Berblog kerana minat - mengisi masa terluang, menulis, membaca, menambah ilmu dan bertukar2 idea sesama e-sahabat. Baik jadikan panduan, yang tak baik jadikan sempadan. Terima kasih kepada yang menyokong, memberi dan menerima.
Jumaat, Julai 08, 2011
KHUTBAH JUMAAT - MENDIDIK KELUARGA.
Assalamualaikum wb wt
Dah beberapa hari tidak berblog... terasa rindu pula.
Hari ini hari jumaat, penghulu segala hari. Kebetulan hari ini bercuti dan duduk rumah je, sebab hari ini juga hari mengambil report card anak-anak dan bawa balik dari asrama. Bolehlah menunaikan solat jumaat di surau di taman ni.
Sebenarnya surau di taman kami telah ditauliahkan untuk mendirikan solat jumaat semenjak 2 bulan lepas. Hari ini merupakan pertama kali saya berada di rumah pada hari jumaat semenjak ada solah jumaat ni, bermakna dapatlah mendengar khutbah dari rumah. Walaupun surau terletak berhampiran rumah, tetapi untuk pergi solat sekali rasanya agak kurang sesuai, disebabkan keadaan surau yang agak sempit... itupun khemah-khemah tambahan terpaksa didirikan bagi menampung bilangan jemaah yang boleh dikatakan ramai.
Dari rumah dapat mendengar khutbat jumaat dengan jelas. Khatib jemputan dari Jakim menyampaikan khutbah bertajuk "MENDIDIK KELUARGA'. Penyampaian yang sangat jelas dengan gaya bahasa yang mudah difahami, begitu menusuk jiwa.
Khutbah tentang peringatan kepada ibubapa pentingnya menjadi contoh terbaik kepada anak-anak. Mendidik dan mendedahkan anak isteri kepada ilmu agama sebagai panduan agar tidak sesat.
Khatib mengingatkan, setiap barangan atau alatan yang dibeli akan disertakan dengan "MANUAL" atau "LABEL" sebagai tunjuk cara pamasangan atau kandungan barang. Begitu juga dengan manusia, perlukan manual dan petunjuk cara menuju jalan yang benar.
Oleh itu bagi manusia, "AL-QURAN SEBAGAI MANUAL dan NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI CONTOH IKUTAN ATAU PETUNJUK CARA".
Setakat itu je yang dapat saya ingati dan tuliskan di sini ... memori tak dapat simpan banyak perkara la.
Alhamdulillah ... percutian saya hari ini tidak sia-sia dan telah diisi dengan satu ingatan yang sangat bermakna. Walaupun rasanya semua pendengar, pembaca dan saya juga telah maklum dengan peringatan ini, tetapi kekadang terleka membuat terlupa seketika...perlu diingatkan juga.
Semoga pesanan akan sentiasa tersemat dijiwa saya dan juga sekalian pendengar dan pembaca. Amin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan