Iklan

Jumaat, Disember 23, 2011

CAMERON HIGHLANDS - APARTMENT MARDI (PART 2)

Dari : Part 1

Apartment MARDI

Allhamdulillah.  Jam 11:00 pagi kami pun sampai di Tanah Rata dan terus ke Apt. Mardi.  Cantik bangunannya dan kelihatan masih baru.  Ketibaan kami disambut mesra oleh staf Mardi yang bertugas En. Hamid.


Sebaik masuk rumah je, hujan turun dengan lebatnya ... walau bagaimanapun, alhamdulillah kerana kami telah  selamat sampai.


Bilik utama                                              Bilik kedua dan ketiga 









 Dapur                        Ruang tamu









Pemandangan dari beranda apatmen ..sejuk dan nyaman.

Selain rumah jenis aparment, Mardi juga ada menyediakan rumah jenis teres, tetapi hanya mempunyai 2 bilik dan hanya ada pantri kecil.  Sesuai jika membawa ibubapa yang telah tua (tak larat naik tangga). Bagaimanapun semua ni tergantung mengikut kekosongan (kata En Hamid).




 Bilik Utama                        Bilik Kedua

Okey sangat ... selesa dan harga sangat berpatutan ... hanya RM200 dan RM250 saja.
Kalau kengkawan berhajat bolehlah hubungi Apt Mardi Cameron Highlands.

bersambung : part 3



Khamis, Disember 22, 2011

CAMERON HIGHLAND - PERCUTIAN TIDAK DIRANCANG (PART 1)

Percutian yang tiada dalam perancangan.  Mulanya saja2 membelek-belak FB kawan-kawan dengan foto percutian mereka. Ada ke luar negara dan ada yang ke luar negeri.

Tiba-tiba terpandang foto kawan bercuti ke Cameron Highlands... wah cantiknya.  Kebetulan si Arif  ada menonton sama, apa lagi dia terus memujuk abah pergi Cameron hari Sabtu (17 dis. 2011) tinggal 3 hari lagi (Rabu).  Padahal masa dah terlalu suntuk, musim cuti camni penginapan tentu penuh. Tapi demi menunaikan hajat orang yang baru baik khatan, kami  janji akan usahakan.

Sy pun apa lagi terus menerokai alam maya "search Cameron Highlands" ... mencari penginapan bajet sederhana khusus untuk muslim.  Hotel penuh, homestay penuh ... kalau adapun tinggal yang mahal-mahal.  Takpe usaha lagi ... terbaca blog seseorang bercerita tentang Apt. Mardi di Cameron Highlands.  Apalagi terus kontek ... hampa "maaf dah penuh".

Malam balik solat isyak, Abe bercerita dengan jiran sebelah, tiba-tiba dia beri nombor telefon staf Mardi yang bertugas di sana.  Tak lengah lagi, pagi khamis terus telefon.  "Hampa"   jawapannya.....tapi takpe,  dia janji akan usahakan, jika ada kekosongan akan diberitahu.  Kami pun tunggu dengan penuh sabar.  Pada anak2 sy beritahu: "Jangan terlalu mengharap.  Jika dapat penginapan kita pergi, jika tidak.... kita pergi lain kali.... lagipun dah banyak kali pergi".


Hari Jumaat penuh berkat, terima call dari Cameron Highlands ... ada seunit apt. kosong.  Apt Mardi 3 bilik sewa RM200.00 ................Alhamdulillah.  Harga amat berpatutan, rezeki kami semua.

Pagi Sabtu, selepas solat subuh, kami bertolak ... perjalanan santai.  Singgah minum pagi di sebuah gerai di kaki bukit berhampiran pekan Tapah.  Cuaca redup je, maklum tengah musim hujan.  Sambil menyaksikan keindahan alam ... menerangkan dan menunjuk pada Arif yang sibuk bertanya itu ini (budak baru nak besar, dulu pergi kecil lagi, tak berapa faham).  Abe memandu santai, apa tidaknya bas sekolah berada didepan.




