Balik kampung... abe suruh tolong mak dia siang ikan hidup, termasuk keli. Apa lagi, sy ... bukan ikan yang melompat, tapi sy yang melompat-lompat. Mak kata... "ketuk kepala ikan tu biar mati, baru siang". Tapi sy manalah sampai hati... kesihan, ketuk sikit je.... "mana nak mati kalau ketuk sikit, ketuk kuat sikit". Pejam mata... nah, ketuk kuat2... fuyoooo, hancur kepala ikan keli tu sy kerjakan.
Wa, dah pandai siang ikan keli ya.. Abe tu senyum2, dia tak tau... semua tu ,ikan emak dia yang siang, sy jadi mandur, eksyen je...pegang pisau... pukul sekor keli sampai hancus kepala dia... ha3
Bila waktu makan, kelip2 mata sy tengok ikan keli goreng tu, apa taknya... tadi dah kata kesihan, mana boleh makan. Takpe hari ni tak payah makan ikan keli, biarlah orang lain je yang makan.
Bersambung : Ikan Keli - Bab 3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan