Dah dua minggu sekolah bermula... selama itu juga hari2 sibuk bermula.
Sepanjang cuti semesta ujung tahun ... relex, keluar kerja jam 6.50 pagi masih sempat sampai tepat waktu. Tapi bila persekolahan bermula...aduh, 6.35 pagi dah kena keluar rumah.
Kali ni masalah agak berat... kerana Afif (tkt 4) tak duduk di asrama.. masalah, masalah.
Masalah terjadi disebabkan asrama hanya menempatkan tingkatan 1-3 dari kelas KAA, bila masuk tingkatan 4, masalah besar bagi yang duduk jauh seperti anak ni.
Nak pindah sekolah awal2... masalah juga, kelas sains di sekolah terdekat dah penuh. Sekolah pilihan, tunggu rayuan... buat perpindahan sekarang, nanti kalau dapat, nak pindah lagi... susah sekolah, susah diri juga.
Keputusannya, tunggu dulu di sekolah lama, tapi jadual ketat.... 5.35 pagi Abe dah keluar rumah hantar Afif dan mesti sampai semula ke rumah sebelum 6.35 pagi. Sebabnya, mama nak kena pergi kerja sebelum 6.40 pagi, sedangkan Dik Man di rumah sendirian. 7.00 pagi bas Dik Man datang. Petang jam 4.30 baru sampai rumah, Abe sibuk ... kena naik komuter KTM lah jawabnya..
Tapi takpe... sabar ya anak2, sabar ya Abe, ya diri .. kewajiban, tanggungjawab dan dugaan, semoga membuahkan pahala dan kebahagiaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan