Berblog kerana minat - mengisi masa terluang, menulis, membaca, menambah ilmu dan bertukar2 idea sesama e-sahabat. Baik jadikan panduan, yang tak baik jadikan sempadan. Terima kasih kepada yang menyokong, memberi dan menerima.
Isnin, April 11, 2011
JAMBU AIR
Pagi semalam balik dari ambil anak.... parking kereta depan rumah, ternampak pokok jambu air rumah jiran depan (rumah kak Liza). Jambu air sedang lebat berbuah. Menggoda pandangan .... apa lagi sy pun "snap". Walaupun kak Liza dah berpesan supaya memetiknya.... tapi belum berkeinginan lagi. Tunggulah nanti bila teringin baru kita petik. Terima kasih atas pelawaan.
Teringat masa kecil-kecil dulu kat kampung.. bila jambu air tengah lebat berbuah camni.. dengan kawan2 lawan panjat. Cari yang betul2 merah, kita lawan makan buah ditangkai, tanpa dipetik.. siapa berjaya menghabiskan buah tanpa jatuh....dialah pemenang (macam kelawar makan). Menang bukan dapat hadiah pun..seronok2 je.
Bila mak nampak, apa lagi.. marahlah mak "tak boleh makan macam tu, tak baik... makan macam kelawar". He he he... nakalnya sy jam tu........tapi itu dulu, zaman kanak-kanak.
Dah dewasa, baru tahu...makan camtu hukumnya makruh, kurang adap kerana makan menyerupai haiwan. Patutlah omak den larang... sebab tu wahai anak2, bila orang tua larang... tentu ada sebabnya. Jangan melawan omak. BERDOSA.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
amboiii..cantiknya buah jambu tu....
geramm tengok..
cicah ngan sambal rojak sedappp ni....
ya la..sambal tu biar pedas sikit .. baru kaw.
Catat Ulasan