Iklan

Rabu, Februari 09, 2011

DOA MAKAN UBAT

Tinggal dengan nenek sewaktu kecil suatu kenangan yang indah.  Nenek ni biasanya akan mengajar atau menegur  cucu2 dengan sabar dan penuh diplomasi.

Nenek selalu bercerita ... pelbagai kisah dan pelbagai doa.  Satu doa yang melekat dalam ingatan hingga kini, ialah doa ketika makan ubat.  Setiap kali mahu makan ubat nenek akan membaca,

 doa:


TOMBO TEKO, LORO LUNGO.
MARI KERSANE ALLAH TA'ALA


Sebagai kanak-kanak...dah tentu seronok je mengikut, sambil gelak2 tanpa mengetahui makna sebenar.  Bila semakin besar dan berakal, rasa teringin tahu makna doa tu baru timbul ... nak tanya nenek, malu.. tanyalah pada mak...."apa makna doa tu?".  

Maknanya:


UBAT  DATANG, PENYAKIT HILANG.
SEMBUH KERANA ALLAH TA'ALA.


Masyaallah... begitu indah rupanya makna doa ni... Oleh itu, sampai sekarang doa ni tetap diamalkan setiap kali kami sekeluarga makan ubat... anak2 mengajuk sambil ketawa, tapi bila terlupa merekalah yang mengingatkan.  Inilah warisan ... berkat doa orang lama.

** nenek saya ni  keturunan JOWO...so doa tu dalam bahasa JAWA.  
Yang silapnya, cucu ni .. kurang  jawa sikit.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hkjhklghkjbnn nl;jlj

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...