Iklan

Ahad, Februari 06, 2011

TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS)

Hari sabtu..free, apa kata kalau kita pergi melawat TBS.  Sementara hari cuti lagi, dan ramai yang masih belum   kembali ke kota... tentu tak sibuk.

Kami pergi tengahari, saja melawat... nak melihat dan memantau bagaimana keadaan dan keindahan tempat baru.  Supaya nanti bila perlu ke sana, tidak menjadi masalah.

Station Texi terletak di L4 
Sekarang parking free - texi tak banyak lagi,  bolehlah  park di sini.
Parking kereta sebenar di L5


Suasana lengang  di bahagian pintu masuk L4.


Lot kedai masih banyak belum beroperasi.




Kaunter tiket - pandangan dari L4


 Tangga elektrik untuk turun ke bawah (L3)
Kelihatan polis mengawal tangga turun ke L2 - penumpang menunggu bas. 


  Deretan kaunter tiket bersepadu di L3



Banner peraduan kepada pembeli tiket.


 Myvi untuk dimenangi - terletak dihadapan kaunter tiket


Sempat merakam "toilat" - cantik dan selesa


 Antara kedai yang dah beroperasi - apalagi lekat kat sini.
Maxican Ban berbagai perisa (offer hari tu:  bali 5 percuma 1 - borong)


 Peminat tudung  dan brooch - ok juga reganya... sangkut satu.
(turut menawarkan jualan untuk borong)


 Ada farmasi ... tak singgah, lain kali ya.


Kedai yang yang sedang diubahsuai.


Pemandangan dari tempat makan (arah Tasik Selatan)

Pemandangan dari tempat parking (arah Cheras)


Perlu diambil perhatian, terminal ni untuk ke selatan sahaja...
 buat masa ni kami belum ada urusan lagi.. anak kami perjalanan ke utara.

Datanglah melawat sementara masih lengang, tidak sibuk dan parking percuma.
(Iklan percuma dari saya)





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...