Suasana di kiri kanan sepanjang perjalanan ke Cameron Highlands.

Sambung di part 2



Ahad, Disember 11, 2011

PUDING ROTI MARBLE


Malam tadi gerhana bulan.. 
macam-macam pula ada dalam perasaan ni.
Ditambah pula dengan cuaca yang agak suram dan  berangin.

Masa cuti-cuti camni kalau hati ceria tentu macam-macam boleh buat, 
tapi bila hati tengah suram....semua serba tak menjadi.
  • nak berkemas, rasa malas ....nak rehat je rasanya.
  • nak keluar jalan-jalan, takde mood.... takde hati pula.
  • nak tidor ... rasa tak mengantuk.
  • nak makan .... rasa dah kenyang, masak dah masak, makan dah makan
  • nak tengok tv... takde rancangan yang menarik hati
  • telefon mak...dah sudah, dengar cerita baru balik hantar pengantin sepupu ke Melaka
  • nak sembang dengan Abe... ala diapun dah tidok.
Akhirnya.........baik ke dapur, tengok apa boleh buat.
Belek2 resepi, jumpa resepi lama, entah dari blog mana, lupa catit pula....kira bolehlah, bahan semua ada.



PUDING ROTI MARBLE

Bahannya;
  • 4 keping roti 
  • 2 biji telur
  • 1/2 peket agar2 tali / 10gm agar2 serbuk
  • 3 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 2 cmb mentega
  • 2 cmb serbuk koko (bancuh dengan 2 cmb air panas)
  • 1 cmt vanila

Caranya.
  • masak agar2 dengan 3 cawan air (hingga larut)
  • masukkan gula
  • siat2 roti, masuk dalam blander bersama telur, susu cair, susu pekat, vanila dan 1/2 cawan air
  • kisar hingga halus tuang dalam agar2 (sebaiknya ditapis)
  • kacau perlahan2, kecilkan sedikit api, biar hingga mendidih.
  • tutup api, bahagikan adunan kepada 2 
  • 1 bahagian warna asal dan 1 bahagian campur dengan koko
  • senduk ke dalam loyag secara berselang seli, warna coklat dan asli.
  • biar sejuk sebentar, kemudian sejukkan didalam peti sejuk.
  • setelah benar2 sejuk, barulah dipotong untuk dihidang.
Hemmm.. esok boleh makan2 kat opis dengan kengkawan.
Terima kasih kepada tuan punya resepi (maaf tidak pasti ...)


hahhh, dah siap buat, dah siap siar dan dah mengantuk pun.  
Bolehlah tidur nyenyak......jumpa lagi

Assalamualaikum.




Isnin, Disember 05, 2011

SUNAT BERAMAI-RAMAI

Musim cuti sekolah hujung tahun begini paling banyak majlis perkahwinan dan majlis berkhatan.  Musim ini taman kami julung-julung kalinya telah mengadakan majlis berkhatan beramai-ramai.

Majlis berkhatan ni anjuran Surau Al Ikhlas dan  mendapat kerjasama dari team doktor perubatan Hospital Tuanku Mizan (ATM).



Majlis telah diadakan pada 3 Disember 2011 bersamaan hari Sabtu di surau Al Ikhlas taman perumahan kami.  Asalnya ramai yang mendaftar,  tetapi mungkin disebabkan cuti sekolah banyak aktiviti lain atau ada anak2 yang masih belum bersedia, maka akhirnya tinggal 11 orang sahaja.  Walau bagaimanapun majlis berjalan lancar dan meriah.

Anak bungsu kami Muhammad Arif Aiman adalah salah seorang pesertanya.  Syabas anakku ... walaupun pada mulanya dia tidak bersedia: "APALAH PAKSA2 .. ORANG BELUM BERSEDIA".  Tetapi bila tengok sahabat2nya turut serta ... diapun bersedia... "OKEYLAH"

Majlis bertambah meriah dengan kehadiran penduduk taman dan para saudara mara.  Hidangan minuman pagi yang sediakan, nasi lemak dan pelbagai kuih muih sumbangan ahli kariah.

