Sepanjang minggu ni merupakan hari-hari kurang selesa.
Apa tidaknya... aircond rosak. Dah dibaiki, tapi ok sekejap je.
Baiki...sejuk, lepas tu panas lagi, tak tau apa penyakitnya.
Dari 3 buah, sebuah sakit.. bila buat report, untuk dibaiki terpaksa tutup pula 2. Tinggal 1 je beroperasi.
Penatlah mesin satu tu nak sejukkan opis kami ni.. so yang duduk jauh kat belakang ni pastinya hangit.
Kebetulan awal minggu ni, cuaca kat luar redup je... sekejap2 hujan, maka cuaca didalam ni pun taklah begitu hangat. Tapi pertengahan minggu ni cuaca dah mula bertukar panas agak terik... apalagi hangitlah suasana dalam opis kami.
Hai..nasib baik orang dalam ni ramai yang berdarah sejuk dan berpeluh harum....jika tidak...alamat HARU BIRU DAN SEMERBAK LE.
Tapi .. klimeknya hari ni...Jumaat 13/10/2010.
Apabila jurupulih aircond datang membuat operasi penuh. Bukan main-main punya sakit, tenat rupanya, hingga terpaksa diangkat keluar. Yang lebih hebatnya, menjelang petang 3 mesin terpaksa ditutup semua.
Macam duduk dalam oven ... kononnya.
Macam duduk dalam oven ... kononnya.
Waduhhh... hebat juga operasi ni, bukan sebarang jadinya.
IKTIBAR PADA DIRI:
1. Bersabar
- seminggu panas, minggu lain semua selesa
2. Bersyukur dan jangan mengeluh.
- bayangkan pekerja diluar sana yang sentiasa terdedah dengan panas terik, tiada istilah sejuk sepanjang hari / minggu.
3. Peringatan
- panas di dunia hanya seketika dan boleh diatasi... insyaallah.
tetapi panas di akhirat....berganda2 kepanasannya dan tiada pengakhirannya jika tiada bekalan.
"MUHASABAH DIRI & SIAPSEDIA BEKALAN"
3 ulasan:
assalamualaikum...
singgah ziarah ke sini
waalaikum salam... tq singgah.
lama tak berhai2.
alhamdulillah...syukur kepada Allah. Hari2 hangit telah berlalu. Hemmm, nyamannya.
Catat Ulasan