Iklan

Isnin, Januari 03, 2011

ROTI MAMA



"Mama buat roti apa ni?.... sedap".  "ROTI MAMA lah... siapa lagi"
Nasib baik anak puji... kalau tidak, sekali ni je buat.
Tapi memang sedap... tak percaya, cubalah sendiri.

Sebenarnya roti ni diadaptasi dari resipi mexican ban ... tapi oleh kerana buat roti tu asyik 'fail je",  kita cari jalan mudah .... cepat dan sedap...

Roti ni ambil resepi  blog Inspirasi ku .. terima kasih kepada tuan punya resepi.


ROTI MAMA


TOPPING
Bahanya :
- beberapa keping roti  (eg. gardenia or lain2)
- 4 cmb butter
- 1 cmb nescafe (bancuh dengan 1cmb air panas)
- 1 cmt esen copi (saya letak esen vanila)
- 1/2 cawan gula (atau 7 cmb)
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
-secubit garam


Caranya:
 - Putar butter dengan gula hingga hancur
- Masukkan telur, esen dan bancuhan nescafe, kacau.
- Akhir sekali masuk tepung gandum, gaul rata dan sebati.
- masukkan dalam piping bag, dan pipe atas roti
- bakar dalam oven kepanasan lebih kurang 150 darjah selama 5-7 minit.
- Bila topping kelihatan kering, angkat.
**sedap dimakan waktu panas-panas

Adunan boleh disimpan dalam peti sejuk, dan keluarkan bila perlu.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...