Model ni mama beri nama.. "gundam gulana" ..
Gundam... selama ni telinga ni selalu dengar anak2 bercerita benda alah ni... ingatkan cerita cartoon tv je. Dia orang ni cerita bisik2 selalunya... bila ditanya, apa benda tu... jawabnya ringkas "cartoon".
Hingga terjadi kejadian amat mengejutkan... datang bungkusan dari oversea.... waaa sapa lak buat penghantaran ni...... selidik punya selidik, rupanya ada sorang ni dah order "gundam". Licik sungguh anak ni, maklumlah ... pandai guna internet, tahu berbahasa inggeris... ada duit, maka terjadilah pembelian ni. Yang marah tu, sanggup dia membelanjakan semua hadiah ringgitnya membeli gundam.
Bayangkan .. dia sanggup tak tidur malam kerana nak memasang gundam gulana ni. Pasang siang tak boleh nak menekun... adik dok sibuk kacau, kalau tak pun nanti abah marah sebab tak buat kerja lain.
Antara koleksi gundam budak betuah tu.
Sejak hari tu... apa lagi, mama ni kena tahu juga apa benda ni ... tak mau dipelekeh dek anak.. terpaksa menggelidah info tentang 'gundam' di internet. Start hari tu baru aku faham tentang permainan gundam ni.... tentang harganya, tentang komponen kecil2 yang perlu ketekunan memasang dan lain-lain. Dalam pada mama celik IT ni pun (kononnya) banyak tak tau perkembangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan