KRINGGGGGGGGGGG......loceng kebakaran berbunyi panjang.
Kebakaran............lari, lariiiiiiiiii semua selamatkan diri.
Apalagi, kami semua lari keluar tinggalkan semua barang, kecuali yang tercapai dek tangan.
Semua berbaris, semak nama staf... yang ada dan yang tidak ada.. serah kepada pegawai keselamatan. Dari jauh kedengaran siren kereta bomba.. turun ahli bomba dengan peralatan.
"Sudahkah anda menutup komputer, suiz dan punca api?"
"Adakah anda membawa keluar barangan berharga anda?"
"Ini adalah LATIHAN KEBAKARAN". Terang seorang Pegawai Bomba.
Berbaris didataran ... mendengar keterangan 'LANGKAH KESELAMATAN KETIKA KEBAKARAN".
"SEBAHAGIAN PESANAN KESELAMATAN YANG MASIH INGAT"
Apa perlu dilakukan apabila berlaku kebakaran.
- tutup semua punca api
- cuba padam kebakaran dengan alat pemadam api (jika api kecil)
- selamatkan diri segera (jika api besar)
- bawa barang berharga.... "jika sempat"
Cara menyalamatkan diri
- cari jalan keluar segera
- maklumkan kepada bomba/kawan kedudukan anda
- guna tangga jika bangunan bertingkat
- merangkak jika kawasan berasap
Cara memadam api yang melekat dibadan.
- tutup muka dengan tangan
- berguling dilantai untuk memadamkan api
(jangan berlari kerana angin akan menambah api marak)
- dapatkan bantuan seterusnya
Lari..laju sikit!
Hai.. gelak2, cam tak takut je...
Siapa yang tiada.......
Latihan yang kurang memuaskan... tak real la!
tiba-tiba ada lintas hormat kat atas tu....dengan asap hijau.
demonstrasi memadam kebakaran, kena pakai set keselamatan
- pakai jeket kalis api, topi dan sarung tangan
yang ni, jenis ABC (debu kering), berat 9kg...larat ke?
Firewomen ni...
Ahli bomba ni.. belum ada yang terbakar dah bersedia..
ini bukan demonstrasi memadam dari udara tau...
kebetulan ada sesi latihan lintas hormat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan