Hujung minggu ni dipenuhi dengan agenda balik kampung ... balik sawah.
Musim menanam akan bermula tak lama lagi, sebelum tu sawah kenalah dibajak terlebih dahulu.... barulah benih akan ditabur.
Sebelum balik kira-kira jam 10.30 pagi, terlihat suasana indah di sawah. Burung bangau yang menggerumuni jentera bajak. Apa lagi, tak mau lepaskan peluang merakamkan detik-detik indah yang bukan selalu dapat disaksikan. Anak-anak pun terpegun melihat burung bangau dan pembajak. Mengikut Pak Su kami ... minggu lepas bilangan bangau jauh lebih banyak berbanding minggu ni ........... hemmm, pada kami kira dah banyak sangat le bangau ni.
Oklah ... nampaknya "bye-bye" sawah .... kami balik dulu. Nanti sebulan dua kami kembali lagi ... waktu tu tentu kau "sawah" dah menghijau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan