Iklan

Sabtu, Mei 14, 2011

MERTABAK KERABU



Menu baru ni sy cuba2 je....dengan kata lain  "menu perabis bahan lebih" atau "menu jangan membazir".
Tapi tak sangka, hasilnya boleh tahan juga,  'naik lift tekan button" atau istilah lama.. 'masuk bakul angkat sendiri'. Tak tahulah kalau orang lain dah buat...sy tak tau.

- mengenyangkan dan berkhasiat

Bahan-bahannya
  • semangkok kecil sayuran (lebih sayur  nasi kerabu)  kobis, taugeh, bunga kantan, kacang panjang, sedikit daun kesum - boleh guna apa2 sayur yang biasa dibuat kerabu)    
  • seketul ayam goreng (diracik nipis2)
  • 1 biji telur
  • 1/4 cmt garam
  • 1 cmb minyak masak
sayur, ayam + telur 
Cara-caranya:
  • sayuran (diracik halus seperti membuat kerabu)
  • ayam goreng (daging sahaja dihiis nipis2 - boleh juga ganti dengan isi ikan goreng)
  • pukul telur dengan garam
  • tuang telur pada sayuran dan kacau
  • panaskan minyak, dadar campuran sayur  
  • setelah kuning tebalikkan  - seperti membuat telur dadar biasa.
  • hidang bersama sos cili
Hemmm....selamat mencuba.  
Resepi sempoi...orang malas ke, orang  tak suka masak ke...garenti boleh pandai punya.
Orang rajin...tak payah cerita la...pejam mata pun jadi.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...