Iklan

Jumaat, April 08, 2011

HAPPY BIRTHDAY

Assalamualaikum.

HAPPY BIRTHDAY
"baby boy & baby girl"

Hari ini Jumaat  8 April 2011, kami satu pejabat sarapan pagi bersama-sama. Satu majlis kecil diadakan sempena menyambut hari lahir  SAHABAT-SAHABAT yang lahir dibulan Januari, Februari dan Mac. 

Majlis minum pagi ringkas dengan menu ringkas juga.
Nasi berlauk bungkus dan air teh /teh O panas.
(terlupa nak snap gambar... sory geng!)

Yang pasti ditunggu-tunggu... tentunya "birthday cake"
Nah ini dia 2 biji "BLUEBERRY CHEESE CAKE"
(d'order pd Mrs Tn Hj Yaacob)



"BLUEBERRY CHEESE CAKE".. besar punya.



Dan untuk menu meriah, sudah semestinya ...
"POTLUCK"

 triwul ayu

agar-agar santan

 sandwich sardin bakar 

 kek oren

 wadee & lodeh

 seri muka

bubur jagung

 triffle

 karipap

 keropok

dan ada lagi beberapa hidangan yang termiss ...
(sorry tak sempat ... takut ketinggalan)



Ada 9 orang yang diraikan untuk  kali ini.
"6 baby boy & 3 baby girl"
 
 Nak tau...inilah dia "3 baby girl" yang come2 tu... 
tak sabo kami menunggu 2 kek tuuuuu.....


 3 baby girl posing lagi dengan plastik nasi berlauk bungkus........... tapi mana baby boynya?  Baby boy  pemalu belaka.


 Yang ni... aksi apa lak tu, sorang cam nak bersilat, sorang lagi cam demam je...


 Mengaminkan doa
Macam2 gaye nye..khusuk, menung & cam ngantuk pun ada (sory boss..macam je)
Maklumlah....majlis subuh sapie katakan.


Huuu... best rebut2 camni, cepat-cepat..lambat nanti tak rase!

TQ pada semua ahli BKCICT
jumpa lagi d'majlis akan datang...........

Rabu, April 06, 2011

BUNGA RAYA


Spesis Bunga Raya

















Isnin, April 04, 2011

HARI TERBUKA UNITEN


Hari terbuka UNITEN


Anak teruna sy menyertai rombongan sekolah ke hari terbuka Uniten. Rahsia terbuka bila  ma&pa nampak gambarnya tersiar di akhbar HARIAN METRO (28 Mac 2011 - Isnin).

Harapan ma  lawatan ke Uniten dapat membakar semangat dan kesungguhan AZIB & THE GENG  untuk menghadapi SPM tahun ini.

Semoga semua berjaya cemerlang dunia akhirat.


Rabu, Mac 30, 2011

ASAM KELUBI





Buah asam kelubi / asam paya dari kedah.

Dulu sy selalu tengok buah ni bentuknya agak bujur dengan bau yang harum......(kecor air liur tengok... teringat jeruk kelubi kat kedai ), tetapi yang ini agak bulat dan kulit licin serta tak berbau... tapi isinya tetap masemmmmmmmmmmm...mungkin kelubi dari spisis berbeza.



Buah ni bergugus-gugus, .. tapi yang ni dah dipetik dari gugusannya.

Nak info lebih lanjut tentang kelubi ni, boleh baca blog ni asam kelubi






Jumaat, Mac 25, 2011

ORKID KOTA PINDAH KE DESA




Dulunya orkid ni berada dikota, tapi oleh kerana tiada tempat untuk bertapak,  orkid ni terpaksa dipindahkan ke kampung.

Di kampung paling sesuai.. dan orkid2 ni akan bertemu tuan baru yang memang   menggemarinya dan kawasan yang selesa...walaupun ada yang  hanya  tergantung didahan pokok limau.

Balik kampung kali ini, sy hanya disambut dengan sekuntum bunga orkid sahaja.


Kira oklah tu... sekuntum pun,  daripada tak berbunga langsung.
"Balik bulan depan, orkid berbunga  lebat2 ya!".

Khamis, Mac 24, 2011

KEBAKARAN




KRINGGGGGGGGGGG......loceng kebakaran berbunyi panjang.

Kebakaran............lari, lariiiiiiiiii semua selamatkan diri.
Apalagi, kami semua lari keluar tinggalkan semua barang, kecuali yang tercapai dek tangan.

Semua berbaris, semak nama staf... yang ada dan yang tidak ada.. serah kepada pegawai keselamatan. Dari jauh kedengaran siren kereta bomba.. turun ahli bomba dengan peralatan.


"Sudahkah anda menutup komputer, suiz dan punca api?"
"Adakah anda membawa keluar barangan berharga anda?"
"Ini adalah  LATIHAN KEBAKARAN".  Terang seorang Pegawai Bomba.

Berbaris didataran ... mendengar keterangan 'LANGKAH KESELAMATAN KETIKA KEBAKARAN".


"SEBAHAGIAN PESANAN KESELAMATAN YANG MASIH INGAT"

Apa perlu dilakukan apabila berlaku kebakaran.
- tutup semua punca api
- cuba padam kebakaran dengan alat pemadam api (jika api kecil)
- selamatkan diri segera (jika api besar)
- bawa barang berharga.... "jika sempat"
Cara menyalamatkan diri
- cari jalan keluar segera
- maklumkan kepada bomba/kawan kedudukan anda
- guna tangga jika bangunan bertingkat
- merangkak jika kawasan berasap

Cara memadam api yang melekat dibadan.
- tutup muka dengan tangan
- berguling dilantai untuk memadamkan api
(jangan berlari kerana angin akan menambah api marak)
- dapatkan bantuan seterusnya



Lari..laju sikit!
Hai.. gelak2, cam tak takut je...

Siapa yang tiada.......
Latihan yang kurang memuaskan... tak real la!








tiba-tiba ada lintas hormat kat atas tu....dengan asap hijau.








demonstrasi memadam kebakaran, kena pakai set keselamatan
- pakai jeket kalis api, topi dan sarung tangan


yang ni, jenis ABC (debu kering), berat 9kg...larat ke?

Firewomen ni...




Ahli bomba ni.. belum ada yang terbakar dah bersedia..


ini bukan demonstrasi memadam dari udara tau...
kebetulan ada sesi latihan lintas hormat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...