2 November 2011
Dah 3 hari berturut-turut sakit kepala ni... Nak ambil cuti sakit, terasa malas nak jumpa doktor. Sebabnya ubat tahan sakit ada banyak lagi. Tapi bila 3 hari masih macam tu juga.... terpaksalah mengadap tuan doktor, mengadu apa yang sepatutnya... harap tiada yang luar biasa. Tujuan utama tu, lepas tu nak makan ubat dan nak berehat di rumah. Semoga esok kembali pulih.
Belum sempat jumpa tuan doktor, tiba-tiba terima berita yang mencemaskan "HAMIDAH KEMALANGAN...KOMA...DI HOSPITAL SG BULUH". Dia ni anak Kak Long suamiku di Meru Kelang, pelajar Unisel tahun 3. Kami tidak tahu kemalangan berhampiran rumah atau di Unisel.
Masyaallah..... selepas jumpa doktor, dapat cuti sakit... tapi waktu tu dah hilang rasa sakit dek rasa cemas dan keinginan mengetahui keadaan sebenar. Bersama suami, terus berkejar ke Hospital Sg Buluh.
Sampai di sana jam 1:00 tengahari, kami terus ke wad kecemasan di tingkat 3. Ramai pelawat menunggu giliran diluar ICU. Ada di situ, Angah (kakak Hamidah) dan 2 orang anak saudara, 2 orang pensyarah dan kawan2 kelas ... (kak long dalam perjalan lagi). Kami menunggu giliran masuk, hanya 2 orang pelawat dibenarkan sekali masuk.
Kami berdua masuk..tangan kena sapu cecair pembasmi kuman....masyaallah, di dalam wad ICU semuanya tidak sedar ... kami terus menuju katil 5. Midah tidak sedar diri.... dengan bantuan pernafasan dan penuh dengan berbagai-bagai wayar di badan. Kepalanya berbalut. Dalam pada itu 2 orang jururawat sedang mengemaskan Midah... cabut tube dan wayar2. Kami sempat bertanya "kenapa?" ........... Midah hanya luka di kepala dan dia dalam proses dihantar ke bilik bedah untuk menjalani pembedahan untuk kali ke 2. Menurut jururawat lagi, pembedahan pertama malam tadi, membuang darah dalam kepala dan kali ke 2 kerana ada cairan, ditakuti mengalir ke otak. Saya hanya sempat memegang tangan dan kaki sambil memanggil namanya sekali dua dan terpaksa keluar kerana memberi laluan kepada yang sedang menunggu memandangkan sebentar lagi Midah akan ditolak ke bilik bedah.
Sebenarnya Hamidah kemalangan petang semalam. Menaiki motor bersendirian dan terlanggar lembu melintas....sewaktu hujan lebat. Dia dalam perjalanan dari Unisel ke Kelang. Menurut mereka kejadian jam 7.30 malam, tapi keluarga hanya dapat berita jam 11.00 malam bila polis datang ke rumah beritahu Hamidah di hospital. Mungkin proses mengenal pasti mangsa kemalangan menyebabkan kelewatan berita sampai, lebih-lebih lagi handphone Hamidah tidak ditemui sewaktu kemalangan tersebut. Adanya telepon mudah untuk menghubungi keluarga.
Tidak tahu siapa yang menjumpainya, kerana orang tersebut menghantarnya ke klinik Ijok dan pihak klinik Ijok yang menghantar ke hospital Sg Buluh.
Hamidah seorang anak yang agak lasak, ceria dan suka menyakat sepupu dan anak buah yang masih kecil. Selalu buat suasana riuh rendah dengan gelagatnya. Tapi sekarang dia diam, senyap sunyi.
Kepada keluarga Kak Long, semoga sabar dan tabah. Sama-sama kita berdoa semoga Allah permudahkan urusan Hamidah, dikurniakan kesembuhan dan kesabaran. Amin
Berblog kerana minat - mengisi masa terluang, menulis, membaca, menambah ilmu dan bertukar2 idea sesama e-sahabat. Baik jadikan panduan, yang tak baik jadikan sempadan. Terima kasih kepada yang menyokong, memberi dan menerima.
Khamis, November 03, 2011
Isnin, Oktober 31, 2011
BERITA DARI TANAH SUCI - INNALILLAH
30 Oktober 2011 bersamaan hari Ahad, duduk bersantai selepas selesai solat subuh sambil menonton "Anda Muskil" di TV.
Tiba-tiba telefon rumah berdering-dering, berlari ke tingkat atas menyambut panggilan tapi tidak sempat dah berhenti. Tengok nombor yang tertera, nombor yang tidak dapat dikenali. Suamiku kata salah nombor agaknya, sebab nombor telefon rumah hanya untuk saudara mara terdekat sahaja. Aku pun turun semula menyambung aktiviti.
Tidak lama selepas itu, telefon berbunyi semula. Suami pula berkejar naik, tetapi bila disambut tiada suara. Hati mula terasa tidak sedap, terus ambil handphone pula... mana tahu ada orang nak buat panggilan.
Betul sangkaan kami. hp berbunyi...adikku "Yang" buat panggilan rupanya.
"Kak, ada perkhabaran dari Tanah Suci, Bokde Jah meninggal di sana. Anak aruah call mak sebelum subuh. Dia jatuh dan terus meninggal". Yang terus menceritakan perkhabaran sebagaimana yang diterima.
"INNALILLAHI WAINNAILAIHI RAAJIUN"
Baru semalam, Sabtu 29 Oktober 2011 mak saudaraku Pn Khadijah Hj Wahab (kami panggil Bokde Jah) berangkat ke Mekah bersama anak dan menantunya dalam keadaan sihat. Malam sebelum berangkat aku membuat panggilan pada Abang Ismail (anak Bokde Jah), hati memang teringin bercakap dengan Bokde Jah, tapi mengenangkan mungkin dia nak berehat dan tenangkan fikiran, maklum esok akan berangkat, membuat aku membatalkan hasrat untuk bercakap dengannya dan hanya berkirim salam dan mengucapkan selamat jalan semoga mendapat haji mabrur.
Bertahun-tahun dia menunggu panggilan haji, tapi masih belum sampai masanya. Masih teringat kata-kata Bokde Jah kepada ku sewaktu aku hendak menunaikan haji dahulu...yang membuat aku terharu... "Bokde Jah ni entah bila dapat pergi haji.. entah sempat entah tidak. Nanti doakan moga Bokde dapat pergi juga ya".
Hari raya tempohari dengan gembira dia beritahu kami, yang dia akan berangkat ke Tanah Suci musim ini dan katanya; "DOAKAN BOKDE SIHAT DAN DAPAT BUAT HAJI MABRUR YA".
Tahun ini sampailah panggilan haji Bokde Jah. Rupa-rupanya perginya menyahuh 2 panggilan "Panggilan Haji dan Panggilan Ajal". Sudah suratan dan ketentuan dari Allah. Sebagai manusia biasa kita akur dan hanya berdoa serta mengharap dikurniakan segala yang terbaik dariNya.
Menurut kata emakku, sampai di sana Bokde Jah terjatuh, dikejarkan ke hospital dan terus meninggal. Anak2nya tentu begitu kehilangan. Emak ku juga kehilangan kakak yang baik dan spoting, tempat bercerita dan mencurah rasa. Tentu mak terasa begitu sayu. Kami pula kehilangan ibu saudara yang amat dikasihi. Teringat kata-kata dan kemesraannya, senyumannya dan masakannya.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama para solehin. AMIN.
AL-FATEHAH

Sabtu, Oktober 29, 2011
TEKNIK MUDAH PERENGGAN: TEMA PILIHAN CIKGU NAZIR ( BM KERTAS 1 SPM 2011)
Petang ni membelek2 fb kawan, terbaca artikel sisipan dari blog Cikgu Nazir. Untuk itu, tidak mahu ketinggalan, terus share bagi calon-calon SPM tahun 2011, khususnya anakku Azib.
TEKNIK MUDAH PERENGGAN: TEMA PILIHAN CIKGU NAZIR ( BM KERTAS 1 SPM 2011):
BIL TEMA ARAH SOALAN 1 GEJALA BULI Punca / langkah 2.
Semoga sisipan ini dapat membantu dan ucapan terima kasih buat yang berusaha;
tuan punya blog. http://teknikmudahperenggan.blogspot.com

Sabtu, Oktober 22, 2011
HUJAN RIBUT, PETIR SABUNG MENYABUNG - PART 1
foto ehsan google/utusan harian
Petang ini, Jumaat 21 Okt. 2011 - Hujan petang turun lebat, di luar kelihatan gelap, guruh dan angin.
Bila hujan petang, terutama menjelang waktu keluar pejabat begini... hati terasa cemas, maklumlah mengenangkan perjalanan balik yang menjangkau 27km dan bakal menempuh kawasan2 "merah" / "jam".
Pernah dulu sy terperangkap dalam kesesakan dari jam 4.45 petang dan sampai di rumah jam 9.30 malam. Waktu itu sy memandu bersama anak ke 2 (tadika dekat pejabat) dengan keadaan diri sarat mengandung 9 bulan.
Kebetulan tangki minyak penuh dan ada sedikit bekalan kuih dan air minum dalam kereta, tidaklah anak kelaparan. Bayangkan, jika keadaan sebaliknya, minyak kosong dan anak menangis kelaparan dengan keadaan diri boleh bersalin bila2 masa, "bagaimana jika tiba2 sakit ......... suspen". Cemas bila teringat.
Waktu tu tiada handphone (barang mewah ketika itu), bayangkan bagaimana hendak berhubung atau menghubungi. Sampai di rumah jam 9.30 malam dengan keletihan dan kelaparan Suami di rumah cemas menunggu, hantar utusan (adik) mencari dengan menunggang motorsikal...tapi tak lepas, terpaksa patah balik sebab hujan lebat dan banjir........so, terpaksa duduk menunggu dan bertawakkal saja. Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah dan 2 minggu selepas itu sy pun bersalin.
Sejak hari itu, minyak kereta akan diisi setiap kali meter menghampiri aras 1/4 tangki. Dan setiap kali hujan dalam perjalanan atau akan memulakan perjalanan, dalam hati tak lepas berdoa dengan penuh harapan,
"YA ALLAH, SEMOGA HUJAN INI MENJADI HUJAN RAHMAT, HUJAN NIKMAT DAN HUJAN BERKAT PENUH MANAFAAT, SEMOGA TURUNNYA SEKADAR MENCUKUPI DAN TIDAK MEMUDARATKAN, TIDAK MENYEBABKAN BANJIR ATAU JALAN SESAK"
AMIN!.
Rabu, Oktober 19, 2011
KEMBAR LAIN TAHUN?
Soalan yang sering dikemukakan.
Soalan: Eh, adik berdua ni kembar ke?
Jawapan: Kami kembar lain tahun.
Soalan : Macamana maksudnya?
Jawapan: Saya lahir Oktober 1994, adik saya lahir Oktober 1995
- so.. KEMBAR LAIN TAHUN la tu namanya.
Soalan yang tidak dapat dijawab : D > ketentuanNya.
Soalan: Eh, adik berdua ni kembar ke?
Jawapan: Kami kembar lain tahun.
Soalan : Macamana maksudnya?
Jawapan: Saya lahir Oktober 1994, adik saya lahir Oktober 1995
- so.. KEMBAR LAIN TAHUN la tu namanya.
Lihatlah 2 beradik kembar lain tahun ni...control macho konon.
- Kenapa sorang cerah sorang lagi gelap?
- Kenapa sorang hidung mancung sorang hidung kembang?
- Kenapa sorang tinggi sorang rendah?
Antara gelaran / panggilan :
- kembar lain tahun
- kembar tak seiras
- Myanmar v/s Nepal
ada2 aje peel 2 orang ni...
Walau apapun, mereka tetap:
- AZIB & AFIF
- abang & adik
- sama sekolah.
Anak-anak sibuk dengan aktiviti "silangkata" yang disediakan,
sementara menunggu hidangan...tidaklah bosan.
Hari miinggu yang lepas, pertengahan Oktober merupakan minggu kelahiran mereka. Kebetulan keduanya balik, dapatlah kami sekeluarga meraikan hari lahir mereka ... sekadar makan malam seadanya.
