Sampailah sy dah boleh makan balik keli, diperkenalkan pula keli goreng bersambal....sedaplah pulak. Maklum, sambal2 cili ni memang saya suka. Lupa dah peristiwa lalu.
Tiba-tiba.... satu hari dia balik membeli keli hidup.... wau, banyak pulak tu, 2 kg U. Hiiiiiiiiiiiiiii, saya jerit. Siapa nak siang ikan ni.............. menangis aku sorang diri "PENYU MENANGIS SIAPA TAHU".."PENYIANG KELI NANGIS, MEMANG AKU TAHU" ............abe buat dek je, biasalah. Kebal.
"ala, kalau takut siang hidup2, biar dia mati dulu ...baru siang" kata abe. Hai, cakap memang senang, masalahnya camna nak kasi keli ni cepat mati.
Ha.... teringat petua yang sy baca dalam majalah, kalau nak kasi keli cepat mati ....tabur garam. Apalagi, sy ambil segenggam garam .. lalu sy tabur pada plastik keli tu. Sy lihat keli2 tu menggeletek... dan berbunyi2. Sampai malam masih tak mati juga.. makin malam, bunyi keli tu semakin kuat ..nyit, nyut, nyit..nyut. Ya Allah, deritanya keli ni sepanjang malam.... terdengar2 di telinga....membuat aku tak lelap tidur.
Esok paginya... ikan2 tu semua dah mati dengan berbuih2... sedihnya aku melihatnya. Meleleh airmata sy menyiang keli ni.... betapa azabnya dia sebelum mati. Terasa begitu kejamnya sy menabur garam semalam. Dan yang pasti, keli kali juga sy tidak boleh makan kerana kasihan.
Bersambung : Ikan Keli Bab 5
1 ulasan:
As'salam.
Mak saya selalu tabur garam bila nak siang ikan keli.
memang macam kejam, dan bila dia dah mati tu, berbuih-buih, tapi mak kata, lagi bagus, sebab dia dah buang semua lendirnya, tak hanyir dah.
personally, saya takut nak siang ikan. dan jugak kesian, dan takut.
jadi saya lebih suka beli yang siap siang dah.
Catat Ulasan