Iklan

Sabtu, Mei 14, 2011

MERTABAK KERABU



Menu baru ni sy cuba2 je....dengan kata lain  "menu perabis bahan lebih" atau "menu jangan membazir".
Tapi tak sangka, hasilnya boleh tahan juga,  'naik lift tekan button" atau istilah lama.. 'masuk bakul angkat sendiri'. Tak tahulah kalau orang lain dah buat...sy tak tau.

- mengenyangkan dan berkhasiat

Bahan-bahannya
  • semangkok kecil sayuran (lebih sayur  nasi kerabu)  kobis, taugeh, bunga kantan, kacang panjang, sedikit daun kesum - boleh guna apa2 sayur yang biasa dibuat kerabu)    
  • seketul ayam goreng (diracik nipis2)
  • 1 biji telur
  • 1/4 cmt garam
  • 1 cmb minyak masak
sayur, ayam + telur 
Cara-caranya:
  • sayuran (diracik halus seperti membuat kerabu)
  • ayam goreng (daging sahaja dihiis nipis2 - boleh juga ganti dengan isi ikan goreng)
  • pukul telur dengan garam
  • tuang telur pada sayuran dan kacau
  • panaskan minyak, dadar campuran sayur  
  • setelah kuning tebalikkan  - seperti membuat telur dadar biasa.
  • hidang bersama sos cili
Hemmm....selamat mencuba.  
Resepi sempoi...orang malas ke, orang  tak suka masak ke...garenti boleh pandai punya.
Orang rajin...tak payah cerita la...pejam mata pun jadi.


Rabu, Mei 11, 2011

AUDIO BACAAN AL-QURAN n TERJEMAHAN




Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini sy dipertemukan dengan link AUDIO BACAAN AL-QURAN n TERJEMAHAN. Pada saya ini adalah hadiah bagi saya sempena ulangtahun ke 2 blog Syimama Page.

Audio bacaan Al-Quran dapat didengar bersama terjemahannya. Telah lama saya mencari..baru sekarang saya terjumpa. Ribuan terima kasih kepada pengusaha audio semoga BARAQAH dan Allah limpahkan RAHMATNYA kepada beliau dan kita semua yang mendengarnya.

Kenyataan dipetik dari blog MARCOVOLLO:


"Silakan copy & paste link2 dibawah (sebarkan)

 ke seluruh nusantara, mudah2an Allah redha akan 

kita.   Amin. – chromosome @ Abu Aaqil"


Sebagai menghargai dan menyambut saranan empunya blog, saya linkkan:
Welcome to my blog dan untuk lebih mudah, saya letakkan link di sidebar di bawah tajuk : 
PEMUDAH ILMU -  Bacaan Al-Qura & Terjemahan - AUDIO

Semoga Allah permudahkan kita mendapat ilmu dan kurniakan rahmat, nikmat, keberkatan serta kasih sayangNya terhadap kita semua.
AMIN



Khamis, Mei 05, 2011

2nd ANNIVERSARY STAMP


UNTUK PENGUNJUNG n FOLLOWERS
sempena



Hari ini 11 Mei 2011, genaplah 2 tahun usia SYIMAMA PAGE  dimaya.  Alhamdulillah kerana hajat berblog telah tercapai dan berterusan, walaupun sebenarnya tiada ilmu dan bakat dalam penulisan  ... tapi tetap ingin menyertai rakan-rakan dimaya.



Kadang kala  bertanya pada diri sendiri:-

- apa tujuan aku berblog?
- apa aku dapat dengan berblog?
- ok ke aku berblog?

Tetapi... walau apapun...walau bagaimanapun....
jawapannya tetap kerana:
"MINAT" => ILMU & KEBAIKAN  serta PERSAHABATAN.




Kepada yang berkunjung, mengikut, membaca atau melihat aje... ribuan terima kasih diucapkan. Tanpa pengunjung dan followers,  SYIMAMA PAGE tentu kesunyian dan kurang semangat.

Mohon doa... keberkatan, kesejahteraan dan kebaikan kita berblog .... moga kita semua beroleh ilmu, rahmat dan nikmat dengannya.


Untuk itu, saya reka  SETEM KHAS   dengan 3 warna pilihan, khusus untuk semua.  Kepada pengunjung dan follower budiman .... 
silakan.. jangan segan2 untuk memilikinya 
(pilih mana suka!).

Harap semua sudi terima dan suka dengan hasil gubahan sy.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

11 Mei juga adalah tarikh lahir emak saya ...
mudahcara mengingati kedua2 tarikh.


Khusus untuk ibuku:

"SELAMAT HARI LAHIR IBUKU SAYANG"

~::* PN HJH KALTHUM *::~

 SEMOGA IBU DIKURNIAKAN UMUR YANG BERKAT, SIHAT SEJAHTERA, BERBAHAGIA DUNIA AKHIRAT. 

 Terima kasih dan halalkan serta ampun maaf atas segalanya.

serta ucapan:
~*** SELAMAT HARI IBU***~
(untuk semua ibu)

"sy = saya = k.syima = syimama = syimama page"




Selasa, Mei 03, 2011

INSYURANS SOSIAL

Pentingnya Insurans Sosial dalam Kejayaan Bisnes

(dipetik dari blog Pn Ainon Mohd)


Insurans sosial (social insurance) adalah polisi insurans yang sangat penting dalam dunia bisnes dan kerjaya.

Polisi insurans jenis ini tidak ada dijual oleh wakil2 takaful, TETAPI dapat 'dibeli'. Cara membelinya adalah dengan menanam budi di mana-mana kita berada.

Apabila kita memerlukan bantuan, mereka yang pernah menerima budi kita tidak akan membiarkan kita. Inilah yang diistilahkan sebagai insurans sosial.

