Hari ini ahad 4 November 2012, meluangkan masa menghadiri jemputan kahwin anak kedua sahabat lama Pn Siti Faridah Zainuddin (geng sekolah SUA). Di Dewan Masjid Bulat, PJ.
Tak sangka dia dah mendahului kami dengan merebut pangkat 'IBU MERTUA' buat kali kedua. Wah, hebat dia kerana anak2nya ditakdirkan bertemu jodoh mendahului anak2 sahabat yang lain.
Apapun ... Tahniah buat Ida dan suami serta anak-anak. Semoga semuanya kekal bahagia dunia akhirat.
Sahabat ku ... kini dah naik pangkat 'IBU MERTUA KU'
Bersama satu-satunya anak daranya.
Salah satu hidangan unik ... kuih klasik orang Jawa 'LEMPER'
pulut kukus berinti serunding kelapa ... kelazatannya terletak pada 'intinya'.
Terima kasih atas jemputan Ida dan keluarga ....
hidangannya lazak2 belaka, terutama 'umbut kelapa masak lemak berempah'
... terkenang-kenang .... hemmm
4 ulasan:
assalamualaikum..
sekejap je masa nerjalan kan tau tau dh jadi ibu mertua..pastu jadi nenek..jika umur panjang dgn izin Allah kita juga akn merasa saat2 itu
Tak lama lagi tuan blog pun dapat naik pangkat juga... hehehe begitu pantasnya masa berlalu, kan kan!
Waalaikumsalam Azlina
Masa pantas berlalu, kawan komenpun tak sempat jawab...tau2 dah malam jumaat. Allah saja yang tahu ya bila giliran kita pula.
Notieeee
Sejak bila pandai meramal2 ni, ish3 bagus juga kalau cepat naik pangkat kan ... he3 ada calon2 tu bolehlah rekmenkan!
Catat Ulasan