Iklan

Ahad, Mac 13, 2011

GEMPA DAN TSUNAMI DI JEPUN



Assalamualaikum.

Kejadian gempa yang melanda Jepun dengan kekuatan 8.9 skala richter telah  mengakibat tercetusnya tsunami.  Menonton di TV dan seterusnya melihat di youtube.... 

Kuasa Allah.. tiada siapa dapat mengetahui dan menduganya. Hati jadi begitu kecut, takut dan terharu...  begitu kerdilnya kuasa manusia disaat ini.

Dalam keadaan demikian rupa, siapalah kita untuk menyelamatkan diri  atau  merasa selamat melainkan hanya  dengan belas ikhsan Allah dan kekuasaanNya sahaja.

Masyaallah, Subhanallah, Astaghfirullah....
Allahhu Akbar.

Sebagai orang yang beriman... semoga ianya menjadi peringatan kepada kita, mengingsafi diri dan mempertingkatkan keimanan.


Takziah kepada mereka yang terlibat.


Jumaat, Mac 11, 2011

FLOORSCAPE

Me...."Be, sy rasa kalau kita tukar lantai parker luar tu jadi macam ni sesuaikan .... tentu cantik".







Me....."Lantai dalam rumah pula kita tukar macam dalam gambar bawah ni.... apa kata abe, setuju tak?"



Abe...."Setuju, sangat setuju.  Tapi buat masa ni, tatap jelah foto tu puas-puas dulu ya!"

HE3.... DIALOG RUMAHTANGGA ..... BIASA LA TU!


 Pautan;  FLOORSCAPE

Khamis, Mac 10, 2011

IKAN KELI GORENG & petua - BAB 7

Kini......
keluarga kami menjadi pemakan keli tegar....
termasuk sy (tapi jangan suruh bayang2kan / tengok yang masih hidup... sedih lagi tau)

Bila semua anak2 balik,  berkumpul semua, selalu abe akan beli keli 3kg .... macam orang bekedai.
Dan sy pun boleh dikatakan ... ok juga dah, memasak keli.
"KELI GORENG" dan "KELI GORENG BERSAMBAL" je.


MEMBERSIHKAN IKAN KELI

- Ikan telah disiang, bersihkan, dipotong 2 atau 3 - ikut suka
- Cuci ikan dan perah limau / air asam jawa / asam keping
   (gonyoh2 : untuk hilangkan lendir2) - bilas
- Cuci dengan sedikit tepung gandum
   (mengurangkan bau hanyir)
- Bilas dan toskan





IKAN KELI GORENG

Bahan:
- 5 ekor keli (telah dipotong dan dibersihkan)
- 2 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- serbuk kunyit dan garam

Cara:
- tumbuk bawang merah, putih dan halia
- lumur pada keli bersama garam dan kunyit (secukupnya)
- perap seketika supaya mesra (10-15 minit)

**PETUA ELAK IKAN MELETUP
- panaskan minyak,
- masukkan 1 atau 2 "ASAM KEPING" 
(insyaallah kurang meletup dan kurang merecik2)
- goreng ikan hingga garing

WAA... AROMA KELI GORENG... MEMENUHI RUMAH.

Anak balik .... baru buka pintu dah .....
"waaa, keli goreng..... sedapnya".
Kadang2 tu, baru angkat.... dah ada tangan yang mencapai"



Sambungan :  Ikan Keli - BAB 8

Isnin, Mac 07, 2011

FAUX CAKE

Assalamualaikum. 
Buat semua sahabat-sahabat  d'maya.


FAUX CAKE ni bahannya dah lama dibeli ...rasanya  hampir sebulan dah.   Tapi oleh kerana kesibukan dan "mood" belum bulat, maka ditangguh hingga kehari ini.

Hari ni rasanya dah bulat nak mengadun kek pujaan hati ku... sebelum tu, nak mengadun kek coklat segera terlebih dahulu... untuk minum petang.  Sambil menunggu kek sebenar masak, layan FAUX CUP CAKE la ya.

Tengok macam senang, bila dah buat... ish3.. tak berapa ada idea pulak... tapi projek terpaksa diteruskan. Dalam pada tu ..kek coklat yang sedang dibakar merebak-rebak baunya... anakpun datang menjengah dapur.. hem... sedapnya (dia ingat bau cup cake yang sedang dihias ni... tertipu anakku).


dan lihatlah hasil buatan sy...


Cup Cake telah siap dipamerkan untuk tontonan.



 FAUX CUPCAKE
(kek hiasan tau! ... jangan silap pulak)












Tapi projek ni belum selesai sepenuhnya, sebab "SLICE CAKE" tak sempat buat.
Projek akan disambung dilain masa.



Sabtu, Mac 05, 2011

KUIH KETAYAP / KUIH GULUNG

Sarapan pagi ni... canai "made in" Restoran ABC dan kuih ketayap "homemade".

