Iklan

Ahad, Mei 15, 2011

REZEKI RIMAU

Alhamdulillah... orang kata rezeki rimau petang sabtu, datang tiba-tiba melimpah-ruah.

Kebetulan 3 anak teruna balik dari perantauan (kononnya...he3).  Sesekali berkumpul 7 beranak, meriah sekali.. tak cukup mulut masing-masing nak bercerita, bertekak dan tergelak.

Petang sabtu camni ...sambil menunggu waktu maghrib, bersantai  menikmati minum petang.   Goreng keropok dari terengganu cecah sos cili dan air sarsi.

Tiba-tiba ada oang memberi salam ...Aishah, jiran depan rumah datang menghantar hidangan istimewa sempena hari lahir anaknya.

NASI LEMAK, SAMBAL IKAN BILIS, AYAM GORENG BERTEPUNG DAN AYAM BAKAR SOS BLACKPAPER DAN KEK COKLAT MOISE ...........sedapnya.


Baru nak membuka hidangan.. dengar salam lagi.
Waalaikum salam.....Ahmad Fathi, anak jiran sebelah pula datang dengan hidangan tak kurang istimewanya;

NASI HUJAN PANAS, ACAR BUAH DAN AYAM MASAK MERAH.


Masyaallah...alhamdulillah.
Inilah yang dikatakan REZEKI RIMAU.  Terima kasih tak terhingga kepada jiran-jiranku yang baik hati..semoga Allah murahkan rezekita kita semua dan bertambah akrab persaudaraan.




5 ulasan:

Nora Deena berkata...

alhamdulillah..jarang dapat rezeki rimau mcm ni kak syima... kecur air liur tgk nasik lemak tu.. :)

Syimama berkata...

hee...tu la deena, tuah ayam nampak dikaki..tuah orang? dapat rezeki rimau. Jangan dimakan rimau ya.

Syimama berkata...

hee...tu la deena, tuah ayam nampak dikaki..tuah orang? dapat rezeki rimau. Jangan dimakan rimau ya.

azlina 2 berkata...

assalamualaikum...
alhamduliah rezeki jgn di tolak...
selamat menjamu selera..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum syimama,

Wah rezeki betul ni. Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...