... tengok tu 'CCTV'... tengok tu!
Alamak, tersilap la!! salah pandang..
Bkn public phone tapi ATM machine.. haha
4 ulasan:
Salam...canggih gitu ye...terkenang zaman belajar dulu....di sinilah tempat perhentian...
Waalaikum salam... banyak kenangankan..selain perhentian, ada juga yang jadikan tempat pertemuan.
asmlkm syimama....
dah berubah wajah hilang sudah nostalgia masa remaja...selalu kalau dari kg pandan berhenti di sini.
bila emak dah pindah duduk kuala selangor...
selalu duk ulang alik naik bas di sini sebab berlajar di bangunan cahaya suria bersebelahn puduraya tu...
wahhh..terima kasih kerana berkongsi. Kali terakhir saya ke puduraya mungkin 10 tahun yang lalu..
Catat Ulasan