Hari ini solat zohor agak lewat kerana menemankan cik Abe makan tengahari sebelum keluar semula meneruskan kerja. Sebelum Abe keluar sempat pesan "bang, jangan lupa tutup pintu pagar tu ya!". Lepas membye2 Abe, terus ke dapur berkemas dan buat susu untuk si Arif yang comel lote tu.
Kemudian siap untuk solat zohor kira2 jam 2.30 petang. Sedang bentang sejadah terdengar riuh2 kat belakang "hei, hei" (berkali-kali). Siapa pula yang jerit2 ni... tak pernah dengar budak2 gaduh bunyi camni. Keluar bilik, jenguk si Arif yang sedang minum susu...
"Eh, tak ada? "
Tengok keluar........Arif sedang terpaku sambil memegang grill.........mukanya pucat.
"Kenapa ni?".
"Ma..ada perompak masuk rumah sebelah, tadi dengar wan jerit-jerit".
"Betul ke?"
"Betul , dia dah lari naik motor:
foto hiasan dari google
Masuk dalam ambil tudung dan lari keluar, pergi ke rumah sebelah (rumah ustazah Izan, jiran sebelah kanan). Depan pagar dah ada 3 orang jiran lain... keadaan cemas dan penuh tanda tanya.
Keluar anak gadis ustazah sambil menangis ketakutan, diiringi neneknya (ibu ustazah).
Kisahnya:
Anak ustazah, Ahmad (9 tahun) balik dari kedai, disapa 2 orang mat motor. "ayah ada kat rumah tak?". "ayah kerja". Ahmad masuk ke rumah, mat motor ikut sekali, Nenek tak sedar ada orang masuk rumah, tetiba dah ada kat sebelah (nenek kurang pendengaran).
Mat motor terus acu parang ke perut anak dara sunti, mungkin bila tengok budak ni tiada barang kemas, maka dia terus tuju pada nenek pula. Dia acu parang ke leher nenek kemudian rebut cincin dijari. Nenek genggam tangan dan melawan sambil menjerit2... "hoi, ayoh kamu balik, ayoh balik".
Kebetulan waktu tu jiran sebelah kiri balik dan parking kereta depan rumahnya, mungkin mendengar bunyi enjin kereta berhenti, penyamun sangka tuan rumah balik... panik dan terus tolak nenek sampai jatuh, terus lari keluar.
Jiran sebelah kiri keluar kereta dan tengok 2 mat motor keluar dari rumah dengan selamber je .... macam tak salah. Dia sempat mengingati nombor motor....
Sebenarnya ustazah dan suami dalam perjalanan balik dan berada kira-kira hanya 2 km dari rumah dan sampai di rumah kira-kira 10 minit selepas itu. Selepas periksa rumah dan berbincang-bincang, mereka keluar buat repot polis.... tetapi sebagaimana yang telah diduga, nombor motor tu palsu.
2 minggu yang lepas di kaca TV ditayangkan rakaman CCT penyamun sedang menyamun seorang guru didepan rumah... rasa ngeri menyaksikannya walaupun hanya dalam TV. Tapi hari ini perkara hampir serupa berlaku di depan rumah.
Ya Allah ... lindungilah kami dari segala mala petaka.
5 ulasan:
takutkan....sekarang ni orang nk merompak macam2 cara..nasib baik dpt cincin je,lepas tu semuanya selamat.alhamdulillah..kalu ditikam,dh jadi kes pulak.
aduhh..kesiannya..kat nenek & cucunya tu..& takootkan kak skrg ni..semua tmpt bahaya..
ngeri mendegarnya perompak sekarang sdh maikin berani adik yg tgl di KL cerita kalau jiran ternampak dia merompak rmh jiran bkn perompak tu lari takut malah di tunjukkan parang kearah jiran yg memandang maksudnya kalau berani datanglah...
ya allah semua kita semua dlm peliharaan allah selalu..
Assalamualaikum
Noorsafone, Syarifah dan Azlina.
Terima kasih singgah... 2 hari ni sibuk sikit, tak berkesempatan berblog.. lagi pun tak tau kenapa, musim M datang menyerang.
Kisah penyamun aritu betul2 buat kami trauma... keluar kunci, masuk kunci..last2 ada lawak tu, dek kerana terlalu berjaga, tinggal kunci dipintu.
Semoga kita semua selamat dunia akhirat.
Entahhlah.. skarang ni mcm2 hal berlaku. Merompak suka2 derang jek. Menakutkan sungguh , kesian nenek dan cucu tu, mesti trauma dgn kejadian tu.. apa pun alhamdulillah mereka selamat....
Catat Ulasan