Dalam dunia bisnes, ada idiom yang berbunyi 'kawan tolong kawan'.

Kawan-kawan kita adalah insurans sosial kita. Mereka adalah sumber bantuan yang lebih mahal harganya daripada pinjaman bank.

Tetapi tidak semua kawan akan membantu bisnes kita, hanya kawan-kawan yang pernah kita tolong sahaja yang akan membalas budi pertolongan kita itu.

GA 30th - SINGGAH ATON

Assalamualaikum.

GA ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE3O   
SINGGAH ATON  

TAHNIAH!  

Buat kak Aton dan suami serta keluarga sempena:
 ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 3O.  

Tiga puluh tahun bukan tempoh masa yang sedikit, tentu pelbagai kenangan pahit manis/susah senang telah ditempuhi bersama.  Tentu anak-anak telah dewasa menceria suasana keluarga.
Tapi yang mahal tu...fotonya masih kelihatan seperti baru lagi.

Semoga Kak Aton dan keluarga bahagia berkekalan, sihat sejahtera, aman damai...dan beroleh keberkatan dunia akhirat.

Terima kasih juga kerana menyediakan GA khas untuk kami followers dengan hadiah yang cun-cun..  Tentunya kak Aton bertungkus lumus menyiapkannya untuk kami.  TQVM




Isnin, Mei 02, 2011

PERANCANGAN HARI CUTI

Assalamualaikum..

Cuti 3 hari berturut-turut  (Wesak Day).. hai seronoknya... bukan selalu dapat cuti macamni.  Rancang nak balik kampung, maklumlah semenjak 2menjak ni jarang dapat balik kampung menjengok orang tua.

Lihatlah..keindahan, sawah hijau yang terbentang luas.

Sejak anak2 dah besar, macam kerenah anak merancang percutian.  Kita punya rancangan, mereka balik pun dengan rancangan sendiri. Ibubapa nak balik kampung, anak no1 nak dok rumah cuci kain (katanya...), anak ke2 tak dapat balik, anak ke3 nak duduk rumah  main game, anak ke4 nak pergi pameran buku (dah janji dengan kawan-kawan lama), cuma sikecil yang masih belum pandai merancang.

Anak padi dan bayangan daun kelapa.

Hai, kalau macamni bila masa kita boleh balik kampung....nak harap cuti hujung minggu lagi suntuk.  Kalau adapun terkejar-kejar,  nanti balik rumah je...terus nak urus balik asrama.

Sebagai ibubapa sesekali terpaksa menggunakan kuasa vito... anak2 kali ini kena ikut perancangan ibubapa.  Hari lain kita pertimbangkan rancangan anak, tapi kali ini semua orang kena ikut kata ibubapa.  Bukan selalu kita balik kampung ... sesekali je.

Lagipun kalau anak2 tak balik,  nanti nenek kat kampung akan tanya macam2... mana anak2, kenapa tak ikut, kenapa tak bawa bersama, kenapa tinggalkan di rumah,  tak suka jumpa nenek ke, tak boleh paksa ke...............ha, banyak soalan kena jawab tau!.

Jadi keputusan muktamad:  
ANAK-ANAK KENA IKUT PERANCANGAN IBUBAPA
 ... BALIK KAMPUNG.

Suasana mulanya memanglah tegang...masing-masing tunjuk muka masam.  Ma&abah "do no je".
Bila dah sampai kampung, singgah sana sini............barulah semua ceria.  Ha, berbaloikan balik kampung.  Lebih lagi bila balik ... nenek beri sedoler/2doler....senyum2 semua.

l
Foto2 ..... balik kampung kali ini .

 Si jaguh sedang posing

 Jagoh lagi....


 Buah cempedak...muda lagi


 Jambua air


Buah mengkudu


Pinang hiasan..masak ranum


 Tandan pinang 


Seronok memetik buah pingan .. boleh buat apa ya?




HANTARAN PERTUNANGAN - CIK SOLEHAH

Assalamualaikum.
(diitulis pd Jumaat, tetapi terlupu terbitkan....he3)

Al kisah hari ini Jumaat hari berkat.
Maka..hamba ingin menambil kesempatan yang ada dengan mempersembahkan tayangan gambar yang dipetik dari kisah..

~"~PERTUNANGAN CIK SOLEHAH~"~

Adapun diberitakan, pada hari tersebut (Ahad - 24/4/2011), sewaktu berlangsungnya majlis tersebut amat ramailah saudara mara datang berkunjung... meraikan majlis yang gilang gemilang.

Apapun, sekelumit dukacita pada perasaan hamba.. kerna "alat tangkap gambar" hamba tidak dapat hadir sama disebabkan ....(sapa pinjam ha?)
Oleh kerna itu maka...tayangan gambar hari ini agak kurang indah untuk ditatap.
Tetapi hamba telah me 'makeup' kannya, agar tidak jemu mata memandang.
Jeng..jeng..jeng!


# PERSEMBAHAN DARI SI TERUNA #

(tiada foto)
Tepak Sirih 


Cincin Pertunangan


Wang Hantaran


Sebakul Buahan

Sepasang Persalinan

Sepasang Telekung

Coklat Kegemaran

Wangi-wangian

Sirih Rampai

Gubahan Jelly

Gubahan Kain Tuala



# BALASAN  DARI SI DARA #

Sirih Junjung


Baju Melayu

Sebakul Buah-buahan


Apam Polkadot a.k.a Apam Dinosour

Bahulu Ikan Sekeluarga


Kitab n Sejadah

Manisan - Coklat

Acar Buah

Pulut n Rendang


Wangian

 Penjagaan Diri


Adapun diperkenalkan:

TERUNA DARA YANG SEDANG BERTUNANGAN
(maaf check!...mengupi je)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...