Kelakar... kuih yang begitu senang, tapi tak pernah buat... (janga ketawakan sy)
Sebabnya mudah, alasannya... sebab sy tidak begitu minat.  Tapi yang pelik tu, abe dan anak2 sangat minat...

Cuti sekolah tempohari, kami balik kampung... mak mertua bancuh tepung untuk buat kuih ketayap... dan tukang  buatnya ...sy le (jangan tak caya).  Abe ni kerjanya ngintai dapur je... tengok kita buat, apa lagi ... kena buat kat rumah pula la.



KUIH KETAYAP atau KUIH GULUNG


Bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 cmt garam
1/2 cmt esen pandan (hijau)
1 biji telur
1 cmb minyak masak
2 1/2 air
inti kelapa secukupnya

Cara:
- tepung, garam masuk dalam mangkok
- masuk telur dan air, kacau
- masukkan air dan esen pandan, kacau hingga tidak bergentel.
- masukkan minyak masak - kacau rata (tujuan: masa masak tidak perlu sapu minyak pada kuali)
  (jika senang, boleh guna blander untuk lebih mesra dan sekata... tapi sy tak bland)
- panaskan kuali, mula2 tu sapu minyak, takut kuih melekat pada kuali ... biasanya tidak, sebab dah masuk minyak masak dalam adunan)
- bila panas, ambil sesenduk adunan dan ratakan nipis di kuali
  (dengan cara golek2 atau ratakan dengan menggunakan belakang senduk)
- biar hingga masak ( warna hijau keruh bertukar jernih)
- angkat dan letak di pinggan
- letak inti ditengah ketayap tadi, lipat bahagian kiri kanan, kemudian gulung.
- sementara itu teruskan mendadar  dan menggulung hingga selesai.
- hidang dan makan.
 (buat lambat... makan cepat)


INTI KELAPA

1/2 biji kelapa parut (agak muda & ambil putih saja)
1 cmb tepung jagung atau tepung ubi
1/2 cmt garam
2 cmb gula merah
5 cmb gula pasir (ikut suka manis)
2 helai daun pandan
1/2 cawan air

- panaskan air, masuk, garam dan daun pandan
- masukkan kelapa, kacau rata
- bancuh tepung jagung dengan sedikit air
- tuang pada kelapa dan masak hingga pekat.

PERABUT RUANG REHAT

Melihat foto-foto perabut ruang rehat, untuk menerbitkan idea-idea dalam menghiasi ruang di rumah kita. Idea  disesuaikan mengikut keadaan ruang.

Mari kita saksikan.............












Pautan : Your furniture

Rabu, Mac 02, 2011

IKAN KELI siap siang - BAB 6

Rayuan sy berjalan lancar .........untuk beberapa tahun, hanya keli siap goreng singgah kerumah.  Biasanya sy beli di kantin je.   Dalam pada itu anak2 semakin membesar dan semua penggemar keli ..... anak bapa semua.  Bila dah ramai tu, beli 3 ekor rasa cam tak cukup je .... nak banyak lagi,  wau... mahal juga jadinya.

Abe mula berkira-kira nak tengok pasar .... sy kecut perut, kisah semalam masih ternyiang2 di telinga.
Oh ....... no.  "Tak sanggup lagi aku, mengenang kisah lalu.................." apa lagi lirik senikata lagu tu,  Wings...tak ingat lah.

Eh, abah balik.... beli ikan keli "SIAP SIANG" .....
"Tu, abe beli keli, dah siap siang ...... tak payah nangis-nangis lagi.  Jangan ditangisi  kematian keli tu ...".
"Kat pasar sekarang, semua keli dah siap disiang ...........tak perlu takut/susah2 lagi".
"Ya ke?....  dah lama tak ke pasar, era  perubahan  berlaku,  penjual ikan tahu agaknya.... ramai orang seperti sy ni kot" sy nak tunjuk spoting,  dalam hati .... geli geleman tu tetap ada dan kalau bole .... tak nakkkk!

Apa2 pun kaedah penjual ikan ini memang sangat2 dihargai dan cukup membantu menyelesaikan masalah sy.
Sy dah boleh tersenyum .... sebab "TIADA PERTARUNGAN DENGAN KELI LAGI"
Abe dah boleh tersenyum... sebab "TAK PERLU MELIHAT TANGISAN PILU DAN RAYUAN KU"
Anak dah boleh tersenyum ... sebab "BOLEH MAKANG IKANG KELI .. BANYOK2 ... PUAH-PUAH".

Sekarang yang tinggal ...."MISION POSIBLE" ... mencari segala petua2 untuk menyelesaikan segala masalah pengurusan "MASAK KELI"





Bersambung : Ikan Keli - Bab 7



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...