Iklan

Ahad, November 18, 2012

KEK CARROT

Assalamualaikum.

Kek carrot? he he he ....  lawak juga.  Dah berkurun orang buat kek lobak ni, saya pula baru nak cuba.  Takpelah, walaupun dah ketinggalan keretapi .... saya datang dengan LRT... saya tetap juga nak buat.

Sebenarnya hajat nak buat kek carrot ni dah lama, dah bertangguh entah untuk kali keberapa tak taulah.  Dah beli lobak, tapi tak jadi kek, jadi sup pula.  Ada kalanya tu, simpan sampai tumbuh, tapi kek tak juga buat.

Menyelak-nyelak resepi tu tak payah ceritalah.... tapi kali ini resepi dari blog En Mat Gebu jadi pilihan.  Bukan apa, untuk yang baru nak cuba macam saya ni, resepi en Mat amat bersesuaian, kuantiti kecil untuk kek kecil je.

Ok, kita mulakannya di sini ............. Tapi idok le segebu kek En Mat tu.


panas2 ... x sabar nak rasa

KEK CARROT
(resepi asal : http://www.tiffinbiru.com) "TERIMA KASIH"

BAHAN-BAHANNYA :

1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(saya ganti dgn esen coffee emulco)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan kacang walnut, cincang*(saya ganti dgn badam)


** 2 bahan dibawah takde stok- ganti dengan KISMIS 
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering


BAHAN CREAM CHEESE TOPING : 

100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak



CARA MEMBUATNYA :-)


- Panaskan oven pada suhu 180'C , lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas "dasar tin sahaja" dengan kertas minyak. Ketepikan. (oven saya 170'C)

- Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). 

- Masukkan bahan2 diayak tadi (*) dan gaul perlahan hingga sebati.

- Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.

- Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

Baru angkat, panas lagi ... tapi dah tak sabar2 nak rasa ..... hemmm sedap. lain kali boleh buat lagi yang lagi gebu .... cam sifu punya.

UNTUK CREAM CHEESE :-
 Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

CATATAN MAT GEBU :- 
Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturun kan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu 




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...