Bertambah besar hati kami apabila mendapat penaja makan tengahari "NASI BERIANI DAN LAUK PAUK LAZAT".  Terima kasih daun keladi ......

TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT:
  • - AJK SURAU AL-IKHLAS
  • - TEAM PERUBATAN HOSPITAL TUANKU MIZAN
  • - PESERTA DAN IBUBAPA
  • - PENAJA DAN PENYUMBANG
  • - KUMPULAN KOMPANG
  • - PENDUDUK TAMAN YANG MEMBERI KERJASAMA
  • - SAUDARA MARA YANG HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS.
Semoga majlis akan berterusan ditahun2 akan datang.

Mendaftarkan no. cabutan  berkhatan
- Muhammad Arif Aiman No. 1


Dr Zakaria menyampaikan cenderahati kepada peserta khatan
* Muhammad Azfar Zakaria (anak ayah tu...)

* Muhammad Arif Aiman Abdullah Sani (eh.. anak mama)

Bersedia untuk diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar.  
Mak bapak pun takmau ketinggalan, nak turut serta berarak.

Bergambar di bawah banner khatan - sebagai bukti.

Selepas diarak mandi pula dengan pancutan 'water jet'
Sorry ya anak-anak ... bomba tak dapat datang, maklumlah semalam Kajang banjir.

Sejuk tu...sebab pagi lagi,  walaupun air pancut tak sebesar mana.

Pasukan kompang yang memeriahkan suasana

Saudara maraku - bersarapan pagi

Menjamu selera - sahabat handai yang bertungkus lumus

AJK dan ibubapa tidak ketinggalan bersarapan bersama.

Dah mandi.. tukar pakaian dan berkain pelikat 

Berfoto 10 orang je .. mana sorang lagi?

11 orang peserta bergambar kenang-kenangan

Duduk sini semua!

Mendengar taklimat berkhatan dari Dr Zakaria

Apa agaknya Dr cakap ya ... macam2 riaksi.

Sebelum tu.. kena telan ubat dulu "penenang"
- aduh, payahnya nak telan pil ni, tak mau masuk la.....

2 bilik khatan disediakan - Bilik perubatan kreatif

Kelihatan seperti bilik perubatan tentera di Somalia 

t
Kelengkapan khatan dan ubat-ubatan

Peserta pertama dan kedua sedang menunggu giliran  ... 
suspen, telan air pun susah.

Peraduan sedang menunggu...........

Tengok tu... tak senang duduk menunggu.

Ibu menunggu diluar bilik dengan tenang.

 
Peserta pertama dah keluar ... Abang Zul tolong gantung kain.

Arif Aiman - sejuk kaki tangan ... takut. 
Lepas sunat, masing-masing dapat semangkok anggur.

Ahmad Fathi; hebat...boleh tersenyum lagi

Masing-masing sedang mengenang nasib.

Ibuku & aku .. bertafakur sejenak.

Arfan ..  paling muda 7 tahun .. jam ni masih tenang.
10 minit lepas tu .... bila dah hilang kebas .. hujan (teresak-esak)

Aqil Razin ... datang dari jauh (Rawang)
Sebelum subuh dah bertolak dari rumah ... syabas.

Dah sampai rumah.. Arif dapat hadiah PS2 dari abah
(hadiah sunat, ganti  yang lama dah rosak)

Senyum ... dapat penawar luka.

Bergame jelah sepanjang pantang ni .... 
Semoga cepat sembuh ya anakku dan semua yang berkhatan.
Selamat menempuh alam kedewasaan, semoga  jadi anak soleh yang berjaya cemerlang dunia akhirat.
AMIN.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...