Hemm .... cuti-cuti Malaysia lagi. Bila dah duduk rumah rumah tu ada je benda nak difikirkan bila tengok dapur.
3 sikat pisang lemak manis dari jiran depan (minggu lepas dah hantar 2 sikat) dan 3 biji mangga masih berbaki (dah kopek 2 biji). Nak buat apa ... kek pisang? baru buat beberapa hari lepas, cekodok.... semalam dah buat ...... nantilah kita fikir-fikirkan kemudian. Tang mangga tu, macamana pula .............
Kebetulan mangga depan surau tu buahnya agak lebat, besar-besar pula. Kalau setakat 3 biji tu, memang dah kira banyaklah. Masing-masing menjolok dan membahagi-bahagi. Tapi buah mangga tu agak masemmmmmmmmmm. Alasan lah tu.... maklumlah banyak. Cuba kalau ada sebiji je .... tentu katanya manissssssssssss.
Alhamdulillah berlebih-lebih rezeki Allah ... terkenang mereka yang kelaparan.
Bila dah banyak tu, mulalah tak habis. Kebetulan dengan masa lapang yang ada ni .... fikir-fikirkan apa nak buat dengan buah yang berlebih ni ..... maka, bermula episod membelek resepi2 blog kengkawan kat tenet. Kita nak try buat "ICE CREAM - MANGGO".
AISKRIM MANGGA
(Resepi asal : Myresipi.com by ibufarzana )
Terima kasih ibufarzana
Tetapi resepi ini telah saya ubah mengikut kesesuaian bahan yang saya ada - maaf sebab memandai lawan guru.
Bahan-bahannya:
1 biji mangga (sebesar tapak tangan lelaki)
3 camca besar gula
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan whipping cream
1/4 camca teh garam
1 keping roti (siat-siat rendam dalam 1/2 cawan air masak)
- sy tambah roti untuk kurangkan rasa masam mangga - jika mangga manis, tambahkan saja isi mangga tu banyak-banyak)
* saya tambah "topping strawberry" sebagai aksesori makan tambahan.
Caranya:
- Kupas buah mangga - potong dan ambil isinya
- Masukkan dalam blander bersama semua bahan di atas
- Kisar hingga halus dan gebu berkrim
- Tuang dalam bekas plastik bertutup rapat dan bekukan
- Selepas 4-5 jam keluarkan dan kisar semula (untuk mendapatkan struktur aiskrim yang lebih lembut).
- Kemudian bolehlah masuk dalam bekas2 kecil (ikut suka)
- dan bekukan semula untuk tempoh 4 jam (hingga beku)
- Selepas itu, aiskrim sedia untuk dimakan.
Ditambah dengan "topping strawberry" - sedia untuk dimakan ---- silakan.
Hemm... mudahkan. Terima kasih kepada ibufarzana at myresipi.com kerana sudi berkongsi resipi
dari resepi di atas, dapat penuhkan13 biji bekas kecil seperti ini.
1 perisa asal dan 1 tambah topping strawberry
Nampaknya, pasni asyik buka tutup peti ais tu.
Selamat Mencuba.
2 ulasan:
wah sedapnya.. tapi la ni musim batuk dan demam jadi tak berani le nak rasa benda sejuk2 ni semua. Kalau tak huh belesup masuk tekak.
Tapi memang nampak sedap.... emmm pandai dah masak macam2 dah boleh bukak cafe ni.
Notie ... jangan nak jak2.. nak buka cafe pulak. Eeee, merajuk makmak abc, sapa nak pujuk.
Catat Ulasan