Dikenali juga sbg KEK KUKUS MASAM MANIS
Dibuat khusus sebagai buah tangan ke rumah Kak Long, ahad minggu lepas sempena pertunangan anaknya. Sebenarnya sy rasa tak begitu menjadi, ...malu nak tayang. Tapi tak sangka ada kawan kata sedap sangat ... "10 bintang" katanya.... wah..kembang ekor kuching dibuatnya.
Oleh kerana sedap dan ada yang berhajatkan resipinya, sy perturunkan disini...resipi yang sy dapat dari blog dZana dari k.fida.. terima kasih e-sahabatku.
sy guna hawflakes 4segi (agak tebal)
sebab tu kek jadi macam kek lapis jem
- 5 biji telur - grade A yg sejuk (dr peti ais)
- 1 cawan gula halus
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sk rata baking powder * (tidak perlu jika guna tepung naik sendiri)
- 1 sudu besar ovalette
- 150 ml susu cair
- 1/2 sudu kecil garam
- 100 ml minyak jagung/masak
- 1 sudu kecil esen vanilla
- pewarna - ikut suka
- secukup hawflakes (asam duit-duit)
CARANYA;
- Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
- Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati. Bahagi 2 adunan dan warnakan ikut kegemaran (sy guna hijau, putih saja)
- Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Masukkan 3 senduk untuk setiap lapisan dan susun hawflakes secukupnya dipermukaan, kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
- Buat hingga habis lapisan seterusnya berselang seli warna. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya. Lapisan terakhir susun hawflakes jika suka..
- Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.
- Untuk membuat kek lapis perisa choc dan choc chip...adunan dibahagi dua dan bubuh 2 sb serbuk koko yang dicampur air atau 2 sk choc paste pada 1 bahagian adunan.Tabur choc chip pd lapisan putih ketika mengukus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan