Hujung minggu biasanya waktu paling sesuai sy berblog...ada macam-macam nak tulis ni. Kebetulan tidak lama lagi blog sy akan menyambut anniversary ke 2. Dalam perancangan ... nak buat pembaharuan sedikit agar kelihatan lebih semangat untuk berblog.
Kebetulan hujung minggu ni anak2 bujang tu balik dari asrama. Apalagi... habis digodam laptop sy. Sorang sibuk ber fb... sorang lagi dengan game. Walaupun ada desktop, tapi mereka tak berminat...kita punya juga yang diminatinya. Bertukar ganti....payahnya nak dpt peluang sy berblog.
Oleh kerana terlalu banyak bergame... sekejab download sekejap delete.. last terbuang yang tak sepatutnya dibuang... apa lagi, menderu2 "virus2 cinta". Maka tenatlah "cik comp" sy.............. oleh kerana serangan waktu sy sedang berblog..........lalu menjadi cacatlah blog kesayangan ni... sehingga terpaksa disarungkan baju baru "background baru".
Terpaksa ditutup sementara....mencari semula yang dah hilang......maklum saja "bukan pro".
Yang terjadi ..........PENATNYA PERASAAN.
Berblog kerana minat - mengisi masa terluang, menulis, membaca, menambah ilmu dan bertukar2 idea sesama e-sahabat. Baik jadikan panduan, yang tak baik jadikan sempadan. Terima kasih kepada yang menyokong, memberi dan menerima.
Selasa, April 19, 2011
Sabtu, April 16, 2011
KENANGAN TERINDAH
MENUNAIKAN HAJI DAN ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 20 DI MEKAH.
Rasa macam baru je...rupanya dah 6 tahun berlalu.
Inilah kenangan terindah..
Bersama sahabat2 di Arafah, semoga semuanya sihat sejahtera.
Alhamdulillah.
DUNIA DARI DAPUR KAK JEE
~:: A little Something From Me ::~
Dunia dari Dapur Kak Jee
Hai... cantiknya.
Dunia dari Dapur Kak Jee
Hai... cantiknya.

Terlanjur dah singgah dan follow dapur kak jee, sy pun tak mau ketinggalan nak juga ambil tandamata dari kjee. Orang kata .. "rezeki jangan ditolak" "orang memberi kita menerima".
Cantik kad kjee.. bilalah sy boleh buat sendiri camni..
TQ KJEE!
Khamis, April 14, 2011
HAPPY BIRTHDAY - Pn Rahimah Salam
Khusus buatmu sahabatku
PN RAHIMAH SALAM
SELAMAT HARI LAHIR
"SEMOGA DIKURNIAKAN UMUR YANG BARAKAH
DAN
BERBAHAGIA HIDUP DUNIA AKHIRAT"
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Isnin, April 11, 2011
"1st Anniversary - Blog Mas Duniaku"
TAHNIAH!
"1st Anniversary - Blog Mas Duniaku"

Assalamualaikum.
Malam-malam camni .. dah takde kerja dah, so meranjau sepanjang jalan... meninjau2 apa2 yang boleh dilihat dan dibaca (sambil menunggu anak gosok gigi, nak tidur).
Dengan tidak sengaja terdampar di blog yang sedang meraikan "1st Anniversary" Rasa terpanggil untuk menyokong perjuangan e-sahabat ni.... so terus follow dan dengan penuh rasa hormat serta malu-malu kucing, sy pun ambil award yang disediakan...
Terima kasih wahai Mas Duniaku
JAMBU AIR
Pagi semalam balik dari ambil anak.... parking kereta depan rumah, ternampak pokok jambu air rumah jiran depan (rumah kak Liza). Jambu air sedang lebat berbuah. Menggoda pandangan .... apa lagi sy pun "snap". Walaupun kak Liza dah berpesan supaya memetiknya.... tapi belum berkeinginan lagi. Tunggulah nanti bila teringin baru kita petik. Terima kasih atas pelawaan.
Teringat masa kecil-kecil dulu kat kampung.. bila jambu air tengah lebat berbuah camni.. dengan kawan2 lawan panjat. Cari yang betul2 merah, kita lawan makan buah ditangkai, tanpa dipetik.. siapa berjaya menghabiskan buah tanpa jatuh....dialah pemenang (macam kelawar makan). Menang bukan dapat hadiah pun..seronok2 je.
Bila mak nampak, apa lagi.. marahlah mak "tak boleh makan macam tu, tak baik... makan macam kelawar". He he he... nakalnya sy jam tu........tapi itu dulu, zaman kanak-kanak.
Dah dewasa, baru tahu...makan camtu hukumnya makruh, kurang adap kerana makan menyerupai haiwan. Patutlah omak den larang... sebab tu wahai anak2, bila orang tua larang... tentu ada sebabnya. Jangan melawan omak. BERDOSA.
i-city SHAH ALAM
Melayan anak-anak di malam minggu ke i-city di Shah Alam.
Dah lama i-city dibuka, tapi baru malam ni berkesempatan jalan-jalan di sini.
Langgan:
Catatan (Atom)






