foto ehsan google/utusan harian
Petang ini, Jumaat 21 Okt. 2011 - Hujan petang turun lebat, di luar kelihatan gelap, guruh dan angin.
Bila hujan petang, terutama menjelang waktu keluar pejabat begini... hati terasa cemas, maklumlah mengenangkan perjalanan balik yang menjangkau 27km dan bakal menempuh kawasan2 "merah" / "jam".
Pernah dulu sy terperangkap dalam kesesakan dari jam 4.45 petang dan sampai di rumah jam 9.30 malam. Waktu itu sy memandu bersama anak ke 2 (tadika dekat pejabat) dengan keadaan diri sarat mengandung 9 bulan.
Kebetulan tangki minyak penuh dan ada sedikit bekalan kuih dan air minum dalam kereta, tidaklah anak kelaparan. Bayangkan, jika keadaan sebaliknya, minyak kosong dan anak menangis kelaparan dengan keadaan diri boleh bersalin bila2 masa, "bagaimana jika tiba2 sakit ......... suspen". Cemas bila teringat.
Waktu tu tiada handphone (barang mewah ketika itu), bayangkan bagaimana hendak berhubung atau menghubungi. Sampai di rumah jam 9.30 malam dengan keletihan dan kelaparan Suami di rumah cemas menunggu, hantar utusan (adik) mencari dengan menunggang motorsikal...tapi tak lepas, terpaksa patah balik sebab hujan lebat dan banjir........so, terpaksa duduk menunggu dan bertawakkal saja. Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah dan 2 minggu selepas itu sy pun bersalin.
Sejak hari itu, minyak kereta akan diisi setiap kali meter menghampiri aras 1/4 tangki. Dan setiap kali hujan dalam perjalanan atau akan memulakan perjalanan, dalam hati tak lepas berdoa dengan penuh harapan,
"YA ALLAH, SEMOGA HUJAN INI MENJADI HUJAN RAHMAT, HUJAN NIKMAT DAN HUJAN BERKAT PENUH MANAFAAT, SEMOGA TURUNNYA SEKADAR MENCUKUPI DAN TIDAK MEMUDARATKAN, TIDAK MENYEBABKAN BANJIR ATAU JALAN SESAK"
AMIN!.
1 ulasan:
Salam syimama,
Kak ani pun kena jem semalam. Kami dalam perjalanan dari puncak alam nak balik ke Shah Alam, dari puncak alam lebih kurang pukul 9.30 malam tiba di Shah Alam 12.30 lebih kurang,
Sebahagian tempat di Batu 3 Shah Alam dah banjir dan jalan ditutup. Kesian orang yang kena banjir tu.
Catat Ulasan