Wahai anak-anakku, mama dah bertemu resipi "KEK COKLAT MOIST" yang lazat dan bersesuaian dengan tahap kemampuan mama menyediakannya...MUDAH, RINGKAS DAN SEDAPPPPP.
.........................
Maka, untuk kali ini tempahan kek hari jadi adalah hasil 'MAMA SDN BHD'
Garenti sedap dan jimat.....he, he, he..........
"HAPPY BIRTHDAY AZIB & AFIF"
~:: Semoga jadi anak soleh, sihat sejahtera dan berjaya cemerlang dunia akhirat ::~
Sabtu, Oktober 15, 2011
HARI-HARI YANG HANGIT
Sepanjang minggu ni merupakan hari-hari kurang selesa.
Apa tidaknya... aircond rosak. Dah dibaiki, tapi ok sekejap je.
Baiki...sejuk, lepas tu panas lagi, tak tau apa penyakitnya.
Dari 3 buah, sebuah sakit.. bila buat report, untuk dibaiki terpaksa tutup pula 2. Tinggal 1 je beroperasi.
Penatlah mesin satu tu nak sejukkan opis kami ni.. so yang duduk jauh kat belakang ni pastinya hangit.
Kebetulan awal minggu ni, cuaca kat luar redup je... sekejap2 hujan, maka cuaca didalam ni pun taklah begitu hangat. Tapi pertengahan minggu ni cuaca dah mula bertukar panas agak terik... apalagi hangitlah suasana dalam opis kami.
Hai..nasib baik orang dalam ni ramai yang berdarah sejuk dan berpeluh harum....jika tidak...alamat HARU BIRU DAN SEMERBAK LE.
Tapi .. klimeknya hari ni...Jumaat 13/10/2010.
Apabila jurupulih aircond datang membuat operasi penuh. Bukan main-main punya sakit, tenat rupanya, hingga terpaksa diangkat keluar. Yang lebih hebatnya, menjelang petang 3 mesin terpaksa ditutup semua.
Macam duduk dalam oven ... kononnya.
Macam duduk dalam oven ... kononnya.
Waduhhh... hebat juga operasi ni, bukan sebarang jadinya.
IKTIBAR PADA DIRI:
1. Bersabar
- seminggu panas, minggu lain semua selesa
2. Bersyukur dan jangan mengeluh.
- bayangkan pekerja diluar sana yang sentiasa terdedah dengan panas terik, tiada istilah sejuk sepanjang hari / minggu.
3. Peringatan
- panas di dunia hanya seketika dan boleh diatasi... insyaallah.
tetapi panas di akhirat....berganda2 kepanasannya dan tiada pengakhirannya jika tiada bekalan.
"MUHASABAH DIRI & SIAPSEDIA BEKALAN"
Jumaat, Oktober 14, 2011
KEK COKLAT MOIST KUKUS
KEK COKLAT MOISE KUKUS
(Bahan A)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
2 sudu teh vanilla
Caranya:
Satukan semua bahan dalam periuk, panaskan sekejab kemudia sejukkan.

Caranya:
- Pukul 3 biji telur hingga kembang, masukkan dalam bahan A
- Masukkan tepung, soda, baking (ayak dahulu) dalam adunan A tadi.
- Kacau rata dan kukus lebih kurang 45minit.
(Bahan A)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
2 sudu teh vanilla
Caranya:
Satukan semua bahan dalam periuk, panaskan sekejab kemudia sejukkan.
(Bahan B)
3 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
- Pukul 3 biji telur hingga kembang, masukkan dalam bahan A
- Masukkan tepung, soda, baking (ayak dahulu) dalam adunan A tadi.
- Kacau rata dan kukus lebih kurang 45minit.
Semerbak aroma kek di kukusan dah membuat si Arif dan Azfar tak senang duduk,
asyik datang menjengok dapur je.
Bila kek keluar je ... terus pasang kipas, letak kek depan kipas .. nak cepat sejuk.
Tak sempat sejuk... Arif dah tak tahan nak makan dulu.
Tak sempat nak bertoping daaaa.............
Tak sempat nak bertoping daaaa.............
Tengoklah kek kat bawah ni...he3
** selamat mencuba.
Terima kasih kepada tuan punya menu dari fb.
Sumber menu :
Langgan:
Catatan (Atom)